Kahwin Dengan Cina Buta Bab 21

BAB 21

Restoran mamak tempat Hasrol dengan Zaki lepak pada malam ini tidaklah begitu ramai pelanggan yang datang. Tetapi Hasrol tetap memilih duduk di meja luar restoran itu, walaupun banyak lagi meja kosong yang berada di dalamnya. Mungkin kerana sudah terbiasa apabila dia datang ke restoran itu untuk berjumpa dengan Zaki, dia akan memilih untuk duduk di luar. Hasrol masih lagi duduk keseorangan kerana Zaki masih belum sampai lagi. Hasrol sempat memesan teh panas setibanya dia di restoran itu.                                                                               

Selepas seorang pelayan menghantar teh panas yang dipesan oleh Hasrol, Hasrol mencecap sedikit air itu. Tiba-tiba dia teringatkan Marisa. Semenjak peristiwa peatang tadi, perasaan rindunya terhadap Marisa semakin menjadi-jadi. Mungkin perasaan itu terjadi kerana dia mengetahui bahawa hubungannya dengan Marisa tidak berkekalan. Lalu dia mengeluarkan tabnya. Dia terasa ingin menghubingi Marisa tetapi dibatalkan niatnya itu. Dia hanya menghantar pesanan ringkas kepada Marisa dan sabar menunggu balasan dari Marisa. Selepas 5 minit menunggu masih tiada balasan dari isterinya itu. Hasrol sedikit kecewa. Dia memikirkan yang Marisa sudah tidur dan tidak sempat membalas pesanan ringkasnya itu.                                     

“Hello kawan!” Tegur Zaki seraya itu terus duduk di atas kerusi berhadapan dengan Hasrol.                                                                                                                                                          
Hasrol sedikit tersentak dari lamunannya tadi. “Lama betul kau. Sampai sejuk air teh aku ni.”                                                                                                                                     

“Engkaulah. Last-last minit nak jumpa aku. Padahal aku ada dah janji nak makan malam dengan Zila. Jadi aku tunaikan janji aku dengan Zila dulu sebelum aku jumpa kau. Ada apa hal tiba-tiba nak jumpa aku ni? Milo ais satu ye,” Zaki menyoal Hasrol sambil memesan minuman apabila pelayan restoran datang kepadanya.                                                                                            

Hasrol terdiam seketika. Dia menarik nafas dan melepaskannya sebelum menjawab. “Kau tahu kan hari ini hari terakhir aku berkahwin dengan Marisa?”                                                      

Mata Zaki membulat. “Iyelah! Sedar tak sedar dah seminggu rupanya. Esok jadi orang kayalah kau. RM400,000 beb,” ujar Zaki sambil tersenyum sengih. Senyumnya tiba-tiba mati apabila Hasrol memandang tajam padanya. “Kenapa Hasrol pandag aku macam tu?” Zaki bertanya pula.                                                                                                                                             

Hasrol masih lagi membisu. Selepas itu dia mengeluh lalu menjawab pertanyaan Zaki tetapi berupa soalan. “Kau ingat tak yang kau pernah nasihatkan aku supaya teruskan sahaja perkahwinan aku dengan Marisa?”                                                                                                           

“Ya aku ingat tapi kenapa? Chop.. Chop.. Kau dengan Marisa tak jadi bercerai ke?”   “Jadi bercerai,” jawab Hasrol.                                                                                     

“Dah tu. Apa yang tak kena lagi? Dah memang itu yang kau nak kan? Ceraikan Marisa pastu bolot duit yang bekas suami dia bagi. Apa yang kau tak puas hati lagi?” Soal Zaki lagi apabila melihat ada yang tidak kena pada Hasrol malam ini.                                                        

“Aku… Aku dah jatuh cinta pada Marisa,” perlahan suara Hasrol.                                     

“Ooo.. Patutlah aku tengok kau semacam saja, rupanya dah jatuh cinta. Aku dah jangka dah kau mesti jatuh cintan dengan dia punya. Perasaan Marisa kat kau pula macam mana?”            

