Kahwin Dengan Cina Buta Bab 6
BAB
6
Marisa sedang bersiap-siap hendak keluar berjumpa
dengan Taufik. Dia memakai jubah berwarna kuning cair dan bertudung putih.
Sekejap sahaja dia meyiapkan dirinya. Dia tidak suka bermekap, cukup hanya
mengenakan sedikit bedak di mukanya. Ashraf pula hanya memakai seluar track
suit dan t-shirt tanpa kolar terpampang gambar Ben10 watak kesukaannya. Tiba di
tingkat bawah rumah flat itu mereka menunggu teksi untuk datang mengambil
mereka. Sementara menunggu teksi Ashraf kelihatan sedang mengejar seekor kucing
jantan yang tadi sedang tidur dikaki lima rumah flat itu.
Lebih
kurang 5 minit menunggu, teksi yang dinanti kunjung tiba. Tanpa berlengah
Marisa dan Ashraf masuk ke dalam perut kenderaan itu seraya kenderaan itu pun
bergerak. Marisa terpaksa menghantar Ashraf ke rumah Zura terlebih dahulu
sebelum dia dapat bertemu dengan Taufik. Teksi yang dinaiki oleh Marisa dan
Ashraf bergerak menuju ke Seksyen 24, Shah Alam dimana tempat Zura tinggal
menyewa.
Teksi
yang dinaiki Marisa dan Ashraf mula bergerak perlahan tatkala sampai dihadapan
sebuah rumah teres yang bewarna biru. Kelihatan Zura sedang berdiri di muka
pintu menunggu kedatangan mereka berdua. Sebaik sahaja teksi itu berhenti
Ashraf terus melulu keluar berlari anak ke arah Zura. Marisa menggelengkan
kepalanya melihat gelagat Ashraf. Dia sudah masak dengan perangai Ashraf
apabila pergi ke rumah Zura. Boleh dikatakan Zura ibunya yang kedua selepas
Marisa. Lagipun Zura belum berkahwin lagi walaupun umurnya semakin meningkat.
“Zura, tolong jagakan Ashraf ye. Aku
cuba balik secepat mungkin,” pinta Marisa kepada Zura.
“Tak
apalah. Aku pun tinggal sorang saja di dalam rumah ni. Ada Ashraf boleh
temankan aku. Taklah boring sangat,” kata Zura tangannya masih menggosak kepala
Ashraf.
Marisa
tersenyum mendengar kata-kata Zura. “Ashraf, jangan nakal-nakal kat rumah
auntie Zura tau. Mama nak keluar kejap,” pesan Marisa kepada Ashraf. Jari
telunjuknya digoyang-goyangkan tanda amaran.
“Ok
mama tapi jangan lupa belikan Ashraf jajan tau.”
“Ok
sayang balik nanti mama belikan, bye. Assalamulaikum,” Tangan Marisa
dilambai-lambai, lalu berpaling menuju semula ke arah teksi yang masih menunggu
untuk membawa Marisa ke destinasi seterusnya. Zura dan Ashraf terus bediri
menungu sehingga kereta itu hilang dari pandangan mata dan Zura pun memegang
tangan Ashraf dan memimpinnya masuk ke dalam rumah.
+++++
Waktu petang di taman tasik Shah Alam Seksyen 7,
kelihatan beberapa manusia sedang beriadah untuk menjaga kesihatan diri
masing-masing. Ada yang berlari-lari anak. Ada juga yang berjalan tetapi
selalunya orang yang berjalan itu mereka yang sudah lanjut usia. Selain tempat
beriadah, taman tasik itu juga menjadi tempat untuk mereka yang ingin duduk
beristirahat kerana terdapat kerusi-kerusi yang disediakan untuk kemudahan
pengunjungnya. Tetapi ada juga segelintir manusia yang menyalahgunakan
kemudahan itu dengan menjadikan tempat itu tempat untuk berasmara bagi pasangan
muda yang hangat bercinta.
Marisa tiba awal di taman tasik itu
dan sedang duduk di kerusi berhampiran pokok yang rendang. Walaupun jam telah
menunjukkan pukul 5 petang tetapi matahari masih memancarkan bahangnya. Dengan
duduk di bawah pokok rendang itu dapatlah dia berteduh dan mengelakkan dari
terkena bahang sinaran matahari.
