Kahwin Dengan Cina Buta Bab 13
BAB
13
Selepas menghantar Ashraf ke sekolah
Hasrol pulang ke apartmentnya semula. Sebaik sahaja masuk dia melihat Marisa
sedang menyapu lantai. Kalau dua orang perempuan yang pernah dia nikahi dulu
pada masa ni masih membukang kat katil. Dialah yang terpaksa menguruskan
perempuan-perempuan itu. Kali ini tidak pula dia berbuat begitu. Kerana Marisa
telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dengan baik.
Marisa menyedari kepulangan Hasrol
memandang suaminya itu dengan senyuman yang berlainan sekali. Tetapi Hasrol
seperti sudah mengagak kenapa senyuman Marisa amat berlainan hari ini.
“Mesti
ada apa-apa yang awak nak kan?” Hasrol seperti sudah tahu Marisa inginkan
sesuatu.
“Tahu-tahu je awak ni.
Baru nikah dua tiga hari awak dah boleh baca fikiran dan hati saya,” ujar
Marisa yang berasa kagum dengan Hasrol.
“Mestilah
saya tahu awak kan isteri saya. Cepat beritahu saya apa yang awak nak?” Soal
Hasrol lalu duduk di sofa sambil tangannya merangkul remote televisyen.
‘Tapi
awak tahu ke yang saya sudah mulai sukakan awak?’ Marisa tidak menjawab
pertanyaan Hasrol tadi. Tetapi hatinya mula meninggalkan tanda tanya apabila
Hasrol seperti dapat membaca isi hatinya. Apabila Marisa masih belum menjawab
pertanyaan Hasrol menyebabkan lelaki itu menoleh pada Marisa dan mengaggkat
kedua-dua keningnya sebanyak dua kali tanda mengulangi semula soalannya.
Marisa
masih belum menjawab. Dia berjalan ke arah Hasrol dan duduk disebelahnya. “Hmm…
Hari ini ingat nak masak kari ayam, sambal udang dengan sayur goreng. Jadi saya
nak ajak awak pergi beli bahan-bahan yang kita tak beli tempoh hari. Boleh
tak?”
“Itu je?” Hasrol
bertanya.
Marisa mengagguk sebanyak dua kali.
“Saya
ingat awak nak gelang emas ke, berlian ke. Rupanya nak beli bahan-bahan nak
masak hari ni. Nak pergi bila ni?”
“Saya
dah siap sapu rumah. Baju pun tengah basuh kat dalam mesin basuh tu. Jadi
tunggu saya siap jelah,” ujar Marisa. Dia mula bangun semula dan bersedia untuk
bergerak ke bilik tidur utama. Sebaik Marisa hendak berpaling tangannya ditarik
oleh Hasrol. Marisa menoleh memandang Hasrol.
“Kenapa
awak?” Segera Marisa bertanya.
“Kenapa
ye Taufik boleh ceraikan awak?” Tiba-tiba sahaja soalan tersebut keluar dari
mulut Hasrol.
Marisa berubah sebaik
mendengar pertanyaan Hasrol tetapi segera melepaskan senyuman tawar. Dia
sebenarnya tidak mahu mengingat semula kisah kenapa dia diceraikan oleh Taufik.
Kerana kisah itu akan menyebabkan hatinya sedih dan pilu.
“Mungkin
sudah tiada jodoh di antara kami ketika itu. Tapi syukur Alhamdulillah kerana
abang Taufik sudi untuk merujuk saya kembali,” jawab Marisa.
Hasrol
merenung wajah Marisa sebelum melepaskan tangan perempuan itu. “Kalau saya jadi
Taufik, saya tak akan ceraikan awak. Mana mungkin saya nak ceraikan perempuan
yang baik macam awak ni. Yang pandai menjaga rumah tangganya. Sebab itu saya
pelik sebab apa Taufik tergamak menceraikan awak. Tetapi saya juga patut
berterima kasih pada Taufik kerana dia telah menceraikan awak,” ujar Hasrol.
