Kahwin Dengan Cina Buta Bab 8

BAB 8

“Hai sayang kenapa muka bad mood je?” Sapa Fasha yang tiba-tba masuk ke dalam bilik Taufik tanpa meminta kebenaran dari tuan punya bilik itu.                                                                         

Taufik hanya mengalihkan pandangan matanya pada Fasha kemudian termenung semula seperti sedang memikirkan sesuatu. Fasha yang merasa pelik melihat perlakuan Taufik lantas mendekati Taufik lalu mengusap-usap pipi lelaki itu.                                                 

“Kenapa ni? Ada masalah ke sayang? Ceritalah kat I” kata Fasha dengan manja.               

“Harapan I untuk jadi CEO Syarikat Sentra Sdn Bhd tidak kesampaian. Tak guna betul orang tua tu. Macam tahu saja yang aku nak lingkupkan syarikat dia,” Taufik mula bersuara. Itu pun hasil pujukan Fasha yang berjaya mencairkan hati Taufik.                                               

“Kenapa boleh jadi begitu?” soal Fasha.                                                                               

“Kerana dia telah pindahkan sahamnya sebanyak 80% kepada orang lain sebelum Dato’ Zakaria mengambil alih syarikatnya. Jadi I hanya dapat 20% sahaja baki saham dari orang tua itu. Secara mejoritinya orang yang memegang saham yang lebih besar layak memegang jawatan CEO,” jawab Taufik sambil mendengus selepas itu.                                                                        

“Jadi sekarang bagaimana? Tiada peluanglah you nak jadi CEO dan tak dapatlah I nak merasa untuk menjadi isteri CEO nanti,” Fasha mencebik.                                                                            

“You jangan bimbang. Dato’ Zakaria telah menghantar orang untuk menyiasat perkara ini. Dia akan cari siapa pemegang saham yang terbesar tu dulu.”                                                      

“Entah-entah pemegang saham terbesar tu bekas janda you Marisa kot. Dia saja tak nak beritahu kat you sebab dia nak balas dendam sebab you telah ceraikan dia agaknya.”                                   

“Tak mungkin. Dia tak kan menipu. I taulah dia tu macam mana orangnya. Tetapi I akan tanya dia nanti. Mana tau dia tahu sapa pemegang saham terbesar tu,” kata Taufik menyanggah pendapat Fasha tadi.                                                                                                                              

“Yelah tu. Tapi apa-apa pun kita settlekan pernikahan janda you tu dulu ok? Mana borang pernikahan janda you tu?” kata Fasha sambil tapak tangan kanannya ditadahkan kepada Taufik.                                                                                                                                                       
“Kat dalam sampul surat coklat atas meja,” bibir taufik menjuih kearah sampul surat coklat yang siap terletak di atas meja.                                                                                     

Fasha bingkas mengambil sampul surat itu. Dikeluarkan dokumen di dalamnya satu persatu. “Esok I akan daftar pernikahan ini. Minggu depan mereka boleh bernikah dan bermulalah hari malang buat janda you tu. Hahahaha…,” kata Fasha disusuli dengan gelak besar. Taufik hanya tersenyum tawar.

+++++

Marisa kelihatan sedang mengelap almari yang berhabuk. Sesekali dia mengesat peluh yang mengalir perlahan di wajahnya. Boleh dikatakan dalam seminggu sekali Marisa mesti mengelap perabot di dalam rumahnya kerana kedudukan rumah yang berdekatan dengan jalan raya menyebabkan habuk mudah masuk ke dalam rumahnya dan sering bertompok di perabotnya. Setelah penat mengelap dia duduk bersandar di atas kerusi ruang tamu rumahnya.            

‘Lepas ni nak masak pulak’ desus hatinya.
                                                                                        
Tiba-tiba dia tekenangkan bahawa dia akan bernikah dengan orang yang tidak dikenalinya pada minggu hadapan ‘Siapalah bakal suami sementara aku tu? Apa yang aku nak cakap dengan Ashraf nanti kalau dia tanya? Hmm..Terus terang sajalah nanti. Harap-harap Ashraf dapat terima.’                                                                                                                 
Telefon bimbit Marisa memaklumkan bahawa satu pesanan ringkas diterima. Marisa bingkas bangun dan mengambil telefon bimbit yang terletak di atas almari televisyen. Lalu ditekan punat ok untuk membaca mesej yang diterimanya itu. Apabila diperhatikan tertera nombor yang tidak dikenali dan Marisa menyambung membaca isi kandungan mesej itu.              

