Kahwin Dengan Cina Buta Bab 15
BAB
15
“Awak betul ke nak balik kampung rumah mak saya
dengan Ashraf minggu depan?” soal Hasrol sebaik sahaja mereka masuk ke dalam
bilik tidur belakang. Ketika itu Hasrol sedang mengangkut beberapa helai baju.
Begitu juga Marisa sedang membimbit beg baju. Mulai hari ini sehingga Puan
Aminah pulang semula ke kampung, mereka akan tidur di dalam bilik belakang
memandang bilik tidur utama telah diberikan kepada Puan Aminah.
“Kenapa?
Awak tak percaya ke?” Tiada jawapan yang diberikan tetapi soalan pula yang
dituturkan oleh Marisa.
“Yelah…kan
masa tu kita dah bercerai. Masa itu pun awak dah kembali pada Taufik.”
“Tetapi pada masa itu saya masih belum
boleh berkahwin dengan abang Taufik lagi. Jadi saya dengan Ashraf boleh ikut awak balik kampung selama seminggu.
Kita berlakonlah still jadi suami isteri lagi. Saya tahu perbuatan itu salah
disisi Islam sebab kita akan bersekedudukan sedangkan kita sudah bukan suami
isteri lagi. Cuma saya tak sanggup nak kecewakan mak awak. Penat-penat buat
persiapan kenduri kahwin kita tetapi tak jadi,” jelas Marisa sambil tangannya
sedang mengeluarkan kain-kain baju di dalam beg.
Hasrol
mengeluh mendengar penjelasan Marisa tadi. Dia pun tidak mahu mengecewakan
hasrat ibunya itu. “Kan saya dah cakap… Mak mesti sukakan awak. Kalau saya tahu
awak adalah perempuan pilihan mak jangan harap saya nak terima tawaran jadi
cina buta hari itu.”
“Kenapa pula
awak boleh berkata macam tu?” Soal Marisa.
“Sebab
takut jadi macam inilah. Takut tiba-tiba mak suka kat menantunya sedangkan dia
tidak tahu perkara yang sebenar. Sekarang saya sudah serba salah. Boleh saja
kalau saya tak mahu ceraikan awak demi menjaga hati mak. Tetapi saya tak boleh
pentingkan diri saya sendiri. Awak pun ada kehidupan awak sendiri bersama orang
yang awak cintai Taufik,” kata Hasrol lalu terdiam. Dia termenung seketika.
Hasrol
menyambung semula katanya. “Kalau saya ceritakan perkara sebenar pasti mak akan
kecewa. Agaknya kalau mak tahu saya ni cina buta mesti dia tak mengaku saya
anaknya. Nak tak nak terpaksa saya beritahu mak yang kita sudah bercerai nanti
daripada berterus terang tentang perkahwinan kita ini adalah rancangan
semata-mata. Memanglah cadangan awak nak kita berlakon jadi suami isteri itu
baik. Tetapi Taufik benarkan ke? Sampai bila kita nak berlakon. Daripada
berlakon baik kita terus jadi suami isteri sahaja.”
Marisa tersentak mendengar
kata-kata Hasrol tadi. ‘Itulah yang saya
harapkan. Menjadi isteri awak untuk selama-lamanya,’ kata Marisa yang
berani diluahkan di dalam hati. Hakikatnya dia terpaksa pendamkan. Dia keliru
sekarang ini. Tiba-tiba dia teringatkan Taufik. Tetapi perasaan cintanya
terhadap Taufik semakin hari semakin jauh. Yang dekat hanyalah perasaan
cintanya terhadap Hasrol.
“Awak
jagan bimbang. Awak dah banyak bantu saya dengan Ashraf. Kali ini saya akan
bantu awak pula. Tentang abang Taufik pun awak jangan bimbang. Saya akan
terangkan pada abang Taufik dan saya yakin yang abang Taufik akan faham ,” ujar
Marisa. Dia baru sahaja meletakkan baju yang dikeluarkan dari dalam beg ke
dalam almari pakaian. Lalu dia duduk disebelah Hasrol di atas katil yang akan
menjadi alas mereka untuk tidur nanti.
“Biarlah
mak rasa gembira melihat usaha payahnya membuat persiapan kenduri kahwin kita
menjadi realiti. Cuba awak bayangkan kalau semua persiapan kenduri kahwin sudah
dibuat last-last tak jadi sebab dia
tahu kita sudah bercerai. Apa perasaan mak awak. Mesti kecewa. Lebih-lebih lagi
malu pada penduduk kampung yang sudah maklum dengan kenduri kahwin itu,” Marisa
menyambung katanya lagi.
