Kahwin Dengan Cina Buta Bab 3

BAB 3
Rumah banglo dua tingkat milik arwah Dato’ Shukri kelihatan suram. Jam menunjukkan 9.00 malam tetapi kawasan di ruang tamu kelihatan gelap gelita apabila dilihat dari luar rumah banglo itu. Kawasan bilik tingkat atas banglo itu pula kelihatan bercahaya. Mungkin Marisa dan anaknya berada di dalam bilik itu.  
                                                                                               
Marisa duduk ditepi katil anaknya dan kelihatan termenung panjang. Manakala Ashraf sedang lena tidur di atas katil yang bercadarkan kartun Ben10. Marisa memandang  wajah Ashraf. Dibelainya wajah anaknya itu dengan lembut tatkala itu dia menangis. Dia menangis mengenangkan nasib Ashraf yang telah kehilangan datuknya yang disayangi dan ayahnya pula telah menghukumnya menjadi anak yatim sedangkan ayahnya itu masih hidup. Ashraf telah kehilangan kasih sayang seorang ayah yang dia amat perlukan pada waktu itu.  
                                         
“Papa Ashraf sudah tidak sayangkan kita,” Marisa berbicara sendiri. “ Papa Ashraf bencikan kita. Dia tidak mahu hidup bersama dengan kita lagi. Sekarang mama yang akan menjaga Ashraf,” sambunganya lagi. Dia tahu bahawa dia akan melalui kehidupan yang perit secara bersendirian untuk menjaga Ahraf. Sudahlah dia tidak bekerja. Segala harta miliknya telah dijual untuk membayar hutang ayahnya. Apatah lagi rumah banglo peninggalan arwah ayahnya itu akan dilelong dalam masa sebulan lagi.      
                                                                                  
Marisa termenung lagi dan tiba-tiba telefon bimbitnya berdering menandakan ada panggilan masuk. Diperhatikan nama yang tertera terpapar nama Taufik bekas suaminya. Jantungnya mula bedegup dengan laju tatkala melihat nama itu. Dia merasa serba salah untuk menjawab panggilan itu. Akhirnya dia putuskan untuk menjawab juga. Perlahan-lahan dia mencapai telefon bimbitnya.      
                                                                                        
“Assalamualaikum abang,” Marisa memberi salam dengan nada berbasi-basi.   
      
“Waalaikumsalam, Risa…,” Taufik terdiam seketika. 

“Ada apa abang call Risa?” Risa terus memotong kata melihatkan Taufik hilang punca untuk berkata.    
                                                                                                 
“Aaa…abang…abang…nak minta maaf  kat Risa. Abang tahu abang dah buat salah. Tetapi abang betul-betul menyesal dengan apa yang abang lakukan pada Risa dan Ashraf dulu. Abang masih sayangkan Risa dengan Ashraf.”     
                                                                                          
Mendengar kata-kata Taufik, hati Marisa sayu. Dia sudah lama memaafkan suaminya itu. Bagi dia Taufik adalah lelaki yang paling dia cintai dan sayangi. Tetapi apakah daya bahawa dia dan Taufik sudah bukan pasangan suami isteri lagi. Marisa masih mengharap agar dia dapat hidup bersama dengan Taufik lagi. Tetapi bolekah dia dan Taufik bersatu? Apakah perempuan yang telah diceraikan dengan talak 3 boleh berkahwin lagi dengan dengan bekas suaminya semula? Jawapannya tidak boleh kecuali Marisa berkahwin dengan mana-mana lelaki dahulu sebelum dia diceraikan sekali lagi. Dan selepas itu barulah dia boleh menjadi suami Taufik untuk kali yang kedua.                                                                                                                                          
“Abang nak kita bertiga hidup bersama sekali lagi seperti dahulu. Abang janji tidak akan tinggalkan Risa dengan Ashraf selepas kita berkahwin nanti,” beritahu Taufik. Suaranya dibuat-buat sedih.      
                                                                                                                                         
“Risa pun nak kita hidup bersama sebab Risa dan Ashraf masih perlukan abang. Tetapi abang kena sedar yang abang telah ceraikan Risa dengan talak 3. Mustahil untuk kita berkahwin sekali lagi.”       
                                                                                                                                   
Taufik diam semula. Selepas beberapa saat mendiamkan diri dia mula bersuara. “Tapi…tapi…kalau Risa berkahwin dengan orang lain dulu kemudian bercerai, kita boleh berkhwin lagi kan?” Soal Taufik. Dia tidak sabar menunggu respon daripada Marisa untuk memberikan jawapan.      
                                                                                                      
“Maksud abang kita merancang?” Marisa seperti memahami kehendak Taufik.  
                             
