Kahwin Dengan Cina Buta Bab 2

BAB 2

Hasrol duduk di atas sofa ditemani Julia dan Dato’ Manaf. Mereka kelihatan sedang membincangkan sesuatu. Dato’ Manaf ketika itu sedang mengeluarkan buku ceknya dari beg briefcase. Buku cek diletakkan di atas meja sofa dan amaun RM200,000.00 ditulis berserta tandatangan. 
                                                                                                            
“Sekarang saya sudah tunaikan janji saya,” kata Dato’ Manaf sambil mengoyakkan cek itu dan menyerahnya kepada Hasrol. Tanpa membuang masa Hasrol terus menarik cek itu dari tangan Dato’ Manaf. Diperhatikan jumlahnya lalu dicium cek itu, tak ubah seperti orang yang sedang menikmati keharuman minyak wangi one drop perfume. 
                                           
“Sekarang saya akan tunaikan janji saya pula. Julia, saya ceraikan kamu dengan talak 1,” kata Hasrol sambil memandang Julia. Julia hanya tersenyum mendengar kata-kata Hasol. Kalimah keramat yang perempuan tidak suka mendengarnya. Tetapi lain pula bagi Julia, dia menganggap kata-kata itu adalah kata-kata yang terindah baginya.  
                                                         
“Okey, sekarang kita boleh pergi ke Mahkamah Syariah untuk menguruskan penceraian saya dan Julia,” Hasrol menyambung kata-katanya. Dia berasa lega kerana telah menceraikan perempuan itu. Perempuan yang menyebabkan ibunya marah dan merajuk dengannya. Dengan berakhirnya pernikahan ini dia akan segera pulang ke kampung untuk memujuk ibunya semula.  
      
Dato’ Manaf telah lama keluar dari pintu apartment. Julia juga mengambil langkah untuk turut mengikuti Dato’ Manaf. Semasa berselisih dengan Hasrol sempat Julia berkata. 
       
“Kalau saya rindu kat awak macam mana. Kita boleh berjumpa lagi kan. Saya macam sedih je nak tinggalkan awak. Awak hensem. Badan sasa pula tu,” beritahu Julia sambil jari telinjuknya mencuit dada Hasrol.
                                                                                                                
Kalau nak diikutkan hati Hasrol hendak sahaja dia meluahkan ketidakpuas hatinya terhadap perempuan itu. Tetapi dia tidak mahu membazir masa untuk bertikam lidah dengan Julia dan juga berkemungkinan Dato’ Manaf akan masuk campur nanti. Jadi lebih baik dia menjawab dengan secara baik. 
                                                                                                                  
“Kalau rindu awak boleh call saya,” begitu jawab Hasrol dengan member senyuman yang menawan. ‘Tapi jangan haraplah aku nak jawab panggilan kau nanti!’ Tetapi lain pula kata hati Hasrol. Dia berharap sangat agar urusan penceraiannya dengan Julia beraikhir dengan cepat. Dia sudah tidak tahan lagi dengan perempuan itu.
                                                                 
Hasrol mengunci pintu apartmentnya sebelum melangkah pergi ke parkir kereta. Selepas habis berurusan di Mahkamah Syariah Shah Alam dia akan bertolak terus ke kampungnya di Johor.

+++++

Pintu bilik rawatan kecemasan dibuka. Kelihatan seorang lelaki yang berpakaian doktor keluar dari pintu bilik itu. Wajah doktor itu kelihatan muram dan sedih. Ini menyebabkan hati Marisa bertambah bimbang dan galau. Dia segera mendapatkan doktor itu. Perbuatannya diikuti oleh Ashraf.  
                                                                                                                        
“Doktor, bagaimana dengan keadaan ayah saya?” Memang soalan itu akan terpacul keluar dari mulut Marisa.   
                                                                                                                          
Doktor itu merenung wajah Marisa seperti tidak sampai hati untuk menjawab pertanyaan Marisa tadi. Melihat doktor yang masih membisu itu menandakan ada perkara yang buruk berlaku terhadap Dato’ Shukri. Tetapi Marisa masih mengharapkan berita yang gembira selagi doktor belum mengesahkan lagi.      
                                                                               
“Dato’… Dato’ Shukri tidak dapat diselamatkan. Kami sudah cuba sedaya uapaya kami. Tetapi Allah lebih sayangkan Dato’.” Akhirnya jawapan telah diketahui selepas doktor memaklumkan bahawa Dato’ Shukri telah meninggal dunia.  
                                                                  
Marisa yang mendengar jawapan dari doktor itu tadi merasakan jantungnya seperti hedak berhenti berdenyut. Manakala kakinya terasa lemah longlai sehingga dia jatuh melutut kerana tidak dapat menerima bahawa bapanya telah meninggal dunia.       
                            
