Kahwin Dengan Cina Buta Bab 4
BAB
4
Hasrol
memandu kereta mini coopernya. Hari ini pada pukul 10.00 pagi, dia ada appoiment dengan pelanggannya di Restoran
Pelita Seksyen 7, Shah Alam. Perjumpaan dengan pelanggannya pada pagi ini amat
penting memandangkan duit poketnya yang semakin kurang akibat sikapnya yang
pemboros. Dengan memberi perkhidmatan cina buta kepada pelanggannya, dia jamin
akan mendapat pulangan yang lumayan.
Mini
Cooper Hasrol dipakir di petak pakir yang disediakan. Dia keluar dari kereta
lalu mengalihkan kepalanya untuk melihat waktu pada jam tangan yang dililt
kemas dilengannya.
“Tepat
pada masanya,” bicaranya sendiri. Lalu dia melangkah kakinya menuju ke restoran
yang berada tidak jauh dari tempat dia memakir kereta. Tiba dihadapan pintu
masuk restoran itu, seorang lelaki mamak berkulit hitam dan berjambang ala-ala
osama menyambut kedatangannya.
“Bos
mari masuk. Beriani, kambing, ayam, kari, semua ada bos,” pelawa mamak itu.
Sesekali dia menggaru-garu janggutnya yang panjang itu.
“Ok,
tak apa. Saya mencari seseorang,” Hasrol mengangkat sedikit tangannya tanda
tidak berminat. Dia lebih berminat berjumpa dengan pelanggan yang ingin bertemu
dengannya. Tetapi dimana?. Dia tercari cari. Mungkin pelanggan itu akan
melambai-lambai tangan padanya. Tetapi adakah pelanggannya itu mengenali
wajahnya?.
‘Tak pe. Aku call’.
Hasrol mengambil tabnya. Dicarinya senarai panggilan masuk malam semalam.
Nombor telefon milik wanita yang bernama Fasha. Tetapi dia lupa untuk menyimpan
nombor wanita itu di dalam memori tabnya. Akhirnya dia menjumpai nombor telefon
Fasha di dalam rekod panggilan masuk dan terus mendail nombor tersebut.
Earphone dikeluarkan dan dilekatkan di dalam telinganya.
“Hello…selamat
pagi Fasha, saya sekarang sudah berada di tempat yang dijanjikan,” Hasrol terus
bertanya apabila panggilannya dijawab.
“Dah
sampai ke? Saya baru sampai. Sekarang kat parking
kereta. En. Hasrol boleh duduk dulu nanti saya akan terus ke meja encik,” jawab
Fasha.
“Tak
perlu berencik dengan saya. Panggil saja Hasrol. Lebih baik saya tunggu kat
kaunter. Fasha cam ke muka saya ni?”
“Cam.
Saya kenal awak. Awak jangan bimbang.”
“Oraits!”
Hasrol terus mencari tempat duduk yang dirasakan selesa untuk melakukan
perbincangan. Sebantang rokok dikeluarkan lalu disedut dengan penuh kenikmatan
sambil matanya memerhatikan orang yang akan masuk di dalam restoran itu.
Matanya
terpaku apabila melihat seorang wanita yang berpakain seksi. Skrit pendek paras
peha menampakkan kegebuan pehanya. Wanita itu tidak keseorangan tetapi ditemani
oleh seorang lelaki yang bergaya.
‘Agaknya dialah Fasha’
Hasrol mula meneka. ‘Kalau dia yang aku
kahwin, tak perlu cerai pun tak pa’ gumamnya sendiri.
Memang
tepat jangkaan Hasrol. Wanita itu berjalan menuju ke arahnya sambil diekori
oleh lelaki yang bergaya tadi. Hasrol terus bangun tatkala wanita itu berdiri
di hadapannya.
“Fasha?”
soal Hasrol lalu tangan dihulur untuk bersalaman.
“Ya,
saya Fasha. Kenalkan ini En. Taufik yang ingin mendapatkan khidmat cina buta
dari awak,”
Tangan
Hasrol beralih pula kepada Taufik yang masih berdiri dihadapannya. Mereka
bertiga duduk di atas kerusi masing-masing. Sejurus mereka merebahkan punggung,
seorang lelaki mirip wajah Shah Rukh Khan datang mengambil pesanan. Mereka
bertiga sekadar menempah minuman sahaja kerana tujuan mereka datang ke situ
hanya untuk berbincang. Selepas mengambil pesanan lelaki berwajah Shah Rukh
Khan tersenyum lalu menampakkan lesung pipitnya dan terus beredar dari meja
itu.