“Betul!” Cepat Taufik membalas.     
                                                                                                 
“Memanglah boleh tetapi perbuatan itu kan ditegah di dalam Islam. Risa tak sanggup nak melakukan perkara yang boleh mendatangkan dosa,” Marisa menjawab.  
                                           
“Tapi itu saja jalan yang boleh kita lakukan supaya kita bertiga dapat hidup bersama.Risa tak sanggup lakukan demi Ashraf?”       
                                                                                                  
Marisa terus memandang Ashraf yang lena dibuai mimpi. Wajah Ashraf yang sayu itu ditatapnya. ‘Ashraf perlukan kasih sayang seorang ayah. Aku tidak patut mengabaikannya. Lagipun aku tidak mampu menjaganya seorang diri dengan keadaan aku yang tidak bekerja ini.’ Hati Marisa mula berbicara.        
                                                                                                        
Dalam kesukaran Marisa berkata. “Baiklah abang, Risa sanggup demi anak kita tetapi kat mana Risa nak cari lelaki yang sanggup menjadi suami sementara Risa?”     
                                                    
“Yang itu Risa tak perlu bimbang. Abang akan uruskan. Nanti abang akan call Risa semula,” kata Taufik. Senyuman mula terukir di bibirnya. ‘Nampaknya perangkap dah mengena. Bodoh perempuan ni. Dia ingat aku nak sangat ke kat dia. Padan muka kau!’ Gumam Taufik sendiri.   
                                                                                                                                    
“Baiklah abang. Assalamulaikum.”    
                                                                                    
Taufik tidak menjawab salam. Dia terus mematikan panggilan itu. Sambil tersenyum sinis dia menaip sesuatu di dalam telefonnya.     
                                                                         
‘Sayang. Perempuan bodoh tu setuju. Dapatkan cina buta tu’     
                             
Semenjak kematian ayahnya dan juga diceraikan oleh Taufik, Marisa dalam keadaan sedih dan tertekan. Akan tetapi selepas menjawab panggilan dari Taufik tadi, senyuman manis mula terukir dimulutnya. Bagi dia sudah cukup jika Taufik dapat kembali kepadanya agar dia dapat hidup bersama dengan Taufik semula. Ashraf juga mungkin akan berasa gembira jika ayahnya akan mengambil alih semula tugas sebagai seorang ayah yang selama ini telah ditinggalkan.                                                                                                                                      
Tetapi Marisa tidak sedar akan dendam yang masih ada di dalam diri Taufik terhadapnya. Sehingga perancangan untuk memerangkap Marisa agar berkahwin degan lelaki cina buta dibuat. Persetujuan Marisa untuk berkahwin dengan lelaki cina buta akan mengundang bala terhadapnya. Bukan sahaja akan diterima di dunia tetapi di akhirat kelak.

+++++

Lewat-lewat malam begini Hasrol lebih suka melepak di restoran mamak. Dia ditemani oleh Zaki sedang duduk luar restoran mamak itu. Oleh kerana terlalu ramai pelanggan yang datang pada malam itu, meja simpanan terpaksa dikeluarkan untuk diletakkan di luar restoran bagi memberikan ruang kepada pelanggan lain.  
                                                                                          
“Hasrol kenapa muka nampak tak ada semangat je. Rindu kat mak kau lagi. Kan kau baru balik kampung minggu lepas?” Soal Zaki apabila melihat ada yang tak kena pada kawan karibnya itu.         
                                                                                                                                  
“Duit aku dah makin kurang tapi job tak dapat lagi,” Hasrol mengeluh sambil jarinya menconteng-conteng tabnya. Selepas itu dia mengangkat cangkir cawan dan mencecap sedikit air teh itu. “Manis!, Mamak kasi repair ini air, kasi kurang manis,” Tangannya dilambai kepada mamak yang baru mengambil pesanan di meja hadapannya. Terangguk-angguk mamak itu mengambil semula cawan yang berada dihadapan Hasrol.    
                                                                             