“Dia pun sama macam aku. Kami dah luahkan perasaan masing-masing,” terang Hasrol.        

“Jadi kenapa perlu bercerai kalau kau dengan dia dah mula mencintai antara satu sama lain?” Soal Zaki tanda tidak mengerti.                                                                                              

“Itulah yang aku rasa menyesal sangat. Marisa boleh terima untuk menyambung perkahwinan kami tetapi dengan syarat bekas suami dia Taufik tu sudah tidak ambil tahu pasal dia dengan anaknya dalam tempoh kontrak perkahwinan kami. Kau tahu, semenjak kami kahwin Taufik tu langsung tak ambil tahu pasal Marisa dengan anaknya, jadi aku yakin yang Taufik tu sudah tak nak rujuk semula Marisa. Tetapi jangkaan aku meleset. Taufik jumpa dia petang tadi dan secara langsungnya aku kena ceraikan Marisa juga esok,” ujar Hasrol.                                          

Zaki merenung wajah Hasrol dengan simpati. “Kenapalah bila masa kawan aku ni nak berubah. Nak membina sebuah keluarga yang bahagia ada sahaja halangannya?” Luah Zaki. “Sabarlah Hasrol. Dah memang tak ada jodoh kau dengan dia. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi,” sambung Zaki dengan memberi kata-kata nasihat.                                         

“Aku memang redha pun dengan ketentuan Ilahi. Cuma aku tak dapat bayangkan bila Marisa dengan Ashraf dah tak duduk dengan aku lagi. Mesti sunyi. Mesti aku bosan duduk sorang-sorang kat rumah tu nanti.”                                                                                                     

“Kau kahwinlah lagi,” Zaki memberi pendapat.                                                                        

“Sedap je kau cakap. Kau ingat kahwin tu main-main ke? Kalau aku nak kahwin lagi pun aku nak kahwin dengan perempuan yang sama macam Marisa. Wajahnya, perlakuannya segala-galanyalah mesti sama. Boleh kau carikan?” balas Hasrol dengan muka degan serius.                        

“Tahu pun kau yang kahwin tu bukan main-main. Yang kau dulu nikah cerai nikah cerai apa cerita. Kalau kau nak kahwin dengan perempuan yang sama dengan Marisa sampai ke tualah kau tak kahwin-kahwin,”                                                                                                 

“Memang itulah yang aku maksudkan. Aku sanggup tak kahwin jika bukan dengan Marisa,” suara Hasrol mulai kendur.                                                                                                        

Zaki menggelengkan kepalanya. Dia tidak menyangka, rakan baiknya itu tiba-tiba telah berubah. Dahulunya seorang yang mementingkan wang semata-mata dan sekarang telah berubah menjadi seorang yang setia pada cinta. Tetapi malangnya cinta yang baru hendak berputik itu telah musnah dan menyebabkan Hasrol betul-betul kecewa. Zaki faham perasaan rakan baiknya itu. “Sudahlah Hasrol. Aku doakan agar kau jumpa perempuan yang lebih baik dari Marisa,” pujuk Zaki.                                                                                                                                        

Hasrol hanya hanya mendiamkan diri. Tak mampu berkata apa-apa. Di dalam hatinya hanya ada Marisa sahaja. Kalau ada perempuan lain pun mungkin tidak mungkin dapat menggantikan Marisa. Dia mengeluh kecil. Zaki hanya menggelengkan kepalanya sahaja.