“Baiklah.
Mari kita mulakan perbincangan kita. En. Taufik tidak boleh lama-lama kerana
dia ada mesyuarat yang perlu dihadiri” Fasha memulakan kata. “Sekarang ini En.
Taufik hendak awak mengahwini bekas isteri dia yang telah diceraikan dengan
talak 3. Seperti biasa selepas seminggu berkahwin awak kena ceraikan bekas
isterinya semula,” katanya lagi.
“Ya,
saya tahu prosedur itu. Sudah banyak kali saya buat perkara itu. Sekarang yang
menjadi persoalannya adalah bayaran. Kalau memuaskan saya terima saja,” kata
Hasrol. Matanya yang dari tadi memandang Fasha mula mengalihkan pada Taufik
untuk mendapatkan reaksi.
“RM400,000
adakah memadai untuk kerja yang kau lakukan atau masih belum cukup lagi?”
tiba-tiba Taufik bersuara. Pada masa itu juga air yang mereka pesan telah
sampai. Tersenyum lebar Hasrol
mendengar kata Taufik tadi. Kalu diikutkan hati hendak sahaja dia berkahwin
dengan bekas isteri Taufik hari ini juga. Lebih cepat dia berkahwin lebih cepat
dia mendapat imbuhan itu. Tetapi dia harus ingat bahawa waktu idah perlu
dihabiskan dahulu sebelum dia dapat mengakad nikah dengan bekas isteri Taufik.
“Saya
setuju sangat dengan tawaran En. Taufik. Saya bersedia untuk menjadi cina buta
kepada bekas isteri En. Taufik.”
“Baiklah,
selepas segalanya selesai kau boleh kahwin dengan bekas isteri aku,” Taufik `memegang
cawan lalu dihirup sedikit airnya. “Pastikan kau tidak jadi cina buta pada
orang lain pula,” Taufik mengingatkan. Matanya tajam melihat Hasrol lalu dia
bangun dari kerusinya. Perbuatan itu diikuti pula oleh Fasha.
“En.
Taufik jangan bimbang. Buat masa ini En. Taufiklah yang meletakkan harga yang
paling tinggi,” kata Hasrol seraya bangun dari tempat duduknya juga.
“Setakat
ini perbincangan kita dan awak dah setuju dengan harga yang ditawarkan. Selepas
habis waktu idah bekas isteri En. Taufik, kamu sudah boleh berkahwin dengannya.
Semua urusan perkahwinan kami juga akan uruskan,” Fasha pula yang berbicara.
Beg tangannya diambil dan disangkut pada bahunya. “Kami terpaksa beredar dulu.
Apa-apa hal nanti saya atau En. Taufik akan hubungi awak,” kata Fasha lagi.
“Baiklah,
saya tunggu panggilan kamu berdua dengan penuh kesabaran. Eh…tak perlu. Saya
bayar air ni,” tangan Hasrol diangkat sedikit apabila melihat Fasha sedang
keluarkan wang dari beg duitnya.
Apabila
mendengar kata-kata Hasrol, Fasha memasukkan semula wangnya. “Terima kasih,”
ucapnya lalu bersama dengan Taufik berpaling meninggalkan Hasrol yang masih
berdiri teguh disitu.
Apabila
Fasha dan Taufik hilang dari pandangan, Hasrol duduk semula. Dikeluarkan
sebatang rokok lagi. Sambil menghisap dia tersenyum riang. Fikirannya melayang.
Sedang berangan memikirkan wang yang akan diterima kelak. RM400,000 bukan
jumlah yang sedikit. Hampir setengah juta nilainya. Dia mengangkat cawannya
lalu dihirup teh tarik itu seraya tersenyum sekali lagi.
+++++
Taufik
memberhentikan kenderaanya kerana lampu trafik berubah berwarna merah. “Cina
buta tu kalau pasal duit laju je” tiba-tiba dia bersuara.
“Biasalah
dah kerja dia macam tu. Janji urusan kita sudah selesai. Tak sabar rasanya nak kenakan
janda you tu. Nasib janda youlah kalau cina buta tu tak nak ceraikan dia
hiduplah dia dengan cina buta tu. Kalau diceraikan jadilah janda kali kedua.”