‘Sebenarnya kematian bapa kau bukan disebabkan penyakit jantung sahaja tetapi disebabkan Taufik yang telah mensabotaj syarikat bapa kau. Tujuan Taufik membuat begitu adalah untuk mengaut segala harta bapa kau. Sekarang dia telah berjaya mendapatkan syarikat bapa kau tu. Harap kau berhati-hati dengan tipu helah dia.’                                                                      

 Marisa mengerutkan keningnya tatkala membaca mesej itu. “Siapa yang hantar mesej ni? Betul ke apa yang dikatakan ni?” katanya sendiri. Marisa berasa ragu-ragu terhadap mesej yang diterimanya tadi. “Aku tak percaya yang abang Taufik sanggup melakukan begitu. Mesti ada orang yang iri hati dengan kami.”                                                                                                       

Marisa cuba untuk menghubungi semula nombor yang menghantar pesanan ringkas kepadanya tadi untuk mengetahui empunya pemilik nombor itu tetapi harapannya hampa kerana nombor itu sudah dimatikan dan hanya dijawab oleh operator sahaja. Marisa menamatkan panggilan dan mengeluh sendiri dan tangannya masih memegang telefon bimbit itu.             

Marisa terkejut apabila panggilan pula yang masuk di dalam telefon bimbitnya. Adakah orang yang tidak dikenali yang baru menghantar pesanan ringkas kepadanya yang menghubunginya? Apabila diperhatikan skrin telefon bimbit itu nama Taufik yang tertera. Marisa menghembus nafas lega. Memang dia mengharapkan agar Taufik dapat menghubunginya. Panggilan terus dijawab dengan penuh harapan.                                                                

“Assalamualaimum abang.”                                                                           

 “Waalaikumsalam. Abang nak tanya Risa sesuatu ni.”                                               

 “Tanyalah. Kalau Risa boleh jawab Risa jawablah.”                                      

“Emmm…Abang..abang dalam usaha untuk mendapatkan balik syarikat arwah ayah untuk kita. Abang sekarang sudah berjaya mendapatkan kembali saham syarikat sebanyak 20%. Tetapi apabila diteliti mengenai baki saham syarikat sebanyak 80% itu mendapati terdapat seorang yang tidak dikenali memegang baki saham itu.”                                                                                     

“Dan saham sebanyak 80% itu juga diserahkan sendiri oleh arwah ayah. Abang nak tanya jika Marisa tahu siapa pemegang saham 80% tu. Bukan apa untuk pastikan dia tu kawan kita atau musuh kita. Abang tak nak syarikat arwah ayah jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab,” jelas Taufik panjang lebar.                                                                                             

“Risa pun tak tahu abang. Arwah ayah tak pernah cerita kat Risa pun pasal perkara ini. Arwah ayah nak beri saham tu kat siapa lagi. Anaknya cuma ada 2 orang sahaja Risa sendiri dan abang Jenal. Tetapi mustahil arwah ayah beri saham tu pada abang Jenal sebab abang Jenal dah menghilangkan diri 5 tahun yang lalu. Sehingga kini tiada khabar berita darinya,” Marisa pula yang memberikan penjelsan.                                                                                                                               

 “Jadi siapa ye pemegang saham itu? Tak pelah kalu Risa tak tahu. Oh ye…abang dah daftarkan pernikahan Marisa pada 21 April ni jadi majlisnya minggu depanlah. Nanti ada orang datang ambil Marisa untuk ke tempat berlangsungnya penikahan,” beritahu Taufik kepada Marisa.
                                                                                                                                               
 “Yelah abang. Tetapi abang tak nak datang ke dalam majlis pernikahan itu nanti?” Soal Marisa. Dalam situasi tersebut Marisa mengharapkan Taufik berada di majlis pernikahannya supaya hatinya tidak gundah gulana menerima hakikat pernikahan dengan lelaki yang tidak dikenalinya.                                                                                                                         
 “Abang pada masa tu ada perjumpna dengan client. Agak penting juga perjumpaan itu. Abang minta maaf sebab tidak dapat hadir pernikahan Risa. Tetapi Risa jangan bimbang kalau ada apa-apa Risa boleh call abang,” pujuk Taufik. Dia sememangnya tidak minat untuk menghadiri pernikahan itu. Kalau boleh lepas Marisa bernikah dia tidak mahu berhubung lagi dengan perempuan itu lagi.                                                                                                                   
Marisa kecewa. Dia merasakan yang dia tidak akan tenteram di majlis pernikahan nanti kerana orang yang akan memberi semangat kepadanya tidak akan hadir pada majlis itu. Dia terdiam seketika. “Takpelah kalau abang tak dapat hadir pada majlis pernikahan Risa nanti. Tetapi Risa masih mengharapkan kehadiran abang,” kata Marisa. Sayu suaranya seperti suara orang yang hendak menangis tetapi ditahan-tahan.                                                                       