Marisa
mengerutkan keningnya. “Kenapa pula nak berterima kasih?”
“Kalau
Taufik tak ceraikan awak, tak merasa saya untuk menjadi suami awak. Menjadi
suami kepada wanita yang baik dan solehah macam awak ni,” jawab Hasrol. Dia
masih merenung wajah Marisa yang tiba-tiba malu apabila Hasrol memujinya.
Tiba-tiba
Marisa terfikirkan sesuatu dari apa yang Hasrol katakan tadi. Dia ingin
mengajukan soalan pada Hasrol dan mengharapkan lelaki itu menjawab dengan
jujur. Dengan jawapan yang diberikan oleh Hasrol nanti dapatlah Marisa
mengetahui adakah Hasrol juga mempunyai perasaan yang sama sepertinya. Marisa
masih berdiri di hadapan Hasrol tersenyum memandang suami sementaranya itu.
“Terima
kasih sebab memuji saya. Tetapi jangalah terlampau puji saya sangat. Saya buat
semua ini ikhlas semata-mata kerana Allah. Bagi saya sudah cukup jika awak
dapat menerima saya dengan Ashraf hidup bersama dengan awak walaupun ianya
sementara,” luah Marisa dengan ikhlas. “Awak, saya nak tanya boleh?” Soalnya
pula.
“Tanyalah.”
Hasrol tidak keberatan.
“Tadi
awak ada cakap kan kalau awak jadi abang Taufik awak tak akan ceraikan saya?”
“Ada. Kenapa?” Soal Hasrol
pula.
Marisa
terdiam seperti belum sedia untuk meneruskan kata-katanya. Dan selepas beberapa
saat dia bersuara semula. “Kalau awak jadi abang Taufik awak tak akan ceraikan
saya. Tapi sekarang ni awak bukan abang Taufik. Awak adalah diri awak sendiri
yang menjadi suami saya. Adakah awak akan ceraikan saya?”
Mendengar
soalan Marisa tadi menyebabkan lidah Hasrol terus kelu. Memang dia sekarang
suami Marisa. Tetapi suami dalam perjanjian sahaja. Walaupun sebagai suami
sementara dia berhak untuk tidak menceraikan Marisa jika dia merasakan amat sayang
untuk menceraikan perempuan itu. Hatinya berdolak dalik. Tiba-tiba sejumlah
wang sebanyak RM4000,000.00 terlintas di fikirannya. Otaknya bercelaru
memikirkan di antara Marisa dan RM4000,00.00 yang mana lebih diutamakan. Dia
masih belum dapat menjawab soalan Marisa.
Marisa
yang masih berdiri di hadapan Hasrol hanya tersenyum sambil menggelangkan
kepalanya. “Awak tak perlu jawab sebab saya tahu jawapannya,” Marisa bersuara
dengan perlahan. Hasrol masih mendiamkan diri. Dia juga ingin tahu apa jawapan
yang ada pada Marisa. Sebab dia pun tidak tahu jawapan itu.
“Jawapannya cinta. Kalau awak
cintakan seseorang itu sudah pasti awak tak akan lepaskan dia. Saya minta maaf
sebab soal awak bukan-bukan. Saya nak pergi bersiap ni. Awak tunggu ye,”
beritahu Marisa lantas berpaling meninggalkan Hasrol yang duduk merenungnya di
situ. Semasa berjalan tiba-tibanya hatinya berasa sedih. Sedih kerana dia sedar
perasaan Hasrol terhadapnya kini.
Hasrol masih
merenung Marisa. Tiba-tiba dia berasa menyesal kerana tidak menjawab persoalan
yang diberi oleh Marisa tadi. Dia bukan tidak mahu jawab. Tetapi bimbang dengan
jawapan yang akan diberikan nanti akan disalah tafsir oleh Marisa. Memang dia
akui yang dia sudah mula suka pada Marisa. Tetapi dia juga memikirkan habuan
yang bakal hilang nanti jika dia tak menceraikan Marisa. Lagipun adakah Marisa
mencintainya? Mungkin dia hanya bertepuk sebelah tangan sahaja.