+++++

Marisa masih belum tidur lagi. Dia masih menunggu Hasrol pulang dari rumah. Ketika itu dia berada di dalam bilik tidur utama. Sedang baring sambil bersandar di atas katil. Ashraf pula berada di dalam bilik tidurnya. Mungkin sedang tidur memandangkan esok adalah hari persekolahan.
                                                                                                                                             
Jam menunjukkan pukul 10.00 malam. Marisa kelihatan sedang menaip pesanan ringkas pada telefon bimbitnya. Sesekali dia tersenyum sendiri seperti orang sedang dilamun cinta. Tetapi kepada siapa dia menghantar pesanan ringkas tersebut? Adakah kepada Hasrol atau mungkin juga kepada Taufik. Semasa Marisa sedang menaip pesanan ringkas, pintu bilik dikuak. Hasrol muncul masuk ke dalam bilik. Marisa sempat menghantar pesanan ringakas yang ditaipnya itu sebelum memandang Hasrol yang masih berdiri di hadapannya. Hasrol hanya memerhatikan Marisa. Sudah semestinya pesanan ringkas tadi bukan dihantar kepada Hasrol. Melihat Marisa masih belum tidur lagi dan sedang berbalas-balas pesanan ringkas, Hasrol sedikit terkilan. ‘Sms aku tadi dia tak balas. Dia mesti sms dengan Taufik. Punyalah aku tunggu dia balas sms aku. Boleh pulak dia abaikan sms aku dan utamakan sms Taufik tu,’ hati Hasrol berdetik.
                                                                                                                                                
“Awak dah balik?” Tegur Marisa sambil tersenyum manis.                                       

“Hmm…” balas Hasrol. Seperti tidak mahu menjawab soalan Marisa. Hasrol melangkah masuk ke dalam bilik selepas itu masuk ke dalam bilik air pula.                                                            

Marisa pelik melihat perubahan Hasrol. Tiba-tiba sahaja bersikap dingin. Tidak seperti sebelum dia keluar malam tadi. Marisa tidak pasti apa kesalahan yang dilakukan olehnya sehingga Hasrol bersikap sedemikian, atau mungkin Hasrol tidak dapat menerima hakikat akan penceraian yang akan berlaku esok hari. Marisa terpaksa menunggu Hasrol keluar dari bilik air untuk mendapatkan penjelasan.                                                                                                                
Tidak sampai 5 minit Hasrol keluar dari bilik air. Marisa yang dari tadi menunggu terus mengajukan soalan pada Hasrol. “Awak, macam ada yang tak kena je. Saya ada buat salah ke?” Pada masa itu Marisa sudah bangun dari pembaringannya dan duduk di atas katil.                               

Hasrol masih diam. Dia sedang menyalin seluar dengan menyarung kakinya dengan kain pelikat. Selepas menggantung seluar di belakang pintu dia mengalihkan pandangannya pada Marisa. “Hantar sms kat siapa tadi?”                                                                                                     

Marisa menelan air liur sebelum menjawab. “Hantar…. Hantar kat abang Taufik. Kenapa awak?”                                                                                                                                                  

“Saya sekarang masih suami awak lagi kenapa awak hantar sms kat lelaki lain?” Hasrol tidak menjawab tetapi memberikan soalan yang membuatkan Marisa sedikit terkejut. Marisa tahu selagi Hasrol belum menceraikannya, selagi itu dia masih lagi menjadi suami Hasrol. Jadi dia masih perlu hormat pada suaminya itu. Tidak sangka pula dia yang Hasrol akan ambil kisah jika dia menghantar pesanan ringkas pada Taufik.                                                                              

“Saya tahu awak masih lagi suami saya. Tetapi tak salah kan kalau saya hendak menghantar sms pada abang Taufik. Bukan awak tak tahu yang saya akan berkahwin dengan abang Taufik lepas kita bercerai nanti,” balas Marisa.                                                                

“Saya tahu tetapi sekarang ini saya masih lagi suami awak. Awak kena utamakan saya dahulu sebelum orang lain,” tingkah Hasrol. Dia masih menekankan kekredibilitinya sebagai suami.                                                                                                                                                

“Utamakan orang lain? Kenapa dengan awak ni? Setakat hantar sms kat Taufik pun awak dah marah-marah. Pernah ke saya abaikan tanggungjawab saya kat awak semenjak kita kahwin?” Marisa cuba meningkah kata-kata Hasrol tadi.                                                                        