“Tengoklah nanti Marisa, kalau sempat abang datang. Okeylah. Kalau ada apa-apa maklumat mengenai pemegang saham tu beritahu pada abang tau,” pinta Taufik sebelum mematikan panggilan dengan serta merta.                                                                                        

Marisa tiba-tiba teringat mengenai pesanan ringkas yang baru diterimanya tadi. Tetapi tidak berpeluang untuk memberitahu pada Taufik kerana panggilan tersebut telah dimatikan. “Tak mungkin Abang Taufik lakukan apa yang tertulis di dalam pesanan ringkas tadi. Ah, abaikan saja mungkin ada orang yang hendak kenakan aku,” kata Marisa sendiri. Dia bersangka baik terhadap Taufik.                                                                                                                         

Marisa bangun dari duduknya dan menapak menuju ke dapur untuk memask pula. Jam menunjukkan pukul 11.00 pagi. Jadi dia ada masa selama 1 ½  jam untuk memasak kerana pada pukul 12.30 tengahari nanti dia akan bersiap-siap untuk mengambil Ashraf di sekolah. Memang itu rutin harian yang dilakukannya semenjak tinggal di rumah flat itu.

+++++

Tarikh hari ini adalah 21 April 2012. Marisa sudah bersiap-siap memakai baju kurung warna biru. Hatinya berasa tidak tenteram memikirkan pernikahannya dengan lelaki yang tidak dikenali yang akan berlansung tidak lama lagi. Sesekali dia bangun dari duduknya dan bermundar mandir di ruang tamu. Ashraf hanya memerhatikan gelagat ibunya itu.                                          

 “Mama, kita nak pergi mana ni?” Tiba-tiba Ashraf bertanya. Apabila melihat ibunya kelihatan lain pada hari ini.                                                                                                                

 Marisa berhenti dari berjalan dan mukanya dipalingkan kepada Ashraf. Dia terkedu seketika. Mulutnya terkumat-kamit seperti hendak memberitahu sesuatu tetapi tersekat dikerongkong. “Ma…kita…Ashraf nanti dapat ayah baru,” akhirnya terkeluar juga suaranya tetapi sedikit gagap. Marisa merenung anaknya itu. Dia khuatir anaknya itu tidak dapat menerima kenyatan bahawa dia akan berkahwin dengan lelaki lain. ‘Kenapalah aku boleh cakap macam tu. Apa pulak yang Ashraf fikir nanti’ gumamnya sendiri.                                               

“Ashraf dapat papa baru? Ye ke mama? Siapa? Ashraf nak jumpa papa baru Ashraf,” Ashraf tersenyum tangannya ditepuk-tepuk tanda gembira. Nampaknya dia kelihatan gembira apabila mengetahui perkara itu.                                                                                                  

 Marisa terkejut melihat kegembiraan Ashraf apabila mengetahui akan mendapat ayah yang baru. ‘Adakah dia sudah lupakan abang Taufik’, hati Marisa bersuara. “Nanti kita akan jumpa. Ashraf suka ke dapat papa baru?” Marisa bertanya.                                                                     

 “Suka, suka…harap-harap papa baru nanti tak macam papa yang lama,” Ashraf memaksudkan papa yang lama itu adalah Taufik. Marisa berjalan menuju ke arah Ashraf dan melulut lalu memeluknya. Dia agak terkesima mendengar kata-kata Ashraf tadi. Dia tahu bahawa Ashraf sudah tawar hati dengan Taufik kerana Taufik tidak pernah menjenguknya selepas mereka bercerai.                                                                                                                                 
 “Jom mama, kita jumpa papa baru,” ajak Ashraf lalu ditarik tangan ibunya itu berjalan menuju ke pintu luar rumah. Marisa hanya mengikutinya sahaja. Selepas mengunci pintu rumah, mereka turun tangga menuju ke tingkat bawah untuk menunggu orang yang akan membawa mereka ke majlis pernikahan itu.                                                                                                        