Hasrol
mengangguk. Lantas dia memandang tepat wajah Marisa. “Kenapa awak sanggup nak
tolong saya sedangkan selepas saya ceraikan awak nanti kita sudah tiada kaitan
apa-apa pun?” Soal Hasrol.
‘Sebab…..Sebab saya tak sanggup nak berpisah
dengan awak,’ hendak sahaja Marisa mengeluarkan kata-kata apa yang
dilafazkan di dalam hati tadi.
“Sebab
awak papa kesayangan Ashraf. Kita masih ada kaitan lagi. Awak dah lupa janji
awak walaupun kita sudah bercerai nanti awak tak akan putuskan hubungan awak
dengan Ashraf,” Marisa mengingatkan Hasrol akan janjinya.
“Saya ingat
janji itu awak. Baiklah lepas kita bercerai nanti kita akan berlakon jadi suami
isteri untuk menunaikan hasrat mak untuk buat kenduri kahwin kita. Terima kasih
awak sebab sudi bantu saya. Saya akan ingat pengorbanan awak selama-lamanya,”
kata Hasrol sambil mencuit hidung Marisa.
Marisa
tersenyum. Dia berasa gembira apabila Hasrol bersetuju menerima cadangannya
untuk berlakon menjadi suami isteri selepas bercerai nanti. Dia berasa gembira
kerana dia masih mempunyai peluang untuk bersama dengan Hasrol lebih lama lagi.
Kerana bagi dia masa seminggu adalah masa yang begitu singkat. Kalau boleh dia
hendak hidup bersama dengan Hasrol untuk selama-lamanya.
Tok…!Tok…!
Pintu bilik diketuk. Lantas Marisa bangun untuk membuka pintu bilik. Hasrol
hanya memerhatikan sahaja. Dia memandang tepat pintu bilik itu untuk mengetahui
gerangan yang mengetuk pintu apabila terbuka nanti.
Marisa
membuka pintu bilik. Puan Aminah tercegat dihadapan pintu.
“Mak minta maaf ganggu
Marisa. Ni…mak nak pinjam telekung nak solat zohor. Boleh pula terlupa nak bawa
dari kampung.”
Marisa
tersenyum. “Tak mengganggu pun mak. Kat bilik tidur sana pun ada. Jom Risa
ambilkan untuk mak.” Marisa berjalan keluar dari bilik sambil diekori oleh Puan
Aminah meninggalkan Hasrol yang masih duduk memerhatikan mereka berdua.
Sambil
mereka berjalan Puan Aminah menyoal Marisa. “Hasrol solat tak Marisa?”
“Alhamdulillah mak. Hasrol tak
pernah tinggal solatnya. Saya akan membebel kalau dia belum solat atau sengaja
lewat-lewatkan solat,” jawab Marisa.
“Baguslah
kalau macam tu. Bukan apa mak bimbang kalau-kalau dia ambil ringan pasal solat.
Masa dia bujang dulu pun bukan main liat nak solat. Lagi-lagi masa nak kejutkan
solat Subuh. Macam kejutkan mayat hidup.” Puan Aminah mengeluh.
Tergelak
Marisa apabila mendengar Puan Aminah menyamakan Hasrol dengan mayat hidup. Dia
memang mengakuinya kerana dia pernah mengalami situasi yang sama apabila cuba
mengejutkan Hasrol dari tidur.
“Dulu
masa arwah ayah dia hidup lagi, dia taklah macam tu. Mungkin sebab arwah
ayahnya seorang yang tegas. Mak ni yang selalu manjakan Hasrol. Sebab terlampau
manja sangat, tengoklah sekarang ni sampai kahwin pun tak beritahu kat maknya.
Tetapi tak apalah, dia pun ada sebab mengapa kahwin tergesa-gesa. Mak pun boleh
terima alasan tu. Yang paling melegakan hati mak bila Hasrol berkahwin dengan
kamu Marisa,” kata Puan Aminah lagi.
Marisa
terharu mendengar kata-kata Puan Aminah. Dia memandang wajah perempuan tua itu.
Bersih dan berseri. Tidak seperti masa mula-mula dia berjumpa Puan Aminah tengahari
tadi.
Mereka sampai di dalam
bilik tidur utama. Marisa menyelongkar almari baju bilik itu dan dikeluarkan
sepasang telekung lalu dihulurkan kepada Puan Aminah.
“Terima kasih
mak sebab sudi terima Marisa jadi menantu mak. Kalau ada apa-apa yang mak
perlukan mak tak usah segan minta pada Marisa ye.”
“Yelah…Sama-sama,” kata
Puan Aminah. Selepas mengemas semula almari yang baru diselongkar tadi Marisa
pun beredar meninggalkan bilik tidur utama. Manakala Puan Aminah terus
menunaikan tanggungjawab kepada Tuhannya.
