Kahwin Dengan Cina Buta Bab 11
BAB
11
Pagi subuh yang dingin, Marisa terjaga dari
tidurnya. Dicapainya telefon bimbitnya dan diperhatikan skrin yang bercahaya
itu menunjukkan pukul 5.40 pagi. Marisa bangun dari pembaringannya. Sempat dia
memerhatikan Hasrol yang sedang lena tidur disebelahnya sebelum dia turun dari
katil dan berjalan menuju ke bilik air.
15
minit Marisa memperuntukkan masa untuk membersihkan dirinya. Dia keluar dari
bilik air sambil menggosok-gosok kepalnya dengan tuala. Kemudian Marisa duduk d
ihadapan cermin meja solek sambil menyikat rambutnya yang ikal. Tatkala itu
azan Subuh berkumandang sedikit memecah keheningan pagi subuh. Marisa mengamati
suara memuji kebesaran Allah sambil bangun dan bersiap sedia untuk bersolat
subuh pada pagi itu.
Selepas
habis laungan azan, Marisa menunaikan solat Subuh. 10 minit berlalu, salam
kedua diakhiri seraya ungkapan keampunan kepada Allah diucapkan sebelum doa
dituturkan tanda syukur kerana telah diberi peluang untuk terus bernafas dimuka
bumi ini. Jam menunjukkan 6.10 pagi. Melihatkan Hasrol masih dalam keadaan
lena, Marisa tidak jadi untuk mengejutkannya.
‘Tunggulah pukul 6.30 pagi nanti baru
kejutkan,’ kata hati Marisa.
Marisa keluar dari bilik
tidur utama dan menuju ke dapur. Dibukanya peti sejuk dan diperhatikan
kandungan yang ada didalamnya. Dilepaskan sedikit keluhan kerana tiada apa-apa
benda yang boleh digunakan untuk dia menyediakan sarapan pada pagi itu.
Diperhatikan sekeliling dapur. Beras, gula, garam dan bahan-bahan dapur yang
lain memang tidak wujud di dalam kawasan dapur itu. Yang ada cuma paket minuman
segera. Oleh kerana tiada bahan-bahan yang dapat digunakan untuk dia membuat
sarapan pada pagi itu, dia mula meninggalkan kawasan dapur dan singgah pula di bilik
tidur Ashraf.
Apabila
masuk ke dalam bilik tidur Ashraf dia mendapati anaknya itu masih lena tidur
sambil memeluk patung Ben-10 yang dibeli oleh Hasrol semalam. Marisa mendekati
anaknya lalu menggoyangkan badan anaknya itu dengan perlahan-lahan. “Ashraf,
bangun nak. Solat subuh.”
Ashraf menggeliatkan badanya dan
selepas itu dia bangun dan turun dari katil lalu berjalan terhoyong hayang
menuju ke bilik air. Marisa tersenyum melihat gelagat anaknya itu. Sejurus
selepas Ashraf masuk ke dalam bilik air, Marisa bangun dan keluar dari bilik
tidur anaknya. Dia masuk semula kebilik tidur utama kerana ada misi yang masih
belum selesai yang perlu dilaksanakan iaitu mengejutkan Hasrol dari tidur pula.
Masuk sahaja di dalam bilik tidur
utama, Marisa mendapati Hasrol masih lagi tidur dalam keadaan dan posisi yang
sama sebelum dia meninggalkan bilik tadi. Sedikit pun tidak berubah. Umpama
patung yang diletakkan di atas kati dan tidak bergerak kaku disitu. Marisa
mendekati Hasrol lalu digoyang-goyangkan badan Hasrol sepertimana yang dilakukan
terhadap Ashraf tadi.
“Awak, bangun
solat Subuh,” kejut Marisa.
Tiada reaksi daripada Hasrol. Dia
masih membatu diatas katil itu.Marisa merasa sedikit bimbang, takut kalau
berlaku apa-apa perkara yang buruk terhadap Hasrol. Diletakkan jarinya pada
atas lubang hidung Hasrol. Hembusan udara keluar masuk dari hidung dapat
dirasai oleh Marisa dan itu tandanya bahawa Hasrol masih lagi bernyawa. Marisa
menarik nafas lega.
‘Hidup lagi suami aku ni. Risau je tengok
dia keras macam ni.’ Lalu sekali lagi Marisa menggoyangkan badan Hasrol
kali ini kuat sedikit dari yang tadi sehingga Hasrol terkejut dari lenanya.