+++++
Hasrol dan Marisa tiba di pasaraya.
Misi mencari bahan-bahan untuk dimasak tengahari ini bermula. Hasrol ketika itu
sedang menolak troli dan membontot Marisa yang berjalan terkedek-kedek melihat
barang-barang kering dahulu. Mereka tiba di bahagian pakaian. Tiba-tiba Marisa
berhenti berjalan dan seperti melihat sesuatu yang dia minat. Terpaksa Hasrol
ikut memberhentikan langkahnya.
Marisa
memandang wajah Hasrol dengan malu-malu. Hasrol hairan melihat perubahan wajah
Marisa. Dia tidak tahu apa yang menyebabkan Marisa berubah menjadi malu.
“Awak pergi
jalan-jalan kat tempat lain boleh tak?” pinta Marisa. Ada kedengaran sedikit
suara manjanya.
“Kenapa?
Awak nak beli apa sampai nak rahsia-rahsia ni?” Hasrol bertanya. Terfikir juga
dia kalau Marisa ingin membeli hadiah untuknya. Untuk menjadikannya surprise Marisa meminta dirinya untuk
tidak turut serta mencari hadiah itu. Tetapi sangkaannya meleset kerana hari
jadinya belum tiba lagi.
“Bukan
rahsia. Saya malu sebab saya nak beli benda tu,” ujar Marisa. Mulutnya
dimuncungkan pada kawasan pakaian dalam wanita.
Hasrol
tersengih-sengih menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Ooo… nak beli tu
rupanya. Tapi kenapa saya tak boleh ikut?”
“Ish…
Malulah. Awak pergilah jalan kat mana-mana dulu. Nanti saya cari awak,” pinta
Marisa lagi. Dia tidak mahu Hasrol mengikutnya.
“Yelah-yelah.
Awak…,” Hasrol berhenti bersuara.
“Apa?”
“Nanti
beli warna pink. Malam ni awak pakai saya nak tengok?” Hasrol tersengih-sengih
lagi. Wajah lelaki miang terserlah pada mukanya.
“Ish
awak ni,” Marisa tergelak mendengar seloroh Hasrol. Manakala Hasrol dengan
wajah tersengihnya menolak troli meninggalkan Marisa yang masih tersenyum di
situ.
+++++
Hasrol sedang memerhati pencuci muka yang tersusun rapi
di rak. Dia telah mengambil salah satu pencuci muka di situ dan membelek-belek
produk itu sebelum meletaknya semula. Selepas tiada barang yang diambilnya di
kawasan itu dia mula melangkah pergi. Semasa berjalan dia menyedari seperti ada
orang yang mengekorinya dari belakang.
‘Mesti Marisa ni,’ hati Hasrol kuat
berkata. Dengan pantas dia menoleh ke belakang kerana tidak sabar untuk
mengetahui warna pakaian dalam yang dibeli oleh Marisa. Tetapi mukanya berubah
apabila melihat bukan Marisa yang berdiri di belakangngnya.
“Sofea?”
Nama itu yang keluar dari mulut Hasrol. Seorang perempuan yang tinggi lampai
sedang berdiri di hadapan Hasrol kini. Hasrol seperti mengenali perempuan itu.
“Lama tak
jumpa. Awak apa khabar?” Sofea bertanya.
“Baik.
Eh, mana En. Sulaiman?” Hasrol menjawab dan seterusnya meninggalkan soalan.
“Kami dah bercerai,” jawab
Sofea ringkas.
“Bercerai
lagi? Kenapa?”