Marisa
mula melihat jam tangannya yang sudah menunjukkan pukul 5.20 petang. ‘Mana abang Taufik ni?’ hati Marisa mula
berbicara kerana sudah lebih setengah jam dia berada disitu tetapi batang
hidung Taufik tidak muncul-muncul juga. Hendak sahaja dia menelefon bekas
suaminya itu, tetapi dia berasa tidak perlu untuk menghubungi Taufik. Dia tetap
akan menunggu sehingga Taufik datang. Mungkin Taufik ada urusan yang belum
diselesaikan sebelum berjumpa dengan dia. Marisa menarik nafas panjang.
Tiba-tiba
sahaja dia teringat akan perbualannya dengan Taufik pada masa lalu berkenaan dengan
permintaan Taufik untuk kembali kepadanya. Terus terang Marisa berasa amat
gembira apabila mendengar permintaan Taufik. Tetapi hatinya mula gundah gulana
apabila memikirkan yang dia akan berkahwin dengan lelaki cina buta jika dia
hendak kembali semula kepada Taufik. Dia tidak dapat bayangkan kehidupannya
dengan lelaki yang tidak dikenalinya. Walaupun sementara tetapi dirasakan
selama-lamanya.
“Sory
lambat, ada hal tadi,” Taufik menyapa dari belakang. Dia berjalan dan terus
beridiri dihadapan Marisa yang tengah duduk termenung.
Marisa yang sedikit tersentak hanya
melepaskan senyuman tawar. “Tak apa. Risa faham abang sibuk. Duduklah,” Risa
mempelawa Taufik duduk disebelahnya.
Taufik
melangkah dan melabuhkan punggungnya disebelah Marisa. Marisa mula merasa
janggal apabila Taufik duduk disebelahnya. Kelihatan dia membetulkan skirt
labuhnya dan dia tertunduk malu apabila Taufik merenungnya. Mungkin dia bukan
lagi isteri kepada Taufik menyebabkan perasaan malu mula muncul disanubarinya.
“Risa tahu kan tujuan abang nak
jumpa Risa petang ni?” soal Taufik. Matanya masih merenung Marisa.
Marisa
terpaksa memandang wajah Taufik apabila disoal. Ditatap wajah Taufik yang sudah
lama tidak ditatap itu. Rindunya pada Taufik kini terbalas. Rasa cinta kepada
Taufik yang masih belum tersisa ada di dalam hatinya. Nafasnya ditarik dan
dihembus semula.
“Risa
tahu. Abang mesti nak bicang pasal perkahwinan kita semula,” jawab Marisa.
Suaranya sedikit menggeletar
“Betul.
Tapi sebelum kita berkahwin semula Marisa kena berkahwin dahulu dengan lelaki
lain. Ingat tak kita ada bincang masa abang call
Marisa dulu? Satu lagi Marisa dah habis idah ke?”
Wajah Marisa
berubah apabila mendengar soalan daripada Taufik mengenai dirinya perlu
berkahwin dengan lelaki lain. “Risa ingat abang. Risa pun dah setuju masa abang
call Risa dulu. Tapi…,” Marisa terdiam.
“Abang
tahu amat sukar untuk Risa menerima kenyataan yang Risa mesti berkahwin dengan
lelaki lain dahulu. Tapi percayalah yang pengorbanan Risa ini akan
membahagiakan keluarga kita semula kelak. Abang janji selepas kita berkahwin
semula nanti abang akan jadi suami dan ayah yang bertanggungjawab,” jelas
Taufik. Walaupun ia satu pembohongan, tetapi penjelasannya mencuri hati Marisa.
“Seminggu
sahaja Risa. Seminggu sahaja Risa hidup dengan lelaki itu. Selepas itu kita
akan mulakan hidup baru kita bersama dengan Ashraf. Mungkin bersama adik Ashraf
kalu ada rezeki nanti,” katanya lagi. Senyuman nakal terukir di wajah Taufik.
Wajah Marisa kemerahan mendengar kata-kata
Taufik. Tersenyum manja dia. Hatinya yang mulanya tadi merasa amat bimbang kini
berasa tenang apabila mendengar penjelasan Taufik.
“Risa
sayangkan abang. Demi keluarga kita Risa sanggup berkorban. Risa sudah putuskan
yang Risa setuju dengan cadangan abang. Risa dah habis idah, jadi sekarang kita
sudah boleh teruskan rancangan perkahwinan kita,” kata Risa. Tiba-tiba air
matanya mula mengalir dan bibirnya bergetar menahan esakan tangisannya. Seraya
dia menundukkan semula mukanya.