Marisa dan Ashraf duduk disebuah kerusi kayu yang dikhaskan penduduk di situ untuk menunggu teksi. Marisa masih lagi dalam keadaan gusar dan bimbang mengenai pernikahannya. Ashraf pula tampak ceria dan selalu bertanya mengenai ayah barunya itu. Hensem ke? Baik tak? Semua soalan itu ditujukan kepada Marisa. Marisa hanya menjawab yang baik-baik sahaja pada bakal ayah Ashraf. Walaupun dia tidak tahu siapakah lelaki yang akan menjadi ayah Ashraf tetapi dia tetap menceritakan kebaikkan lelaki itu kepada Ashraf supaya Ashraf dapat menerima ayah barunya itu walaupun hanya sementara waktu.                                                                                        

 Sebuah kereta perodua Myvi datang dan berhenti dihadapan Marisa dan Ashraf. Seorang lelaki dalam lingkungan 30-an keluar dari kereta itu.                                                                              

 “Puan Marisa ke?” Soal lelaki itu sambil tangan ditujukan kepada Marisa.                                  

“Ya saya Marisa,” jawab Marisa  

“Tuan Taufik mengarahkan saya untuk membawa Puan Marisa pergi ke tempat yang telah diberitahu kepada saya,” lelaki itu berkata. Kali ini pintu belakang kereta dibuka untuk menjemput Marisa dan Ashraf masuk.                                                                                    

 Marisa dan Ashraf mula bangun dari kerusi kayu itu dan berjalan masuk ke dalam kereta. Manakala lelaki tadi menutup pintu kereta apabila Marisa dan Ashraf sudah masuk duduk di dalamnya. Lelaki itu tadi berlari anak masuk ke ruang pemandu. Kereta Myvi yang dinaiki oleh lelaki tadi bergerak meninggalkan rumah flat 5 tingkat bersama Marisa dan Ashraf.

+++++

Hasrol siap berbaju melayu bewarna biru. Dia berdiri di hadapn cermin yang digantung di tingkat bawah surau Seksyen 9 Shah Alam. Ketika itu dia sedang memakai sampin supaya dia kelihatan lebih segak dan bergaya. Gaya penampilannya tak ubah macam Laksamana Hang Tuah apabila keris disarung di dalam sampinnya. Lalu dia mencapai songkok yang tergantung di dinding dan memakainya.                                                                                                                

“Dah hensemlah tu. Tak perlu nak tacap-tacap lagi,” sakat Zaki yang dari tadi menemani Hasrol bersiap. 
                                                                                                                                  
Hasrol tersengih-sengih. “Pak Imam dah datang ke?” soal Hasrol matanya memandang Zaki melalui cermin yang dilihatnya.                                                                                                         

 “Dah, tinggal pengantin perempuan tak sampai-sampai lagi,” jawab Zaki.                   

 “Macam mana agaknya wajah bekas isteri Taufik tu. Harap-harap cantiklah macam Angelina Jolie,” angan Hasrol. Zaki hanya mencebik mendengar kata-kata Hasrol tadi. Sesekali dia tergelak kecil juga.                                                                                                    

“Harap-harap bekas isteri Taufik tu macam negro. Hitam legam,” kata Zaki sambil tangan ditadahkan tanda berdoa.                                                                                                    

“Hoi, kurang ajar. Doa yang bukan-bukan untuk aku. Kau nak kena tikam dengan keris sakti ni ke?” Hasrol mencabut keris yang gah tersarung di dalam sampinnya. Lalu dia membuka bunga silat di hadapan Zaki. Lantas dia menerpa kearah Zaki. Zaki pula melarikan diri sambil ketawa masih bersisa di mulutnya.                                                                                                

“Eh, kau orang ni. Pak Imam panggil sebab pengantin perempuan dah sampai,” salah seorang AJk surau memberitahu kepada Hasrol yang ketika itu sedang mengejar Zaki.                        

 Lantas kaki Hasrol dan Zaki terhenti seketika dan pandangan dialihkan kepada AJK surau itu. Hasrol berasa agak malu kerana perangai kebudak-budakkan tadi dilihat oleh AJK surau. Zaki pula menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih-sengih. Hasrol memasukkan semula kerisnya di dalam sampin dan berjalan sambil ditemani oleh Zaki ke ruang solat surau untuk berjumpa dengan Pak Imam. Dia tidak sabar untuk melihat wajah Marisa yang kini telah sampai untuk melangsungkan pernikahannya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kahwin Dengan Cina Buta Bab 4

Kahwin Dengan Cina Buta Bab 1

Kahwin Dengan Cina Buta Bab 27