“Saya tak tahan hidup
dengannya. Kaki mabuk. Kaki pukul. Dia hendak kembali pada saya lagi. Tetapi
saya tak nak. Saya tak nak hidup terseksa dengan lelaki yang macam tu. Saya nak
hidup lelaki yang baik dan bersikap sopan pada wanita. Saya dah lama jumpa
lelaki itu,” jawab Sofea. Rupanya-rupanya Sofea adalah perempuan pertama yang
menjadi isteri Hasrol atau menggunakan perkhidmatan cina buta Hasrol. Kelihatan
Sofea begitu gembira berjumpa dengan Hasrol.
“Jadi
awak nak berkahwin dengan lelaki yang awak maksudkan itulah. Saya nak ucapkan
tahniah. Semoga awak bahagia,” ucap Hasrol.
“Awak tak nak tahu ke siapa lelaki
yang saya maksudkan itu?” Sofea merenung wajah Hasrol dalam-dalam.
“Kalau
awak beritahu pun mungkin saya tak kenal,” balas Hasrol.
“Tak awak
kenal,” tingkah Sofea pula.
“Siapa?”
Terus Hasrol ingin tahu siapa lelaki yang dimaksudkan itu apabila Sofea
memberitahunya dia mengenali lelaki itu.
Sofea
merenung wajah Hasrol dan selepas itu dia menjawab. “Awaklah orangnya Hasrol!”
“Saya?”
Hasrol terpempan.
“Ya,
awaklah orangnya yang saya maksudkan itu. Selepas saya bercerai dengan Sulaiman
saya cuba menghubungi awak tetapi tak dapat. Mungkin awak sudah tukar nombor.
Apabila saya tak dapat hubungi awak, saya cuba cari awak kat rumah sewa awak
kat Puchong tetapi orang lain yang tinggal kat rumah awak dan beritahu awak dah
pindah. Puas saya cari awak dan akhirnya saya jumpa juga awak. Saya nak
berterus terang dengan awak selama awak jadi suami cina buta saya, saya sudah
mulai cintakan awak,” Sofea menerangkan perkara yang sebenar.
Penerangan Sofea
tadi menyebabkan Hasrol terkelu seketika. Dia tidak sangka yang Sofea ada hati
padanya. Sedangkan sedikit pun dia tiada hati pada perempuan itu. Dia menelan
liurnya. Tak mungkin dia akan berkahwin dengan perempuan yang dia tidak cintai.
“Selanjur saya
jumpa awak pada hari ini, saya nak kalau boleh kita kembali jadi suami isteri
semula. Saya tahu masa kita pernah jadi suami isteri dulu saya tak jalankan
tanggungjawab saya sebagai seorang isteri yang baik. Saya janji selepas kita
kahwin nanti saya akan jadi seorang isteri yang bertanggungjawab. Saya janji
awak. Dan sekarang terpulang pada awak untuk terima saya atau tidak,” ujar
Sofea bersungguh-sungguh.
Lidah Hasrol masih lagi kelu. Boleh
sahaja dia cakap yang dia tidak cintakan Sofea. Tetapi memandangkan Sofea
kelihatan bersungguh dan menaruh harapan padanya terpaksa dia memikirkan alasan
apa yang patut diberikan pada perempuan itu.
Sofea
masih menanti jawapan Hasrol dan dia harap agar jawapan yang diberikan oleh
Hasrol akan mengubah kebahagiaan dia
untuk selama-lamanya.
+++++
Marisa sudah selesai memilih pakaian
dalamnya berjalan mencari Hasrol. Sukar juga dia hendak mencari Hasrol
memandangkan kawasan pasaraya tersebut agak luas. Marisa terus berjalan mencari
Hasrol dan tiba-tiba langkahnya terhenti apabila melihat sesusuk tubuh sasa
yang Marisa tahu susuk tubuh itu adalah milik Hasrol. Kelihatan Hasrol berdiri
disebalik rak barang. Marisa tidak jelas apa yang Hasrol lakukan di situ.