“Kenapa
awak kejut saya pagi-pagi ni?” Soal Hasrol tetapi badanya masih kekal baring
dan mata masih terpejam.
“Eh,
boleh pulak tanya. Kan dah subuh ni tak solat subuh ke?”
“Saya tak boleh solatlah
awak,” beritahu Hasrol kepada Marisa dalam keadaan dan posisi yang sama sebelum
itu.
“Kenapa
pulak?” soal Marisa pula untuk kepastian.
“Saya
datang bulan,” jawab Hasrol selamba.
“Eh,
awak ni. Main-main pulak. Lelaki tak ada istilah datang bulan. Sudah jangan nak
berdolak dalih. Bangun, pergi tunaikan tanggungjawab awak dengan Allah. Awak
malulah sikit, Ashraf pun dah solat subuh tadi,” leter Marisa kepada Hasrol
tetapi suaranya masih dalam keadaan biasa tidak meninggi.
Mendengar
kata-kata Marisa tadi Hasrol mula bangun. Ditatapnya wajah Marisa yang berada
disebelahnya. “Yelah saya bangun ni.”. Hasrol turun dari katil dicapainya tuala
yang tergantung sebelum berjalan menuju kebilik air. ‘Tahan jelah. Nasib baik seminggu kalau seumur hidup dia jadi isteri
aku mahu jadi alim aku ni,’ ngomel Hasrol sendiri.
+++++
Selepas mengemas tempat tidur, Marisa duduk di atas
katil. Dia kelihatan sedang menunggu Hasrol habis menunaikan solat subuh.
Ketika itu Hasrol baru sahaja selesai solat subuh dan dia dalam keadaan berdoa.
Seminit berlalu selesai Hasrol berdoa lantas dia bangun dan melipat sejadah serta
menoleh ke arah Marisa.
Marisa
yang memang menanti Hasrol selesai menunaikan solat subuh tersenyum-senyum
apabila Hasrol memandangnya.
Hasrol membalas senyuman Marisa
sebelum menyidai sejadah yang dilipatnya tadi. “Kenapa tersenyum pagi-pagi ni?”
soal Hasrol kepada Marisa.
“Tak
boleh ke senyum. Senyum tu kan sedekah. Lebih-lebih lagi senyum pada suami kita
sendiri,” jawab Marisa pula. “Awak, tadi saya tengok kat dapur tu tak ada
barang-barang untuk masak. Saya baru nak buat sarapan pagi ni,” Marisa
memulakan cerita.
“Tak apa awak. Dalam seminggu ni
saya akan belikan makanan untuk kita. Awak jangan bimbang,” kata Hasrol sambil
melabuhkan punggungya di atas katil sebelah Marisa.
“Tapi saya lebih suka memasak. Lagipun
daripada saya tidak buat apa-apa kat rumah ni lebih baik saya masak. Ada juga
aktiviti yang saya dapat buat nanti. Taklah boring
sangat,” terang Marisa. “Memasak dirumah lebih jimat daripda membeli makanan di
luar. Saya kan isteri awak. Jadi saya kena jalankan tanggungjawab saya sebagai
seorang isteri yang baik untuk awak walaupun perhubungan ini cuma seminggu
sahaja,” sambung Marisa lagi sambil mengelip-ngelipkan matanya.
“Jadi
awak nak saya buat apa?” Hasrol terpesona mendengar kata-kata Marisa tadi.
Tidak pernah didengarnya kata-kata itu pada mana-mana mulut perempuan yang
pernah dinikahinya. Rasa seperti dirinya dihormati dan dihargai akan
perhubungan suami isteri itu apabila mendengar kata-kata Marisa tadi.
“Kita
pergi pasaraya beli barang-barang untuk stok seminggu. Mulai hari ini saya akan
masak untuk kita sekeluarga. Saya tak nak tujuan kita bernikah ni semata-mata
demi merealisaikan harapan saya dengan abang Taufik untuk berkahwin semula.
Saya nak juga rasa kehidupan bahagia rumahtangga kita walaupun ianya sementara.
Saya nak ada kenangan bersama dengan awak juga. Begitu juga dengan awak. Saya
nak awak hargai saya sebagai seorang isteri selepas kita berpisah nanti,” jelas
Marisa panjang lebar.
Hasrol
terdiam seketika. Dia mengerutkan keningnya. Kata-kata Marisa tadi betul-betul
menikam sanubarinya. Dia merenung wajah Marisa dengan pandangan yang serius.
