Kahwin Dengan Cina Buta Bab 16
BAB
16
Sudah 3 hari Puan Aminah tinggal dirumah anaknya.
Hari ini merupakan hari yang terakhir sebelum Puan Aminah berangkat pulang ke
Johor Baharu. Marisa sedang sibuk menyediakan sarapan. Nasi lemak ayam goreng
berempah sengaja dia buat pada pagi itu, khas untuk ibu mertuanya.
Sedang
dia menggoreng ayam Hasrol menjenguk dan menegur Marisa. “Awak, handphone ada
sms,” telefon bimbit jenama Samsung yang berada ditangan Hasrol diberikan
kepada Marisa.
Marisa
menggodek telefon bimbitnya lantas tersenyum.
“Siapa
tu?” Soal Hasrol.
“Pakwe,”
jawab Marisa ringkas.
“Pakwe
mana?” Soal Hasrol lagi.
“Kenapa
cemburu ke?”
“Cemburu
gak,” tersengih-sengih Hasrol menjawab.
“Taklah, Zura sms. Dia
ajak jumpa esok petang,” Marisa memberitahu perkara yang sebenar. “Saya nak
minta izin awak nak keluar esok.”
“Tak
boleh!” Hasrol menjelirkan lidah. Marisa mencebik buat-buat merajuk. “Pergilah.
Bawa kereta saya. Lagipun esok saya tak pergi mana-mana pun,” kata Hasrol
sambil tergelak melihat Marisa yang melakukan aksi merajuk tadi.
“Terima kasih awak.”
Lantas Marisa menjengketkan kakinya dan mencium pipi Hasrol. Mereka tergelak
bersama. Perbuatan mereka tadi diperhatikan oleh Puan Aminah.
“Amboi-amboi… Mesranya pasangan
suami isteri ni,” tegur Puan Aminah sambil tersenyum.
Tersentak
Marisa dengan Hasrol apabila ditegur oleh Puan Aminah. Marisa tersipu malu.
Tertunduk-tunduk dia tidak sanggup melihat wajah Puan Aminah.
“Terkejut
Hasrol mak. Nasib baik Hasrol tak ada sakit jantung. Kalau tidak tak
pasal-pasal kena usung masuk ambulans nanti.”
“Yelah
tu. Kalau dapat sakit jantung tu betul-betul baru tahu,” ujar Puan Aminah.
“Eh kesitu pulak mak. Hasrol
gurau jelah.”
“Tahu takut. Takut berpisah dengan
Marisalah tu,” peril Puan Aminah sambil tersenyum ke arah Marisa. Marisa yang
dalam keadaan malu itu membalas senyuman Puan Aminah.
Selepas bersarapan Hasrol menghantar Ashraf ke tadika
manakala Marisa sedang mengemas ruang tamu rumah. Puan Aminah yang dari tadi
berada di dalam bilik tidur utama keluar dari bilik sambil menjinjing beg
pakaian. Melihatkan keadaan itu Marisa lantas berjalan ke arah Puan Aminah.
“Sini Marisa tolong angkatkan,”
Marisa meminta izin untuk menolong Puan Aminah mengangkat beg pakaiannya. Puan
Aminah tidak keberatan untuk menyerahkan beg pakaian itu kepada Marisa. Selepas
meletakkan beg pakaian di ruang tamu mereka duduk di atas sofa sementara
menunggu Hasrol pulang untuk membawa Puan Aminah ke stesen bas.
Puan Aminah mengambil
beg tangannya lalu mengeluarkan sebentuk gelang tangan emas. Dia memandang
Marisa lalu berkata. “Marisa, gelang ini peninggalan arwah ayah Hasrol. Arwah
ayah Hasrol yang hadiahkan gelang emas ni pada mak lepas kami bernikah. Jadi
mak nak serahkan gelang tangan ni pada Marisa pula memandangkan Marisa adalah
menantu kami.”
Marisa
tergamam. Bukan kerana bakal menerima gelang emas yang mungkin harganya boleh
mencecah RM5,000 tetapi wasiat yang diberikan oleh Puan Aminah kepadanya. Dia
tidak boleh menerima gelang emas yang bukan miliknya kerana dia bukan isteri
Hasrol untuk selama-lamanya. Adakah dia patut menolaknya? Mungkin perbuatan dia
menolak pemberian Puan Aminah akan mengecewakan perasaan orang tua itu. Dia
menjadi serba salah. Jika dia menerima pemberian Puan Aminah itu bermakna dia
telah menipu Puan Aminah dan dirinya sendiri.