+++++
Pagi-pagi lagi Marisa sudah bangun
dan berada di dapur. Dia sedang menyediakan sarapan pagi untuk keluarganya.
Tetapi pada pagi ini dia akan memasak lebih dari kebiasaan kerana Puan Aminah
turut menghuni sementara di apartment itu. Kelihatan Marisa sedang khusyuk
menggoreng nasi tanpa menyedari Puan Aminah yang berada di belakang
memerhatikannya.
Senyuman mula terukir
pada mulut Puan Aminah apabila melihat Marisa sedang membantu melaksanakan
tanggungjawab terhadap keluarganya. Walaupun dalam hukum memang suami yang
patut menyediakan makan minum untuk isterinya. Tetapi Marisa mengambil
pendekatan untuk membantu bagi meringankan beban Hasrol.
“Assalamualaikum…,”
Puan Aminah memberi salam dengan suara yang perlahan.
Marisa sedikit tersentak apabila mendengar
suara Puan Aminah yang sayup itu. Dia menutup api dapur tanda nasi yang
digorengnya itu sudah masak. Dia menoleh sambil memberi senyuman pada perempuan
tua itu.
“Waalaikumsalam. Mak dah bangun ke?
Risa baru nak siapkan sarapan. Ingatkan bila dah siap nanti baru Risa nak
panggil mak ajak sarapan.”
“Tak
mengapalah Risa. Mak tak boleh kalau tak masak pagi-pagi ni. Kalau kat kampung
mak yang selalu masak. Tapi dah Risa yang masak tak apalah. Sedap baunya,” ujar
Puan Aminah. Sempat pujian dilemparkan.
“Ala
mak ni. Masak biasa-biasa je. Mak masak lagi sedap agaknya.” Marisa merendah
diri.
“Mana
Hasrol tak bangun lagi? Solat Subuh tak dia tadi?” Soal Puan Aminah. Kali ini
fasal anaknya pula.
“Dah
bangun. Solat pun sudah. Semenjak saya bernikah dengan Hasrol, Hasrol tak
pernah tinggalkan solat,” jawab Marisa sambil mengeluarkan pinggan mangkuk
dalam almari pinggan.
“Alhamdulillah… Mak
bersyukur sangat-sangat sebab Hasrol kahwin dengan Risa. Kalau Hasrol masih
lagi tidak ceraikan Pasha isteri pertama dia tu entah apa yang akan jadi kat
dia. Risa tahu kan yang Hasrol tu pernah berkahwin dahulu?” Soal Puan Aminah
yang menyebabkan Marisa terkedu.
Marisa
bukan sahaja tahu yang Hasrol pernah berkahwin dengan Fasha tetapi dia juga
tahu yang Hasrol pernah berkahwin dengan Sofea. Tetapi tidak mungkin dia akan
menceritakan pada Puan Aminah mengenai pernikahannya dengan Sofea. Jika Puan
Aminah tahu lagi gawat dibuatnya.
“Tahu.
Hasrol pernah cerita. Nama isterinya itu Fasha lah mak. Bukan Pasha. Pasha tu
penyanyi Ungu kumpulan Indonesia,” beritahu Marisa. Tersenyum dia apabila Puan
Aminah menyebut Fasha kepada Pasha.
“Pasha
ke Pasu ke yang penting mak tak berminat betul dengan perempuan tu. Kurang ajar
dengan orang tua. Berbeza sungguh personaliti dia dengan kamu,” ujar Puan
Aminah.
“Mak ni
asyik puji Risa je. Malu Risa.” Sekali lagi Marisa tersenyum. Tangannya masih
lagi tidak lepas menyediakan sarapan pagi. Kali ini dia sedang menyediakan teh
o panas.
“Mak
bukan puji saja-saja. Mak nampak keistimewaan pada menantu baru mak ni. Kalau
tak mak tak akan suka-suka puji orang tahu.”
“Terima
kasih mak sebab puji Risa. Risa pun bersyukur sebab dapat ibu mertua macam mak
ni. Yang tahu hati dan perasaan perempuan yang macam Risa ni. Maklumlah Risa
kan janda dan ada anak lagi.” Kali ini Marisa pula yang memuji Puan Aminah.
“Mak terima siapa pun isteri Hasrol
jika perempuan itu tahu tanggungjawabnya terhadap suami dan juga menghormati
orang tua. Sebab itu mak tak kisah jika Hasrol kahwin dengan Risa walaupun Risa
dahulu pernah bersuami dan diceraikan. Sebab mak yakin yang Risa akan menjadi
seorang isteri yang terbaik untuk anak mak Hasrol,” jawab Puan Aminah.