“Awak tak takut ke jika kehidupan bahagian kita sebagai suami isteri nanti akan
menyebabkan kita tidak sanggup untuk berpisah?”
Marisa
pula yang terdiam apabila mendengar soalan Hasrol tadi. Dia menundukkan
mukanya. “Jodoh dan pertemuan ditangan Allah. Jika itu yang Allah tetapkan saya
terima dengan hati yang terbuka,” kata Marisa. Mukanya masih dalam keadaan
tertunduk. Tiba-tiba sahaja air mata mula mengalir membasahi pipinya.
Hasrol
mula gelabah apabila melihat pipi Marisa mula dibasahi dengan air mata. Agaknya
kata-katanya tadi yang membuatkan Marisa merasa sedih sehingga menangis.
Tiba-tiba Hasrol rasa bersalah. Bersalah kerana terlepas kata. “Saya guraulah
awak. Tak akan saya nak tolak habuan yang saya akan dapat nanti. Awak jangan
bimbang saya akan ceraikan awak juga. Walaupun jika suatu hari nanti saya
sangat menyanyangi awak sekalipun saya tetap akan ceraikan awak juga. Pada masa
itu awak akan dapat hidup bersama dengan lelaki yang awak cintai dan saya pula
akan mendapat habuan saya nanti,” jelas Hasrol kepada Marisa sekadar untuk
memujuk agar Marisa tidak berasa sedih lagi.
“Maafkan
saya. Saya ni sensetif sikit. Sudahlah kita lupakan cerita tadi. Awak nak bawa
saya dengan Ashraf keluar beli barang bila?” Marisa memandang wajah Hasrol
dengan senyuman tetapi matanya masih lagi bertakung dengan air mata.
Hasrol
mengecilkan matanya memandang Marisa. Sambil tersenyum dia berkata. “Lepas
sarapan kita pergilah. Dalam pukul 9.30 pagi. Saya nak bawa awak dengan Ashraf
pergi Mid Valley City.”
“Saya
ikut je, Ashraf mesti suka.”
“Saya nak
beli sarapan dulu. Ashraf dah bangun ke? Saya nak bawa dia temankan saya beli
sarapan,” kata Hasrol sambil bangun dari tempat duduknya di atas katil itu.
“Saya rasa
Ashraf tidur. Biasanya lepas solat subuh dia tidur,” jelas Marisa kepada
Hasrol. Dia sudah maklum akan perangai anaknya itu kalau hari cuti selalunya
Ashraf akan tidur selepas menunaikan solat subuh.
“Tak apalah, saya pergi sendiri,”
kata Hasrol yang masih berdiri dihadapan Marisa. Kedua-dua ibu jarinya
digunakan untuk menyeka baki air mata yang bertakung pada mata Marisa.
+++++
Selepas bersarapan Hasrol membawa Marisa dan Ashraf
keluar seperti yang dijanjikan. Seperti biasa Ashraf akan duduk ditempat duduk
belakang tapi kali ini ditemani oleh patung Ben-10. Marisa pula duduk disebelah
Hasrol yang sedang memandu kereta. Sebelum mereka bertolak sempat Marisa
membuat senarai barang untuk dibeli pada hari itu. Pagi itu cuaca agak baik dan
jalan di federal highway pula tidak
begitu sesak.
“Awak, dari semalam saya nak tanya
sesuatu kat awak tapi hari ini baru berkesempatan,” Marisa mula bersuara.
Mukanya tepat memandang Hasrol yang sedang leka memandu. “Tanyalah apa yang awak nak tanya.”
“Semalam
saya ada tengok gambar-gambar yang tergantung diruang tamu rumah awak tu.
Gambar perempuan yang berada disebelah gambar awak tu gambar mak awak ke?” soal
Marisa matanya masih lagi tidak mengalih dari memandang Hasrol.
“Betul, itu
gambar mak kesayanagn saya. Macam mana awak boleh agak itu gambar mak saya?”
Hasrol pula menuturkan soalan.
“Saya
teka je. Tapi kalau tengok pun dah boleh agak itu mak awak. Tak akan girlfriend
awak pula,” jawab Marisa. Sempat membuat jenaka.
Hasrol tergelak. “Awak tanya pasal
mak saya ni teringat pula saya pada satu kisah yang saya tak dapat lupakan,”
kali ini Hasrol mengalihkan pandangannya pada Marisa yang dari tadi tidak
memutus memandangnya.