“Mama!” Ashraf terkejut melihat ibunya yang tiba-tiba terjatuh. Dia yang masih belum faham lagi apa yang berlaku terhadap datuknya itu mendekati ibunya. Jururawat yang turut berada di situ segera membantu apabila diarahkan oleh doktor tadi. 
                                           
“Atuk… atuk dan tinggalkan kita sayang. Atuk dah meninggal dunia,” beritahu Marisa kepada Ashraf. Baru Ashraf sedar bahawa atuk yang disayanginya meninggal dunia turut menangis bersama. Kedua-dua beranak itu berpelukan antara satu sama lain. Melepaskan kesedihan masing-masing.

+++++  

Sudah seminggu berlalu semenjak kematian bapanya Marisa asyik menangis mengenangkan nasibnya. Selain menerima takdir yang bapanya telah meninggal dunia, dia juga telah diceraikan suaminya Taufik dengan talak 3. Semuanya berpunca dari pergaduhan bapanya dengan Taufik. Taufik yang sebelum ini dikenali oleh Marisa sebagai seorang suami dan ayah yang penyanyang telah berubah menjadi panas baran semenjak berlaku konflik diantara suami dan bapanya.  
  
Dia mengenangkan nasib malangnya. Bapanya yang dahulu seorang hartawan ternama dan selepas kematian bapanya itu telah meninggalkan hutang yang banyak. Rumah banglo milik bapanya telah dilelong. Walaupun dia telah menjual semua aset miliknya tetapi tidak mampu juga untuk dia melangsaikan hutang arwah bapanya itu. Dia dan anaknya telah diberi masa sebulan untuk meninggalkan rumah itu. Sekarang tiada siapa untuk dia bergantung harap lagi. Walaupun dia mempunyai seorang abang kandung yang masih hidup lagi, akan tetapi abangnya itu sudah lama menghilangkan diri. Kini dia terpaksa menempuh kehidupan yang sukar bersama dengan anaknya. 
                                                                                                                      
“Mama kenapa menangis ni?” soal Ashraf kepada ibunya yang kesedihan. Ashraf yang baru berumur 7 tahun tidak mengerti apa yang berlaku diantara ibu dan ayahnya. Cuma kematian datuknya sahaja menyebabkan dirinya berada sedih itu pun sekejap sahaja.  
                        
“Tak ada apa-apa Ashraf. Ashraf dah makan. Mama ada buat nasi goreng tadi?” soal Marisa pula kepada anaknya sambil mengesat matanya yang dari tadi air mata tidak putus-putus mengalir.

“Kalau mama menangis macam ni, Ashraf tak nak makan”  
                                    
Bertambah terharu Marisa apabila mendengar kata-kata anaknya itu. Lalu dipeluk anaknya itu dengan seerat-eratnya. Air mata yang tadi telah berhenti mula mengalir kembali. Ashraf memeluk ibunya sambil berkata, “Ashraf sayangkan mama.”

+++++

Taufik termenung sendirian di dalam bilik pejabatnya. Peristiwa dia bergaduh dengan bapa mertuanya sebelum orang tua itu diserang penyakit jantumh masih terbayang dibenak fikirannya.

“Taufik! Kenapa kau melepaskan projek yang kita dapat daripada Syarikat Daya Bumi kepada syarikat lain!?” Dato’ Shukri menengking menantunya Taufik. Kehidupan Taufik dahulu yang agak susah tetapi selepas berkahwin dengan Marisa, kehidupannya mula berubah dengan mendadak. Dia telah diberi jawatan sebagai Pengurus Pembangunan di syarikat milik bapak mertuanya.       
                                                                                                                         
“Saya rasa projek itu tidak mendatangkan keuntungan ayah, sebab itulah saya memberinya kepada syarikat lain. Lagipun kita sudah ada banyak projek lain yang perlu kita usahakan,” jawab Taufik sambil menelan air liur yang tersekat dikerongkongnya.   
  