‘Hahaha…mudah
sahaja nak pujuk perempuan bodoh ni. Ayat manis sikit je dah cair,’ hati
Taufik berkata sambil senyuman sinis terpancul dari mulutnya. ‘Kena tambah adegan lagi ni bagi dia percaya
dengan lakonan aku’ bicaranya hatinya lagi. Jari telunjuk Taufik menongkat
dagu Marisa lalu diangkatnya wajah Marisa agar memandangnya. Jarinya yang tadi
juga digunakan untuk menyeka air mata Marisa yang mengalir membasahi pipinya.
“Jangan menagis lagi. Abang tak sanggup lihat Risa bersedih macam ni.”
Melihat
layanan Taufik yang begitu tulus terhadapnya, membuatkan Marisa merasa begitu
yakin bahawa Taufik benar-benar ingin dia kembali kepadanya. Cinta Marisa
terhadap Taufik yang sebelum ini masih tidak berkurangan menjadikan cintanya
makin bertambah pada hari itu. Jikalau dicurah cintanya di dalam gelas nescaya
ianya penuh sehingga melimpah ruah cintanya itu.
“Abang. Risa harap dapat kita
selesaikan perkara ini dengan segera. Risa tak sabar nak hidup bersama dengan
abang semula. Ashraf pun selalu tanya pasal ayahnya,” kata Marisa dengan
senyuman yang manis tanda berasa begitu gembira. Tangisannya sudah tidak
kelihatan lagi.
“Abang
pun berpendapat sama dengan Risa. Abang akan uruskan perkahwinan Risa dengan
lelaki cina buta terlebih dahulu dengan secepat yang mungkin. Selepas seminggu
Risa akan diceraikan dan abang akan tunggu sampai idah Risa habis, kita akan
nikah semula,” janji Taufik kepada Marisa dan semestinya janji itu adalah palsu
belaka.
Risa
hanya mengangguk. Keyakinannya terhadap Taufik tidak berbelah bagi lagi. Dia mengenepikan
segala hukum hakam agama demi sekelumit cinta yang palsu.
Sedar-sedar
jam sudah menunjukkan pukul 6.40 petang. Tetapi umat manusia masih ramai lagi
berada di taman tasik yang indah mata memandang itu. Taufik kelihatan sedang
menoleh ke arah jam tangan rolexnya. Keningnya dikerut tatkala dia mengetahui
waktu sekarang. Lantas dia menoleh semula pada Marisa yang pada waktu itu
sedang termenung memandang tasik. Lagak gayanya seperti sedang berangan-angan
tak ubah macam anak dara yang berangan untuk bersuamikan anak raja.
“Risa.
Abang lupa abang ada appoiment pukul 7.00 malam ni. Jadi abang kena pergi
sekarang juga. Ini pun rasanya tak sempat nak sampai tepat pada masanya. Abang
minta maaf sebab tak dapat nak hantar Risa pulang,” Jelas Taufik kepada Marisa.
Tetapi hakikatnya appoimnent itu hanya diada-adakan sahaja untuk menjadikan
alasan agar dia tidak dapat menghantar Marisa pulang kerumah.
“Tak mengapalah abang, Risa boleh
naik teksi sahaja. Tak nak susahkan abang,” Risa mengalah.
“Thanks Risa. Abang pulang sekarang ye.
Dalam sehari dua nanti kita uruskan soal dokumentasi untuk perkahwinan Risa
dengan cina buta itu. Minggu depan boleh nikah,” Kata Taufik. Punggungnya yang
dari tadi masih duduk dikerusi telah mula diangkat pergi.
Marisa
hanya mengangguk sahaja. Segala keputusan telah dibuat. Dia menerima segala
keputusan itu dengan hati yang terbuka. Biar dia menderita sementara asal
bahagia selama-lamanya bersama dengan orang yang dicintainya.
“Assalamualaikum,”
Taufik memberi salam sebelum berkalih lalu meninggalkan Marisa keseorangan.
“Waalaikumsalam,” mata Marisa ttidak
putus memandang Taufik yang semakin lama semakin jauh menghilang. Menghilang di
lubuk pandangan matanya yang berseri. Tiada air mata lagi. Yang tinggal hanya
senyuman secantik mentari.
+++++
“Mama!” Ashraf berlari mendapatkan ibunya yang
ketika itu masih berdiri dimuka pintu rumah. Marisa tersenyum melihatkan
gelagat Ashraf lalu dia melutut untuk menerima pelukan dari anaknya itu. Zura
pula mengintai dari dapur. Hanya kepalanya sahaja yang terkeluar dari sebalik
dinding yang menghalang diantara bilik tidur dan dapur.