“Kisah
apa awak, ceritalah,” pinta Marisa seperti tidak sabar untuk mengetahui kisah
yang akan diceritakan oleh Hasrol nanti.
Hasrol
memandang semula kehadapan.“Awak nak tahu, sebelum saya bernikah dengan awak
saya pernah bernikah dengan seorang perempuan namanya Julia. 2 bulan lepas
pernikahan tu. Biasalah suami Julia yang minta saya bernikah dengan Julia sebab
dia dah ceraikan bekas isterinya itu dengan talak tiga. Lepas nikah kami
tinggallah bersama. Selepas itu masa kami tinggal bersama mak saya datang rumah
saya secara mengejut tanpa memberitahu saya dahulu.”
“Hahaha..mesti kantoi dengan mak awak,” Marisa
mencelah. Seronok dia mendengar cerita Hasrol.
“Mengamuk orang tua tu. Merajuk dia
sebab kahwin tak beritahu kat dia. Puaslah saya memujuk mak saya tu. Yang
menjadikan mak saya bertambah angin seluruh badan tu apabila melihat perangai Julia.
Bangun tidur pukul 1.00 tenghari. Masak tak pandai pastu cakap kurang ajar
dengan mak saya. Keesokkan paginya mak saya balik kampung semula. Bengang juga
saya dengan Julia tu tapi disebabkan habuan yang akan diberikan oleh suami Julia
itu saya sabarkan sahaja,” cerita Hasrol panjang lebar.
“Habis
mak awak kan merajuk, awak biarkan je ke kat kampung?” soal Marisa ingin tahu.
“Lepas
seminggu saya ceraikan Julia tu saya balik kampung. Apa lagi saya pujuklah mak
saya. Saya cakap yang saya dah bercerai dengan Julia. Mak saya punyalah
bersyukur bila dapat tahu kami dah bercerai. Dia memang tidak suka saya
beristerikan perempuan seperti Julia tu,” Hasrol menyambung ceritanya semula.
“Awak, kalau mak awak datang masa kita masih jadi suami isteri nanti macam mana? Mesti dia marah lagi,” soal Marisa selepas Hasrol menamatkan ceritanya itu.
“Mengamuk sudah semestinya sebab kahwin kali kedua pun tak beritahu dia. Tetapi lepas tu mesti dia berasa gembira,” jawab Hasrol sambil tersengih-sengih.
Marisa mengerutkan keningnya tanda tidak faham. “Kenapa pulak mak awak berasa gembira sedangkan anaknya telah membelakanginya dalam soal perkahwinan?”
Hasrol tersenyum matanya tidak tidak putus memandang hadapan. Tangannya masih lagi tidak lepas memegang stereng kereta. Tatkala itu dia memandang semula Marisa. “Dia gembira sebab saya berkahwin dengan perempuan yang mempunyai ciri-ciri seperti mana yang dia inginkan. Bangun awal pagi, jaga aurat, pandai memasak, tidak tinggal solat dan satu lagi…,” Hasrol mematikan kata-katanya lalu mengalihkan semula pandangannya dihadapan. Dia meninggalkan persoalan untuk Marisa fikirkan.
“Apa satu lagi tu awak?” Marisa tidak dapat mengagak apa satu lagi ciri yang masih belum disebutkan oleh Hasrol tadi. Sedangkan dia berasa agak malu kerana dipuji sedemikian rupa.
“Cantik..,” jawab Hasrol ringkas.
Tersipu-sipu Marisa apabila mendengar pujian yang terakhir daripada Hasrol. Pipinya yang gebu itu sedikit merah. Hasrol pula tersenyum-senyum.
“Itu bukan kata saya tahu. Kata mak saya,” kata Hasrol. Dia memang mengakui yang Marisa mempunyai wajah yang cantik selain berterampilan sopan yang mana layak dipanggil wanita solehah.
Marisa pula masih tersipu malu.

Mid Valley City pada hari itu tidaklah begitu ramai pengunjung. Sebelum membeli barang-barang dapur Hasrol membawa Marisa dengan Ashraf berjalan-jalan disekitar pasaraya itu. Ashraf begitu teruja apabila melihat patung-patung mickey mouse yang diletakkan dikawasan itu. Bermacam-macam bentuk dan warna mickey mouse yang dilihatnya. Hasrol dan Marisa hanya memerhatikan gelagat Ashraf. Sejurus itu Ashraf memanggil Hasrol dan Marisa untuk turut serta sekali menemaninya.