Marisa
termenung mendegar kata-kata Puan Aminah tadi. Memang dia berniat untuk menjadi
seorang isteri yang terbaik untuk Hasrol akan tetapi hanya untuk tempoh
seminggu sahaja. Selepas itu mereka akan berpisah. Marisa tidak dapat bayangkan
jika Puan Aminah tahu perkahwinannya dengan Hasrol hanya sementara sahaja.
Sudah pasti perempuan tua itu kecewa. Marisa sedikit mengeluh.
Puan
Aminah dapat melihat kerungutan wajah Marisa. Lantas dia mendekati menantunya
itu. “Risa ada apa-apa ke yang disorok dari mak?”
Marisa
tersentak. Air matanya yang dari tadi hendak keluar ditahannya. Dia memandang
wajah Puan Aminah dan melepaskan senyuman. Senyuman dari mata kasar nampak
manis tetapi sebaliknya jika ia diterokai bersama hati dan perasaan Marisa
ianya begitu pahit untuk pedih untuk dirasai.
“Tak
ada apa-apa yang Risa nak sorok dari mak. Risa cuma gembira kerana mendapat
kasih sayang daripada mak dan juga Hasrol,” begitu jawapan yang Marisa berikan.
Jawapan yang boleh juga dikatakan benar tetapi ada jawapan di sebalik jawapan
tadi.
+++++
Hasrol keluar dari bilik tidur
utama. Dia melihat di ruang tamu tiada siapa yang kelihatan. Hasrol berjalan
menuju ke dapur. Semakin hampir dia di dapur semakin jelas dia dengar suara
orang yang rancak berbual. Dia pasti ibunya dan Marisa yang berada di dapur.
Tekaannya tepat apabila melihat Puan Aminah dan Marisa berada di dapur sedang
berbual rancak.
“Seronok
berbual nampak. Apalah yang dibualkannya?” Hasrol menegur sambil kakinya masih
menapak ke arah dua orang perempuan berbeza umur itu.
Serta merta perbualan di antara Puan Aminah
dan Marisa terhenti. Marisa tersenyum melihat Hasrol yang tersengih-sengih.
“kami
tengah mengutuk kamu Hasrol. Sebab itulah seronok kami berbual. Kamu nak join
ke?” Soal Puan Aminah. Sengaja menyakat anaknya itu.
“Patutlah
Hasrol tersedak tadi. Ada orang mengutuk Hasrol rupanya. Nak join gak nak tahu
apa yang mak dengan Marisa kutuk pasal Hasrol ni.”
“Lambat. Dah habis dah kami kutuk
awak. Betul tak mak?” Marisa pula bersuara.
“Betul, betul… Sudahlah. Sarapan dan
siap ni. Alang-alang Hasrol dah ada ni tolong angkat bawa ke depan,” arah Puan
Aminah.
“Hasrol
datang sini pun sebab nak tolong Marisa kat dapur la mak. Tapi mak dengan
Marisa sedap-sedap nak kutuk Hasrol,” Hasrol membalas dengan nada merajuk.
Pantas dia mengambil mangkuk yang berisi nasi goreng yang masih panas.
“Kami kutuk perkara yang
baik-baik jelah. Itu pun awak dah nak terasa hati,” ujar Marisa. Senyuman masih
tidak lekang dari bibirnya.
“Hahaha…
Tak pernah dengar pulak orang kutuk perkara yang baik. Yelah Hasrol kami
bergurau je. Tapi ada juga kutuk sikit-sikit,” sampuk Puan Aminah. Dia tergelak
mendengar kata-kata Marisa tadi.
“Yelah
mak nak kutuk pun kutuklah. Janji mak suka dengan menantu baru mak ni,” ujar
Hasrol. Selajur berjalan keluar dari dapur menatang mangkuk yang baru
diangkatnya tadi.
“Mak suka pilihan Hasrol kali ini
terbaik!” Dengan cepat Puan Aminah menjawab. Tangannya diangkat dan menunjukkan
tanda bagus. Hasrol tersenyum. Manakala Marisa tergeleng-geleng kepalanya.
Sedang
Hasrol berjalan ke meja makan dan meletakkan mangkuk nasi goreng yang dibawanya
tadi, dia termenung seketika. Memang dari mula dia berasa gembira kerana Puan
Aminah amat menyukai Marisa. Tetapi memandangkan Marisa hanya isteri
sementaranya, hatinya mula merintih sayu.
“Tetapi
pilihan Hasrol hanya sementara mak,” perlahan Hasrol berbicara. Bicara yang
boleh menghancurkan perasaan hati ibunya.
Hasrol berkahwin dgn Julia bkn Fasha.
BalasPadamJulia yg kantoi dgn mak dia mula2 tu.
Fasha buah hati Taufiq skrg ni yg tgh plan nak hancurkan hidup janda Taufiq si Marisa ni..