“Projek yang bernilai 20 juta tu tak mendatangkan keuntungan kau cakap? Kau ingat aku tak tahu yang kau jual projek itu! Aku ada bukti!” kali ini nada suara Dato’ Shukri lebih tinggi dari sebelumnya selepas mendengar jawapan yang tidak memuaskan daripada Taufik.   
    
Terkedu Taufik mendengar kata-kata Dato’ Shukri. Peluh dingin mula keluar mengalir di dahinya. Dia tahu jika Dato’ Shukri membuat laporan polis atas apa yang dilakukan sudah tentu dia akan meringkuk di dalam penjara.    
                                                                     
“Saya minta maaf ayah. Saya tahu saya salah, tapi minta tolong ayah jangan buat laporan polis demi Marisa dan Ashraf,” pujuk Taufik. Dia benar-benar berharap agar Dato’ Shukri tidak berbuat demikian.            
                                                                                                         
“Nasib baik kau ni menantu aku, kalu tidak dah lama aku hambat kau supaya masuk lokap!” Nada Dato’ Shukri masih marah lagi.      
                                                             
“Terima kasih ayah”         
                                                                                          
“Sudah! Keluar kau dari bilik aku. Aku tak ingin tengok muka kau lagi! Aku akan fikirkan mengenai jawatan kau sekarang. Mungkin kau akan diturunkan pangkat. Tak boleh harap! Keluar!”          
                                                                                                                        
Taufik keluar dari bilik Dato’ Shukri dengan perasaan lega dan bercampur marah. Perasaan dendam yang teramat sangat terbuku di dalam hatinya selepas dimarah teruk oleh Dato’ Shukri tadi.                                                                                                                                           
‘Siap kau orang tua’ hati Taufik berbicara. Lalu dia mengambil telefon bimbitnya dan mendail nombor seseorang. Kelihatan senyuman sinis terpapar diwajahnya. Mungkin ada sesuatu pekerjaan kotor yang akan dilakukannya.   

Keesokkan harinya Dato’ Shukri memasuki bilik Taufik. Satu hempasan tapak tangan dilakukan di atas meja Taufik. Taufik hanya tenang sahaja melihat gelagat bapa mertuanya itu.  
    
“Apa yang kau dah buat ni!? Kau jual semua projek kita! Sekarang ni kita dan menanggung beban hutang yang banyak!” Dato’ Shukri memulakan perbicaran dengan nada yang tinggi.

“Itu ayah punya tanggungjawab. Syarikat ayah yang berhutang ayahlah yang kena bayar”   
         
“Berani kau cakap macam tu! Budak tak kenang budi. Kalu bukan anak aku yang tergila-gilakan kau, jangan harap aku nak terima kau jadi menantu aku!” jerit  Dato’ Shukri. Kemarahannya jelas kelihatan apabila urat bewarna hijau timbul pada lehernya. Taufik hanya tersenyum sahaja.  
                                                                                                                   
“Memang betul, kalu bukan sebab ayah ni orang kaya jangan harap saya nak kahwin dengan Marisa,” Taufik membalas.    
                                                                                      
“Kau… Memang..,” Dato’ Shukri yang sedang menuding jari pada Taufik, tiba-tiba memgang dadanya kerana berasa sakit. Kelihatan dia seperti dia menanggung kesakitan yang teramat sangat. Selepas itu Dato’ Shukri rebah di hadapan Taufik yang kelihatan tidak terkejut dengan apa yang berlaku pada bapa mertuanya itu. Memang dia menjangkakan yang perkara itu akan berlaku.  
                                                                                                                     
“Mampus kau orang tua!” lalu Taufik bangun dari duduknya dan berlakon seperti orang yang dalam keadaan cemas apabila keluar dari bilik untuk mendapatkan pertolongan. 
               