“Hari itu dapat RM200,000 dah habis ke? Boros juga kau ni. Apa yang kau buat sampai  habis duit sebanyak tu kau belanjakan?” Soal Zaki kepada Hasrol.                                                         
Beli kereta Mini Cooper. Harga kau tahu berapa? Nak dekat cecah RM2000.000 kau tahu.”           
                                                                                                                                              
“Kau ni demand sangat. Beli kereta biasa –biasa sudahlah. Kereta keluaran negara kita pun dah cukup bagus dipakai. Sekarang ni macam mana? Kau dahlah tak bekerja,”  
                      
Hasrol terdiam sebentar apabila ditanya oleh Zaki. Dikeluarkan kotak rokok Dunhill di dalam poket bajunya. Dinyalakan sebatang rokok itu lalu dihisap dan dihembusnya asap yang berada di dalam mulutnya. Zaki memerhatikan perbuatan rakannya itu. Dia masih menunggu jawapan daripada Hasrol.     
                                                                                                             
Hasrol mula bersuara. “Kau jangan bimbang, mesti ada job dalam masa terdekat ni. Kalu tak ada pun pinjam duit kaulah.”  
                                                                                                        
“Kalu setakat pinjam duit aku RM50 cukup ke nak buat isi minyak kereta mahal kau tu?” Zaki memerli.       
                                                                                                                               
Hasrol hanya tersenyum sahaja. Tanpa diduga tabnya berbunyi. Dia segera melihat skrin tabnya itu. Dia menjangkakan ada orang yang ingin mendapatkan perkhidmatannya sebagai cina buta. Tetapi jangkaannya silap apabila Julia yang menghubunginya. Dia mencebik melihat nama itu. Digosoknya sekali dengan jari telunjuk dan ditelekupnya tab itu ditelinganya.  
                                       
“Hello,” ringkas sahaja perkataan yang dikeluar dari mulutnya selepas dia menjawab panggilan itu.     
                                                                                                                                         
“Hello sayang… Kenal I tak?” Julia buat suara manja. 
                                                                    
“Kenal. Julia kan? Ada apa awak call saya?” jawab Hasrol berbasa-basi.   
                                      
“Kalau saya call awak ni tandanya saya rindulah. Kenapa tak boleh call ke?” 
                                
“Bukan tak boleh. Nanti apa pula cakap Dato’ nanti,” Hasrol memberi alasan.   
                             
“Orang tua tu outstation. Saya bosan sorang-sorang kat sini. Jom temankan saya tidur malam ni?” Julia mengajak Hasrol untuk melakukan maksiat.   
                                                               
Hasrol membisu. Dia tidak berminat sebenarnya dengan aj   akan Julia. Dia masih tidak berpuas hati dengan perempuan itu kerana menyebabkan ibunya merajuk. Lagipun dia tidak suka mempunyai hubungan sulit dengan bekas kliennya. 
                                                                                  
“Awak dengar tak apa yang saya cakap ni?” Julia cuba mendapatkan perhatian Hasrol apabila       lelaki itu mendiamkan diri.   
                                                                                                                
“Saya minta maaf. Saya tak berminat dengan ajakan awak. Urusan di antara kita telah berakhir. Selepas ini jangan ganggu saya lagi” Hasrol berterus terang. Selepas itu dia mematikan panggilan dan meletakkan semula tabnya di atas meja. Tak sampai beberapa saat tabnya berbunyi lagi. Tetapi Hasrol membiarkan tabnya itu memainkan nada dering.    
                   
“Siapa tu bro?” Keinginan hati Zaki ingin tahu membuatkan dia bertanya.   
                       
“Bekas klien aku,” Hasrol menjawab dengan ringkas.     
                                                                 
“Dia nak apa? Kena cerai lagi ke?”     
                                                                                               
“Taklah. Dia nak aku temankan dia malam ni. Dia ingat aku gigolo ke. Lagipun aku benci pada orang yang lukakan hati mak aku.”     
                                                                                           
“Haha, dah kantoi rupanya dengan mak kau. Patutlah kau balik kampung. Mesti nak pujuk mak kau kan?”    
      