“Memang masa mula-mula kita kahwin, awak tak pernah abaikan tanggungjawab awak kat saya. Semenjak awak jumpa Taufik petang tadi awak dah mula abaikan saya!” Kali ini suara Hasrol agak tinggi sedikit. Marah dia sebab Marisa masih tidak mengaku kesalahan yang dia lakukan.                                                                                                                                       

Marisa mengerutkan keningnya. Dia tidak mengerti apa yang dikatakan oleh Hasrol tadi. Pengabaian macam mana yang dilakukan olehnya sehinggakan Hasrol kelihatan agak marah. Tiba-tiba satu pesanan ringkas masuk ke dalam telefon bimbit Marisa. Marisa memandang telefon bimbit itu selepas itu dialihkan pandangnnya pada Hasrol. Hasrol masih berdiri itu merenung Marisa dengan serius. Tidak pernah Marisa melihat wajah Hasrol yang sedemikian rupa.                                                                                                                                                            “Kalau Taufik hantar sms tu jangan balas!” Hasrol memberi peringatan.                               

Marisa tergamam. Dia menelan air liurnya. Marisa merasakan perubahan Hasrol mungkin disebabkan Hasrol tidak dapat menerima keputusannya petang tadi. “Saya tak fahamlah dengan awak ni. Apa yang menyebabkan awak marah sangat ni? Sepatutnya hari-hari terakhir kita ni tak berakhir dengan pergaduhan macam ni. Baiklah kalau saya balas juga sms ni awak nak buat apa?” Balas Marisa dengan suara yang agak tidak puas hati.                                                             

Hasrol membisu seketika. Sambil menapak kakinya ke arah Marisa dia berkata. “Tidak ada apa yang saya boleh buat sebenarnya. Memang itu hak awak. Saya ni hanya lelaki yang menumpang cinta awak sahaja. Saya minta maaf jika saya berkasar dengan awak tadi.”               

Hasrol tidak meninggi lagi. Kali ini dia betul-betul berdiri di hadapan Marissa. “Esok pukul berapa Taufik datang ambil awak?” Hasrol menyoal pula.                                               

Marisa tidak segera menjawab. Sempat dia membaca pesanan ringkas yang dia terima tadi. Semestinya pesanan ringkas itu dari Taufik. Selepas merenung skrin telefon bimbitnya dia memandang pula wajah Hasrol. “Pukul 10.00 pagi.”                                                                             

Hasrol hanya mengangguk kepalanya. Lantas dia mengambil dua biji bantal tidurnya di atas katil dan berpaling semula berjalan meninggalkan Marisa. Marisa agak kehairanan melihat gelagat Hasrol.                                                                                                                             

“Awak nak pergi mana tu?” Soal Marisa inginkan kepastian.                                                

“Saya nak tidur kat ruang tamu malam ni,” jawab Hasrol dengan nada merajuk.  “Kenapa?”                                                                                                                               

Hasrol yang sudah sampai ke muka pintu bilik dan sedang membuka pintu itu berhenti dari berjalan. Kepalanya sedikit memandang belakang. “Saya tak nak ganggu awak saling menghantar sms dengan lelaki yang awak cintai. Sedangkan sms saya yang saya pernah hantar sebelum ni tak pernah dibalas. Tetapi apa boleh buat saya cuma lelaki yang menumpang cinta awak sahaja.” Hasrol keluar dari bilik sambil menutup pintu bilik itu.                                               

Tatkala mendengar kata-kata Hasrol tadi Marisa baru teringat dia ada pernah mendapat pesanan ringkas daripada Hasrol sebelum dia solat Isyak tadi. Sangkanya dia akan membalas pesanan ringkas itu selepas dia bersolat nanti. Dan apabila selepas dia solat dia menerima satu pesanan ringkas yang lain. Apabila dibuka ianya datang dari Taufik pula. Bermulalah perhubungan antara dia dengan Taufik melalui pesanan ringkas sehingga dia terlupa pesanan ringkas yang dia terima daripada Hasrol sebelumnya.                                                                        