“Hai you… Termenung panjang nampak?”       
                                                                    
Taufik tersentak. Ingatannya pada peristiwa bapa mertuanya yang diserang penyakit jantung dan disahkan meninggal dunia hilang begitu sahaja apabila dia ditegur oleh Fasha yang tiba-tiba masuk ke dalam biliknya  
                                                                                                      
“Ingat pada janda you lagi ke?” soal Fasha lagi sambil membelai leher Taufik. Taufik hanya tersenyum dan merangkul tangan Fasha lalu dikucupnya.     
                                    
“Mestilah ingat, kerana dendam I pada perempuan itu masih belum terbalas lagi walaupun bapanya dah mati. Kalu boleh I nak tengok dia merana seumur hidup baru puas hati I,” jawab Taufik.     
                                                                                                                           
“Samalah dengan I. Kalau boleh I nak tengok perempuan tu menderita. You masih ingat tak sebelum ni kita bercadang nak kenakan perempuan tu?”  
                                                     
Taufik merenung wajah Fasha dan mula menunjukkan minat. “Ya, I masih ingat. Kenapa you dah ada cara ke nak kenakan Marisa tu?”   
                                                                       
Fasha mengangguk tanda sudah mempunyai perancangan untuk memerangkap Marisa.  
   
“Apa rancangan you?” Taufik kelihatan tidak sabar.     
                                           
“Rancangan I ialah first sekali you mesti rujuk semula janda you tu.”   
                               
Taufik yang mendengar cadangan Fasha mula mengerutkan dahi tanda tidak memahami situasi rancangan itu.     
                                                                                                                       
“You mesti pelik kan? Tapi dengar penjelasan I dulu. Okey, begini. Kalu janda you setuju untuk kembali pada you dia tak boleh terus berkahwin dengan you kan? Dia mesti kena berkahwin dengan lelaki lain dan diceraikan oleh lelaki itu baru dia boleh berkahwin semula dengan you,” terang Fasha lagi. Walaupun dari segi fizikal Fasha kelihatan liberal tetapi dia masih mengetahui hukum hakam agama Islam.      
                                                                                 
“Betul, tapi apa kena mengena semua itu dengan perancangan you tu?” Taufik masih belum mengerti.    
                                                                                                                         
Fasha meneruskan penerangannya. “Kita akan gunakan khidmat lelaki cina buta untuk berkahwin dengan janda you selama seminggu. Sekarang ni banyak lelaki yang sanggup jadi cina buta janji mereka dibayar.  Selepas seminggu berlalu dan pada masa lelaki cina buta itu hendak ceraikan janda you, pada masa itulah you menolak untuk menerima janda you semula. Biar padan muka dia kena tipu dengan you. Lagi malang kalau lelaki cina buta tu tak mahu ceraikan janda you. Biar dia hidup dengan lelaki cina buta tu,” Fasha bersungguh-sungguh menerangkan rancangannya pada Taufik. Taufik tersenyum. 
                                                                     
“Bagus juga rancangan you tu. You ada ke kenal mana-mana cina buta yang sanggup kahwin dengan perempuan tu?” soal Taufik lagi.       
                                                                        
“You jangan bimbang I sudah sediakan semuanya. I ada kenal seorang lelaki yang sanggup untuk jadi cina buta untuk janda you,”       
                                                           
“Bagus. I tak sabar nak tengok perempuan itu menderita. Kalau boleh I nak rancangan untuk perangkap perempuan itu berkahwin dengan lelaki cina buta dapat dijalankan dengan segera,” ujar Taufik tidak sabar.           
                                                                                        
“Tak ada masalah. Asalkan you dapat pujuk janda you untuk kembali kepada you dan selepas itu I akan uruskan perkahwinan mereka,” beritahu Fasha.         
                                     
“Tentang perkara itu you jangan bimbang. Esok I akan pastikan perempuan itu akan setuju untuk kembali kepada I dan seterusnya berkahwin dengan cina buta tu.”     
                                     
Fasha tersenyum mendengar kata-kata Taufik. Gembira dia apabila Taufik bersetuju dengan rancangannya untuk memerangkap Marisa supaya berkahwin dengan lelaki cina buta. Kerana dia juga amat membenci Marisa kerana cemburu pada perempuan itu yang pernah menjadi isteri kepada lelaki yang dicintainya iaitu Taufik.   
                                                                             

Hari sudah lewat petang dan sambil ketawa mereka keluar dari bilik itu bersama-sama. Ada misi yang perlu dilaksanakan oleh mereka. Misi untuk memerangkap Marisa dan menghancurkan hidup perempuan itu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kahwin Dengan Cina Buta Bab 4

Kahwin Dengan Cina Buta Bab 1

Kahwin Dengan Cina Buta Bab 27