Ketika Marisa sedang memerhatikan patung Mickey Mouse yang berwarna emas, dia terlihat Zura sedang berdiri tidak jauh dari situ. Zura pula seperti sedang menunggu seseorang. Lalu Marisa berjalan ke arah Hasrol yang sibuk melayan kerenah Ashraf.
“Awak, saya nak jumpa Zura kat sana kejap,” kata Marisa sambil jarinya menuding ke arah seorang perempuan yang sedang berdiri tidak jauh dari situ.
“Kami ikut sekali. Ashraf jom ikut mana,” lalu Hasrol menarik tangan Ashraf dan mereka berdua kini sedang mengekori belakang Marisa.
Sampai sahaja Marisa berada berhampiran dengan Zura, Marisa memberhentikan langkahnya diikuti Hasrol dan Ashraf.
“Assalamualaikum Zura,” salam dihulurkan oleh Marisa.
“Walaikumsalam,” seraya Zura menjawab dan menoleh untuk mengetahui gerangan pemberi salam tadi. Wajah Zura agak sedikit terkejut apabila melihat kelibat Marisa di hadapannya. Dia terkaku seketika.
“Buat apa kat sini Zura?” Soal Marisa sambil tersenyum manis.
“Eh..Aaa..Tak ada apa-apa. Saja jalan-jalan sebab bosan duduk kat rumah.,” jawab Zura dengan wajah yang sedikit terkejut masih lagi dibayangi pada raut mukanya. “Kau pula buat apa kat sini?” Soal Zura pula.
“Beli barang dapur sambil bawa Ashraf jalan-jalan,” jawab Marisa lalu mengalihkan pandangan pada Ashraf yang berdiri disebelah Hasrol. Begitu juga dengan Zura mengalihkan pandangannya pada Hasrol dan Ashraf.
“Ashraf, seronok dapat papa baru nampak sampai auntie kat sini pun dah tak nampak ke?” kata Zura matanya tepat merenung Ashraf. Ashraf hanya tersenyum-senyum membalas pandangan Zura.
“Kau sorang saja ke Zura?” Soal Marisa lagi.
“Ye..nak keluar dengan siapa lagi? Kau kan dah kahwin, kalau tak aku dah ajak kau keluar.”
“Kau carilah lelaki yang sesuai dengan kau untuk jadi suami kau. Taklah kau keseorangan selalu. Agaknya kau tengah tunggu boyfriend ni. Saja nak berahsia dengan aku,” sakat Marisa sambil tergelak kecil. “Ni yang aku nak tunggu ni. Nak tengok boyfriend kau.”
“Ke situ pulak kau ni. Kan aku dah cakap aku bosan sebab itu aku keluar jalan-jalan seorang diri. Aku tak de boyfriendlah Risa. Kau je fikir bukan-bukan,” Zura pantas menyanggah kata-kata Marisa tadi. Marisa pula masih tergelak kecil, lagi-lagi selepas mendengar jawapan Zura.
Tiba-tiba Marisa berhenti ketawa. Matanya tepat memandang pada seorang lelaki yang berada tidak jauh di hadapannya. Lelaki itu juga memandang tepat ke arahnya.
“Abang Taufik,” perkataan itu terpacul dari mulut Marisa.
Zura juga terkejut mendengar perkataan yang keluar dari mulut Marisa lalu cepat-cepat menoleh ke arah lelaki yang Marisa sebutkan namanya tadi.
Memang betul lelaki itu ialah Taufik yang berdiri tidak jauh dari mereka. Tetapi apakah tujuan Taufik datang ke situ. Adakah ia satu kebetulan atau Taufik sendiri ingin berjumpa dengan Zura. Marisa terus melangkah ke arah Taufik dan berdiri betul-betul di hadapannya. Perbuatannya tadi diikuti oleh Zura. Begitu juga Hasrol dengan Ashraf tidak lepas untuk turut serta.
“Abang buat apa kat sini?” Marisa menyoal. Sudah agak lama juga dia tidak berjumpa dengan Taufik. Dia rasa seperti hendak memeluk bekas suaminya itu tetapi dia mesti ingat bahawa dia sekarang sudah menjadi isteri orang. Dia juga kena menjaga hati Hasrol sebagai suaminya.
“Abang nak jumpa klien kat restoran depan tu,” jawab Taufik tenang. “Yang Risa kat sini buat apa pula?”