“Baru sampai ke
Risa?” soal Zura kepada Marisa yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah.
Ashraf pula masih berdiri di luar pintu rumah sedang mengoyak plastik makanan
ringan yang diberikan oleh ibunya. Selepas berjaya merobek plastik makanan
ringan itu, dia menyuap kandungan makanan yang berisi di dalamnya. Sambil
berjalan mengikuti punggung ibunya.
“Aa..kau buat apa tu?”
jawab Marisa. Sempat juga melontar satu soalan kepada Zura. Dia yang baru
sahaja meletakkan beg tangannya di atas meja terus menuju dan berdiri di sisi
Zura. Kelihatan Zura sedang memasak kuah masam manis untuk dihamburkan di atas
ikan siakap.
“Masak. Makan
kat sini lah malam ni. Aku masak lebih,” kata Zura sambil mengenyitkan mata
kepada Marisa.
“Hmm…Sedapnya
bau. Kalau kau tak ajak pun aku nak makan jugak.”
Terkekeh-kekeh
Zura ketawa mendengar celoteh Marisa begitu juga dengan Marisa. Sudalah dia
dalam keadaan gembira selepas berjumpa dengan Taufik, jadi moodnya amat baik pada ketika itu. Selang beberapa saat gelak
ketawa berkumandang di ruang dapur, tiba-tiba sahaja ia menjadi sunyi. Zura
merenung wajah Marisa dengan dengan pandangan yang hambar.
“Kenapa Zura, pandang aku macam tu?” Soal
Marisa untuk mendapatkan kepastian.
Zura
diam seketika.“Aku nak tahu keputusan kau untuk kembali semula kepada Taufik.
Aku bukan apa, aku tak nak kau kecewa lagi di kemudian hari,” jawab Zura.
Tangannya yang masih memegang sudip mengacau-ngacau kuah yang menggelegak di
dalam kuali.
“Kau
jangan bimbang Zura. Abang Taufik benar-benar dah berubah. Aku yakin yang dia
tak akan mengecewakan aku lagi.”
“Kau
betul-betul yakin Risa? Kau tak terfikir ke yang dia saja nak kenakan kau.
Mungkin dia hendak kau kahwin dengan cina buta tu hakikatnya dia hanya hendak
mempermainkan kau saja,” ujar Zura. Kali ini dia memperlahankan api dapurnya
tatkala melihat kuahnya hampir masak. “Dan selepas kau diceraikan oleh cina
buta tu, dia tak nak mengahwini kau. Macam mana?” katanya lagi.
“Aku
yakin yang abang Taufik tidak akan buat begitu. Dia masih sayangkan aku dengan
Ashraf. Tapi macam mana kau boleh terfikir yang Taufik boleh buat macam tu? Entah-entah
kau bersubahat dengan abang Taufik nak kenakan aku, kau saja tak berterus
terang dengan aku.”
Soalan Marisa
tadi membuatkan muka Zura tiba-tiba berubah. Ditelannya air luir yang
tersangkut di dalam kerongkongnya. “Tak lah…aku…aku cuma syak saja. Aku nak
kau…kau berhati-hati dalam membuat keputusan. Kau ni kan mudah kena tipu sebab
kau ni baik hati sangat,” kata Zura kadang kala tergagap. Nafasnya ditarik
turun dengan laju.
“Aku guraulah Zura. Kenapa kau nak
amik serius sangat dengan tuduhan aku yang tak berasas tu. Kau kan kawan aku
tak kan kau sanggup nak khianati aku. Sudahlah, kita lupakan cerita pasal abang
Taufik. Aku tengok kuah kau ni dah masak. Nanti aku ambil ikannya,” Marisa
melangkah ke arah sebuah meja untuk mengambil ikan siakap yang telah digoreng.
Mulutnya tersenyum dan kepalanya digelengkan apabila teringat wajah kawan
baiknya yang tiba-tiba berubah tadi. ‘Apalah
Zura ni. Aku cuma bergurau sahaja pun dia nak amik serius’ bicara hati
Marisa sendiri.
Malam
itu mereka bertiga makan bersama. Zura yang selalu makan bersendirian kini
ditemani oleh Marisa dan juga anaknya Ashraf. Bagi Marisa pula, Zura telah
dianggap macam adik beradiknya sendiri. Selain Ashraf, Zuralah tempat Marisa
mengadu nasib jika dia mengalami masalah. Selepas makan Zura menghantar Marisa
dan Ashraf pulang ke rumah.
Ulasan
Catat Ulasan