Taufik
tersenyum mendengar kata Fasha tadi. “Yang cina buta tu ingat I nak bayar duit
sebanyak itu? Satu sen pun dia tak merasa. Dia tak boleh buat apa-apa pun. Nak
saman? Jangan harap nak menang. Tiada hitam putih yang menyatakan kita membuat
urusan dengan dia,” kata Taufik sambil gear dimasukkan apabila lampu sudah
bertukar warna hijau.
“You
ni jahatlah. Sudahlah dia tak dapat duit yang dijanjikan, kena pula tanggung
janda dengan anak you tu. Mesti dia menyesal habis.”
“I
sorang je ke yang jahat? You pun jahat juga,” sambil memalingkan muka kepada
Fasha, Taufik mengenyitkan matanya.
Fasha tertawa kecil. Mereka berdua rasa amat berpuas hati apabila
rancangan mereka hampir berjaya. Kereta Taufik meluncur laju melalui lebuhraya.
+++++
Marisa pada petang itu keluar bersama anaknya untuk
berjumpa seseorang. Dia ingin berjumpa dengan rakan karibnya yang pernah
bekerja di syarikat arwah bapanya. Mereka bercadang ingin berjumpa di KFC, PKNS
Shah Alam. Itu pun atas permintaan daripada Ashraf kerana dia teringin untuk
makan ayam goreng. Marisa dan anaknya terpaksa menaiki teksi untuk pergi ke
tempat yang dituju.
Tiba
di PKNS, Marisa dan anaknya terus berjalan menuju ke restoran KFC. Mereka sudah
lewat 20 minit. Mungkin kerana menunggu teksi yang lewat tiba untuk membawa
mereka ke sana. Restoran KFC pada petang itu tidaklah begitu ramai. Sebaik
sahaja Marisa masuk ke dalam restoran makanan segera itu matanya melilau
mencari orang yang dia ingin dia jumpa. Terlihat seorang perempuan sedang
melambai-lambai ke arahnya. Marisa tersenyum lalu membalas lambaian tersebut.
“Minta
maaf Zura, teksi lewat ambil kami,” Marisa memohon maaf di atas kelewatannya
kepada Zura.
“Tak
mengapa Marisa. Aku pun baru lima minit sampai ni. Jom kita pergi depan untuk
pesan makanan. Hai Ashraf, dah lama tak jumpa. Rindu kat auntie tak?” kata rakan Marisa yang bernama Zura. Ketika itu sedang
mencubit hidung Ashraf.
“Rindu,”
jawab Ashraf ringkas. Jomlah mama, Ashraf dah lapar nak makan ayam goreng ni,”
katanya lagi.
“Ashraf
kalu bab makan ayam goreang ni nombor satu.”
“Bisalah
Marisa budak-budak. Jom Ashraf hari ini auntie belanja.”
“Ye..
Terima kasih auntie,” ucap Ashraf
dengan gembira.
Selepas
pesanan dibuat mereka duduk semula tempat di mana Zura duduk sebelum itu. Sebaik
sahaja mereka duduk Ashraf terus mencapai ayam goreng drumstick lalu menggigitnya dengan rakus.
“Ashraf,
dah baca doa makan ke belum ni?”
“Doh
mo, aam ati. Mo tak ngar,” suara Ashraf tidak berapa jelas kerana bercakap
sambil menguyah makanan.
Marisa
dan Zura tersenyum melihat telatah Ashraf. Tiba-tiba sahaja Marisa teringatkan
Taufik ayah Ashraf. Teringat masa mereka bersama dahulu pada ketika itu mereka
sedang menikmati makan malam di KFC juga. Ashraf dan ayahnya makan dengan
gelojohnya bersama-sama. Bak kata pepatah bapak borek anak rintik.
“Risa,
kau macam mana sekarang?” Marisa tersentak dari lamunan tatkala soalan daripada
Zura menusuk ke dalam telinganya.
“Ah,
macam inilah. Aku dengan Ashraf hidup berdua saja. Tapi abang Taufik ada call aku semalam,”
“Kenapa?
Apa lagi dia hendak dari kau?” soal Zura ingin mengetahui isi perbualan
diantara Marisa dengan Taufik semalam.