“Nak cari barang sikit lepas tu nak bawa Ashraf jalan-jalan. Ashraf ada ni, abang tak nak jumpa Ashraf?” Marisa memalingkan wajahnya mencari Ashraf. Dia melihat Ashraf sedang menyorok di belakang kaki Hasrol. Perbuatan Ashraf tadi seolah-olah tidak mahu berjumpa dengan Taufik. “Ashraf! Pergi salam dengan papa, kan papa Ashraf tu. Tak elok buat macam ni!” Tiba-tiba sahaja Marisa meninggikan suaranya apabila melihat gelagat Ashraf yang sedemikian rupa.
Hasrol terkedu kerana ini kali pertama dia melihat Marisa dalam keadaan marah. Lantas Harol mencangkung dihadapan Ashraf dan memegang bahu budak lelaki itu. “Ashraf pergi salam papa. Nanti papa belikan patung Ben-10 yang besar,” pujuk Hasrol. Dia tidak mahu melihat Ashraf dimarah oleh Marisa lagi. ‘Banyak betul papa. Aku papa si Taufik pun papa, pening aku menyebutnya tadi,’ Hasrol tersenyum sendiri.
Dengan muka yang masam mencuka Ashraf berjalan menuju ke arah Taufik. Lalu tangan dihulur untuk bersalam. Taufik pula menghulurkan tangannya lalu disambut oleh Ashraf dan dicium. Tangan kiri Taufik memegang kepala Ashraf lalu berkata. “Ashraf dah lupa kat papa? Dah tak sayang kat papa?”.
“Sayang,” kata Ashraf lemah tetapi tiada muka ceria ditonjolkan oleh Ashraf. Dia terpaksa berlakon berkata begitu kerana takut dimarahi oleh ibunya lagi. Taufik tahu bahawa anaknya itu tidak menyukainya. Mungkin kerana dia pernah memukul Ashraf sebelum dia bercerai dengan Marisa pada masa lalu. Kalau diikutkan hati, hendak sahaja dia membelasah Ashraf disitu kerana sengaja tidak menghormatinya selain wajah Ashraf yang dikatakan mirip datuknya semasa kecil. Wajah orang yang paling dibencinya.
Ashraf menarik tangannya daripada genggaman Taufik dan berlari semula kepada Hasrol yang berdiri tidak jauh dari situ. Taufik memerhatikan sahaja gelagat Ashraf dengan hati yang panas membara.
“Ashraf kenapa…,” Marisa cuba menegur.
“Tak mengapa Risa, abang tak kisah. Sudahlah nanti lama pulak client abang tunggu kat kedai tu. Ok, kita jumpa lain kali,” Taufik memotong kata Marisa terlebih dahulu lalu berjalan meninggalkan mereka. Sempat juga Taufik menjeling wajah Ashraf.
‘Berlagak punya budak. Kau ingat lelaki Cina Buta tu sayangkan kau betul-betullah. Nanti bila dia tak dapat duit yang aku janjikan kau pulak yang dia belasah nanti. Baru padan muka kau!’ kata Taufik di dalam hati lalu mengalihkan pandangannya kehadapan.
Tiba-tiba Hasrol berasa menyesal kerana mengajak Marisa dan Ashraf datang ke situ. Dia tidak sangka akan jadi begini. Terserempak dengan Zura dan Taufik. Ashraf dimarahi oleh Marisa. Semua ini terjadi disebabkan Hasrol yang mengajak Marisa dan Ashraf datang ke sini. Hasrol memandang wajah Ashraf. Muka budak lelaki itu macam nak menangis. Kasihan Hasrol melihatnya. Dipeluknya Ashraf dan digosok belakang badannya.
“Risa, awak okey ke?” Soal Zura apabila melihat wajah suram Marisa.
Marisa tersentak apabila ditegur. “Aku tak apa-apa. Zura kau nak pergi mana lepas ni? Aku nak pergi beli barang jap. Ada masa nanti kita jumpa lagi.”
“Aku pun nak balik ni. Kita jumpa lagi nanti. Kalau ada apa-apa hubungi aku,” kata Zura sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.
“Hmm..baiklah. Assalamualaikum..,” selepas bersalaman, Marisa melangkah pergi. Melihatkan Marisa mengambil langkah Hasrol menurutinya. Ashraf dikendongnya.
Selepas Marisa, Hasrol dan Ashraf hilang dari pandangan, Zura pula berjalan menuju ke arah restoran yang ditujui oleh Taufik tadi.

Ulasan
Catat Ulasan