Kini baru dia tahu kenapa Hasrol begitu marah apabila mendapati sedang berbalas pesanan ringkas dengan Taufik. Dalam hatinya terasa terdetik rasa bersalah kerana telah mengecewakan Hasrol. Kalau boleh sebelum dia berpisah dengan Hasrol nanti dia tak nak ada perasaan tidak puas hati antara satu sama lain. Kalau boleh dia hendak Hasrol terus menghubunginya dan menjadi ayah kepada Ashraf selepas mereka bercerai nanti. Marisa mengeluh berat. Lantas dia turun dari katil dan berjalan keluar dari bilik. Tujuannya adalah untuk meminta maaf pada Hasrol.                                                                                                                           
Selepas sahaja Marisa keluar dari bilik dia melihat Hasrol sedang menunaikan solat Isyak di ruang tamu. Marisa duduk di atas sofa sambil menunggu Hasrol menghabiskan pengabdiannya kepada Allah. Selang beberapa minit Hasrol menyudahkan solatnya. Dia bangun dan melipat sejadah sebelum meletakkannya di atas sofa. Hasrol seperti buat-buat tidak perasan Marisa sedang duduk di situ memerhatikannya. Selepas itu Hasrol meletakkan 2 biji bantalnya itu di atas karpet sebelum baring mengiring membelakangkan Marisa.                                                                

Marisa tidak menyangka yang Hasrol begitu marah kepadanya sehinggakan tidak mempedulikan dirinya yang sedang duduk di situ. Tetapi dengan suaranya yang perlahan dia menegur Hasrol. “Awak… Awak, saya nak minta maaf pasal tadi. Saya lupa sebenarnya nak balas sms awak. Demi Allah saya nak balas sms awak tadi.”                                                      

Hasrol masih kaku baring di situ. Marisa masih menunggu jawapan daripada Hasrol tetapi Hasrol masih diam membisu. “Kalau awak tak nak maafkan saya tak apalah. Tetapi saya betul-betul mengaku saya salah sebab tak balas sms awak. Awak mesti kecewa kan? Saya faham perasaan awak. Sekali lagi saya nak minta maaf jika saya ada buat salah kat awak semenjak dari kita berkahwin sampailah hari terakhir hubungan kita ini. Jujur saya katakan yang saya masih mencintai awak tetapi jodoh tidak berpihak pada hubungan kita,” jelas Marisa. Terdengar bunyi sedu-sedan ketika Marisa melontarkan kata-katanya tadi. Tetapi Hasrol masih dengan diamnya tidak membalas apa-apa pun penjelasan Marisa tadi.                                         

"Assalamualaikum….,” Marisa bangun dari duduknya. Sambil menangis dia berjalan masuk ke dalam biliknya. Dia begitu sedih kerana Hasrol tidak mempedulikan dia lagi.                  

Hasrol sebenarnya masih belum tidur. Matanya masih lagi dibuka. Dia mendengar apa yang Marisa katakan tadi. Di dalam hatinya terbit rasa kesayuan. Hendak sahaja dia bangun dari pembaringan dan memeluk isterinya itu. Tetapi dia kena melawan perasaan itu kerana bermula dari esok dia akan pasti akan mengalami perasaan itu. Dan perasaan itu harus dibunuhnya mulai malam ini. “Aku sudah lama maafkan kau Marisa. Mak esok Marisa hendak tinggalkan Hasrol. Hasrol tak berjaya mempertahankan hubungan kami. Maafkan kami mak,” Hasrol terbuai dengan perasaannya sendiri sehingga dia tertidur dengan sendiri. Dia mengharapkan agar esok tidak muncul lagi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kahwin Dengan Cina Buta Bab 4

Kahwin Dengan Cina Buta Bab 1

Kahwin Dengan Cina Buta Bab 27