“Dia…
Dia nak rujuk… Aku semula,”
“Jadi
kau setujulah!” Zura meninggikan sedikit suara.
Marisa
hanya menganggukkan sedikit kepalanya sebayak dua kali. Tanda mengeyakan. Mata Zura terbelalak apabila mendapat tahu
yang Marisa setuju untuk kembali semula dengan Taufik. “Marisa kau sudah lupa
ke yang kau dah diceraikan dengan talak tiga? Taufik tu ingat senang ke nak kau
kembali kepadanya. Kau kena bernikah dengan lelaki lain dahulu. Lepas
diceraikan baru Taufik dapat berkahwin dengan kau semula.”
“Dulu
masa dia nak ceraikan kau tak fikir panjang. Sekarang macam mana? Tak kan kamu
berdua nak merancang pernikahan ini sehingga kamu berdua dapat berkahwin
semula?” nada Zura yang agak tinggi itu menyebabkan Ashraf berhenti dari
menguyah. Marisa hanya diam merenung nuget ayam yang sudah terhidang. Keadaan
yang sunyi seketika itu diambil peluang oleh Ashraf untuk menyambung semula
santapannya.
“Kau
diam je, jadi betullah kau nak merancang pernikahan kau dengan cina buta?” Zura
terus menyoal apabila jawapan yang dipinta tidak diperolehi.
“Ya,
aku terpaksa berkahwin dengan cina buta supaya Taufik dapat berkahwin dengan
aku semula. Aku setuju pun disebabkan Ashraf yang masih memerlukan kasih sayang
dari seorang ayah. Aku tak mampu nak jaga Ashraf sendirian,” kata Marisa dengan
nada yang sayu.
“Apa
pun alasan yang kau berikan ia tetap berdosa. Perancangan yang kau dengan
Taufik buat ni dilarang di dalam Islam. Kau mesti tahu kan? Sebab kau dulu
sekolah agama. Lainlah aku, asas agama pun tak kukuh. Aku tahu pasal cina buta
ni pun melalui akhbar.”
“Sudahlah
Zura. Kau jangalah merungsingkan aku lagi. Aku datang jumpa kau ni pun nak cari
teman berbual. Nak hilangkan kerungsian yang aku alami. Kau tak dapat rasa apa
yang aku rasa. Kalau kau berada di tempat aku mesti kau akan lakukan perkara
yang sama. Aku sayangkan anak aku Ashraf. Aku juga sayangkan abang Taufik,”
Marisa meluahkan perasaannya. Dia tidak tahan lagi mendengar leteran dariapda
Zura. Apa yang diharapkan untuk mendapat sokongan daripada rakannya terbantut.
“Maafkan
aku Risa. Aku cuma cakap apa yang betul. Aku tahu kau dah banyak menderita.
Cuma aku harap kau fikirkan masak-masak sebelum kau setuju untuk berkahwin
dengan lelaki cina buta. Kerana bagi aku Taufik tu orang yang tidak boleh
dipercayai. Itu dari segi pandangan aku. Kalau bagi kau Taufik tu tak seperti
yang aku fikirkan terpulanglah,” Zura mula bertutur dengan nada yang lembut
apabila melihat wajah sunggul Marisa. Marisa pula hanya mempamerkan senyuman
tawar sahaja.
“Sudalah,
kita lupakan cerita tadi. Kita tukar topik lain. Ya, pasal Ashraf kau kata nak
pindahkan dia sekolah lain jadi tak?” Zura mula mengubah topik perbualan
memandangkan cerita mengenai Taufik menyebabkan Marisa terkesima.
Keadaan
mula tenang. Marisa dan Zura mula bercerita seperti biasa. Seperti masa mereka
berjumpa sebelum Marisa bercerai dengan Taufik. Kedengaran gelak ketawa
daripada mereka berdua. Ashraf pun tidak berkecuali membuat jenaka. Hati Marisa
mulai tenang.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamsaya sedia membantu masalah anda.amat memahami dan boleh berbincang. berumur 25 tahun tinggi 173cm dan sporting. whatsapp +601119735626-radzi
BalasPadamSy nasa kpd yg ingin khidmst dgn jaminan n boleh bincg pls call 01155086447
BalasPadamSaya sedia membantu
BalasPadamSy sedia membantu
BalasPadam0173514417
BalasPadam