Segera dia berjalan ke arah Hasrol. Pakaian dalam yang dibeli tadi disorokkan
di belakangnya.
Sebaik sahaja Marisa dapat melihat
jelas wajah Hasrol, Marisa terus menegur lelaki itu.
“Awak jom kita beli bahan-bahan nak masak pula.”
Hasrol
tersentak mendengar suara Marisa. Dia merasakan keadaan akan menjadi rumit
apabila Marisa muncul di situ. Marisa pula berhenti melangkah apabila
terpandang Sofea yang berdiri bersama Hasrol. Dengan perlahan Marisa melangkah
semula dan berdiri di sebelah Hasrol.
Hasrol
kelihatan kekok apabila kedua-dua wanita yang pernah berkahiwin dengannya
berada di situ. Tetapi dengan segera dia menenangkan dirinya dan bersedia untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
“Err…
Marisa kenalkan ini Sofea. Dan Sofea kenalkan ini Marisa,” Hasrol mengambil peluang
untuk memperkenalkan antara satu sama lain dahulu. Marisa dan Sofea saling
bersalaman. Sofea merenung wajah Marisa. Terdetik di hatinya menyatakan ada
sesuatu yang dirahsiakan oleh Hasrol berkenaan perempuan itu.
“Saya tahu Marisa ni mesti klien
awak kan? Bekas suaminya meminta awak jadi cina buta supaya mereka dapat
berkahwin semula. Seperti yang pernah kita lakukan dahulu,” Sofea terus membuat
andaian dan pastinya andainya itu benar.
Tetapi
bagi Hasrol walaupun apa yang dikatakan oleh Sofea itu adalah benar, dia tidak
sanggup untuk mengakuinya. Hasrol memandang wajah Marisa. Marisa membalas
pandangan itu. Dia menunggu pengakuan dari Hasrol bahawa dia adalah klien
lelaki itu. Kalau boleh dia tak nak dengar pengakuan itu.
Hasrol memandang semula Sofea dan
kelihatan dia bersedia untuk menjawab pertanyaan Sofea tadi. Marisa tertunduk
dan kalau boleh hendak sahaja dia menutup kedua-dua belah telinganya. Dia
menunggu butiran kata-kata dari mulut Hasrol dengan hati yang pedih. Tiba-tiba
dia merasakan ada sebatang tangan memeluk bahu kirinya. Dia mengangkat semula
kepalanya dan dia melihat Hasrol sedang memeluknya.
“Salah.
Marisa ini isteri saya bukan kilen seperti yang awak fikirkan. Saya sudah lama
tinggalkan pekerjaan itu. Sekarang saya sudah hidup bahagia dengan Marisa. Saya
minta maaf sebab tak dapat nak penuhi permintaan awak,” ujar Hasrol dengan
tegas.
Marisa
terpempan mendengar pengakuan Hasrol. Dia tidak pasti adakah pengakuan itu
betul atau tidak tetapi asalkan Marisa dapat mendengar dari mulut Hasrol
sendiri sudah cukup dia terharu. Dia dapat rasakan kehangatan tubuh Hasrol dan
berasa tenang dengan pelukan itu. Sofea merenung wajah Hasrol. Tiba-tiba
matanya berair kerana kecewa mendengar pengakuan Hasrol tadi. Nampaknya dia
tidak boleh untuk hidup bersama dengan lelaki itu sekali lagi.
“Tak sangka awak dah
berkahwin dan meninggalkan pekerjaan kotor tu. Saya terlambat. Kalaulah masa
boleh diundur mesti saya minta awak jangan ceraikan saya ketika Sulaiman datang
untuk mengambil saya. Kita teruskan perkahwinan kita dan saya pasti akan
bahagian,” luah Sofea. Ketika itu dia memandang wajah Hasrol dan mukanya
dikalihkan pada Marisa pula. Pasti ada sesuatu yang ingin disampaikan pada
Marisa.