Soal Zaki sekadar menduga. Tergelak kecil dia apabila mengetahui pernikahan Hasrol dengan Julia diketahui oleh Puan Aminah. Tak dapat dia bayangkan bagaimana cuaknya Hasrol ketika itu.       
                                                                                               
“Mestilah kena pujuk orang tua tu. Dialah satu-satunya mak yang aku ada tahu. Nasib baik aku ni pandai pujuk. Kalau tak jadi anak derhakalah aku seumur hidup,” Hasrol berseloroh. Zaki tergelak mendengarnya. Dan tiba-tiba tab Hasrol berbunyi lagi. Serta merta wajah Hasrol bertukar serius.   
                                                                                                          
“Mesti Julia ni. Tak fa ham bahasa betul perempuan ni!” Herdik Hasrol. Kuat juga suaranya sehinggakan orang sekeliling memandangnya. Zaki pun terkedu mendengar herdikan Hasrol.

Hasrol segera mengambil tabnya dan memandang skrin tab itu. Dari wajah yang serius tadi tiba-tiba wajah Hasrol berubah kehairanan. Hairan apabila melihat nombor yang tak dikenali menghubunginya. Terus dia merasakan pemanggil kali ini adalah klien yang akan mendapatkan khidmat cina butanya. Sekali conteng pada skrin tabnya terus panggilan itu dijawab.   

“Hello, Hasrol bercakap disini. Siapa disana?” Hasrol terus bertanya memandangkan dia tidak mengenali pemanggil itu.    
                                                                                                  
“Saya Fasha, saya ingin mendapatkan perkhidmatan cina buta daripada En. Hasrol,” pemanggilnya ialah Fasha teman wanita Taufik.      

“Merdu suara cik..eh, Puan Fasha. Mesti cantik orangnya. Puan ke yang memerlukan perkhidmatan?”    
                                                                                                              
“Bukan saya, orang lain. Kalau setuju orang yang ingin mendapatkan khidmat awak akan berjumpa dengan awak esok,”    
                                                                                             
“Saya setuju sahaja. Janji bayarannya lumayan. Soal perempuan yang akan saya nikahi itu saya tidak kisah cantik ke tidak,” Hasrol cuba bermain harga untuk memberikan perkhidmatan cina butanya itu.          
                                                                                             
“Awak ni tak memilih orangnya. Awak jangan bimbang, perempuannya cantik selain awak akan dapat bayaran yang agak lumayan.”          
                                                                        
“Baiklah di mana kita akan berjumpa untuk berbincang perkara ini?” Hasrol terus bertanya.            
                                                                                                                      
“Restoran Pelita Seksyen 7 jam 10.00 pagi. Awak sampai sahaja terus call nombor ini,”    
“Baiklah kita jumpa esok. Bye…” Hasrol meletakkan tabnya di atas meja. Kepalanya memandang tepat wajah Zaki yang seperti tidak sabar menunggu jawpan daripada Hasrol mengenai pemanggil tadi.            
                                                                                                     
“Siapa call tadi? Macam dapat job je?” belum sempat Hasrol bercakap Zaki sudah bertanyakan soalan dahulu.   
                                                                                                             
“Kan aku sudah bilang, mesti ada job dalam masa terdekat ni. Bukan masa terdekat sekarang dah dapat pun. Esok kami akan berbincang tentang bayaran,” jawab Hasrol dengan perasaan gembira.       
                                                                                                                                
“Rezeki kaulah walaupun tak berkat. Hehehehe…”     
                                                         
“Hoi! Kau minta aku belanja makan pakai duit ni kira berkatlah?”     
                                  
Zaki terkekeh-kekeh ketawa melihat wajah Hasrol yang berubah apabila mendengar kata-katanya tadi. Hasrol hanya tersenyum sahaja melihat telatah Zaki. Tiba-tiba dia termenung seketika.  
  

‘Sampai bila aku hendak buat kerja tak berkat ni?’ Hati Hasrol mula berbicara. Ternyata ada sedikit keinsafan terlintas dinalurinya walaupn ianya sebesar zarah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kahwin Dengan Cina Buta Bab 4

Kahwin Dengan Cina Buta Bab 1

Kahwin Dengan Cina Buta Bab 27