“Saya nak ucapkan tahniah pada awak
Marisa kerana telah memiliki seorang lelaki yang sangat baik. Saya mendoakan
agar awak bahagia bersamanya dia. Owh, tadi saya dengar kamu berdua nak beli
bahan-bahan untuk masak. Jadi saya minta diri dulu dan minta maaf kerana
mengganggu aktiviti kamu berdua. Semoga kita berjumpa lagi.” Selepas
mengucapkan kata-kata yang terkahir, Sofea berjalan meninggalkan Hasrol dan
Marisa di situ. Selepas Sofea hilang dari pandangan, Marisa memandang Hasrol.
“Bila awak nak lepaskan saya ni?”
Marisa bertanya. Hasrol kelihatan seperti tidak mahu meleraikan tangannya.
Serta
merta tangan kiri Hasrol dileraikan dari memeluk Marisa. Mereka berpandangan.
Hasrol menggengam semula pemegang troli seperti bersedia untuk beredar dari
situ. “Jom
kata nak beli bahan-bahan untuk masak tengahari ni,” ajak Hasrol. Tetapi Marisa
masih belum berjalan lagi. Hasrol memalingkan mukanya memandang Marisa. Dia
tahu ada sesuatu yang ingin Marisa bertanya padanya.
“Kenapa
awak tipu Sofea?” Marisa memulakan perbualan dengan pertanyaan.
“Tipu apa?”
Hasrol jawab dengan pertanyaan juga.
“Tipu
yang kita memang suami isteri yang bernikah atas dasar cinta. Padahal minggu
depan kita akan bercerai.”
Hasrol
menarik nafas panjang sebelum menjawab. “Saya terpaksa menipu sebab tak nak dia
mengharap yang saya akan berkahwin dengannya. Kenapa awak ingat saya cakap
betul-betul ke?” “Saya
tahu awak tipu sebab itu saya tanya. Kenapa awak tak nak kahwin dengan Sofea?”
Ujar Marisa. Suaranya perlahan seakan-akan kecewa.
“Sebab…
sebab saya tak cintakan dia,” jawab Hasrol. Dia masih menunggu lagi jika ada
pertanyaan dari Marisa.
“Hmm…
siapalah yang awak cintakan sebenarnya ni? Sudahlah jom kita pergi kat bahagian
barangan basah. Saya nak cari udang,” ujar Marisa sambil berjalan ke arah troli
dan meletakkan pakaian dalam yang baru diambilnya tadi.
Hasrol
tertumpu pada pakaian dalam yang diletakkan oleh Marisa di dalam troli sebelum
tersenyum memandang Marisa. Marisa yang menyedari Hasrol perbuatan Hasrol mula
malu.
“Warna pink nampak.
Awak memang tahu cita rasa saya. Hehehe…,” Hasrol mula mengusik. Merah padam
muka Marisa dibuatnya kerana diusik oleh Hasrol.
“Cita rasa kita memang sama,”
balas Marisa lalu terus berjalan meninggalkan Hasrol yang masih
tersengih-sengih di situ.
Hasrol
berhenti tersengih. Dia memandang Marisa dari belakang yang tidak jauh darinya.
Dengan perlahan dia berkata. “Marisa tadi kau ada tanya siapa orang yang aku
cinta sekarang ni. Aku sebenarnya sudah mula cintakan kau.”
Marisa
berhenti berjalan. Dia memalingkan wajahnya pada Hasrol. Hasrol tersentak. ‘Dia dengar ke apa aku cakap tadi!’ Hati
Hasrol berbicara dengan bimbang.
“Awak
cakap apa tadi?” Marisa bertanya.
Hasrol
melepaskan nafas lega. “Saya cakap saya tak sabar nak tengok penampilan awak
bewarna pink malam ni.”
Marisa
mengangkat dan menggoyangkan jari telunjuknya. “Nakal ye.” Hasrol
tersengih-sengih menolak troli ke arah Marisa.
Ulasan
Catat Ulasan