Marisa
masih mendiamkan diri. Dia memadang gelang tangan emas yang dihulurkan
kepadanya. Lantas dia memandang wajah Puan Aminah. Air mata mula mengalir
membasahi pipinya. Puan Aminah mengerutkan keningnya kerana hairan melihat
Marisa yang tiba-tiba menangis.
“Kenapa
Marisa menangis? Mak ada buat salah ke?” soal Puan Aminah.
“Tak mak. Mak tak
buat salah pun. Marisa ni yang mudah sangat nak nangis. Marisa terharu sebab
mak sanggup beri Marisa gelang emas peninggalan arwah ayah sedangkan mak pun
sayangkan gelang emas tu,” jelas Marisa.
“Mak bagi kat Marisa pun
sebab Marisakan isteri Hasrol. Kalau bukan Marisa yang mak nak bagi, siapa
lagi? Mak cuma ada Hasrol seorang sahaja. Mak tak ada anak perempuan. Jadi
Marisalah yang layak terima gelang emas ini. Yang penting mak nak Marisa dengan
Hasrol hidup bahagia. Tak nak cerai-cerai. Ada masalah bawa berbincang,” ujar
Puan Aminah dengan panjang lebar.
Bertambah
banyak air mata Marisa mengalir dipipinya. ‘Mak,
Marisa akan cuba…Marisa akan cuba untuk kekalkan hubungan kami. Seandainya
hubungan kami tak berkekalan maafkan Marisa mak,’ hati Marisa berdetik. Dia
nekad akan mengekalkan hubungannya sebagai isteri Hasrol. Biarlah harapan
asalnya untuk bersama dengan Taufik berkubur janji perempuan tua yang berada
didepannya tidak akan sedih dan kecewa apabila mengetahui yang Hasrol telah
menceraikannya.
Hasrol
masuk ke dalam rumah selepas dia menghantar Ashraf ke tadika. Dia berdiri tegak
di depan muka pintu. “Mak dah berkemas ke? Jom Hasrol hantar kat stesen bas,”
soal Hasrol kepada Puan Aminah. Tiba-tiba matanya tertancap mata wajah Marisa
yang masih lagi berlinangan air mata.
Marisa yang menyedari
diperhatikan oleh Hasrol lekas-lekas mengelap air matanya. “Awak kejap saya nak
pergi bilik air,” pinta Marisa lantas bangun dan berjalan masuk ke dalam bilik
tidur utama.
Hasrol
tertanya-tanya apa yang berlaku sebenarnya sampai Marisa menangis. ‘Tak apalah, balik nanti aku tanya,’
katanya sendiri.
+++++
Di Stetsen Bas Klang Sentral, bas yang akan menuju
ke Johor Bahru sudah tiba untuk mengambil penumpangnya. Hasrol kelihatan sedang
mengangkat beg pakaian Puan Aminah dan memasukkan di gerabak bawah bas itu.
Kini tiba masanya Puan Aminah berangkat balik semula ke kampungnya.
“Hasrol
ingat minggu depan balik. Mak akan uruskan semua persiapan kenduri kahwin kamu
berdua. Jangan Hasrol balik sorang sudah,” Puan Aminah mengingatkan Hasrol.
“Insya-Allah mak. Nanti kirim
salam kat Paksu, Maksu dan yang lain-lain. Hasrol pun rindu nak balik kampung
sebenarnya,” Hasrol menghulurkan salam.
Puan
Aminah menyambut salam dan tangannya dicium oleh Hasrol. “Hasrol jaga Marisa
dengan Ashraf baik-baik. Nanti jangan lupa kirim salam kaat cucu segera mak tu
tahu.”
Hasrol dan Marisa
tersenyum mendengar kata-kata Puan Aminah tadi. Kini tiba giliran Marisa
bersalaman dengan Puan Aminah. Selepas tangan Puan Aminah dikucup Marisa terus
memeluk Puan Aminah. Dipeluk erat perempuan tua itu seperti tidak akan berjumpa
lagi selepas itu.
“Mak
jaga diri baik-baik. Dah sampai beritahu kami,” pesan Marisa.
Puan Aminah hanya
mengangguk senyum. Lantas dia berjalan masuk ke dalam bas yang tersedia
menunggu. Selepas 5 minit bas itu menunggu, ia mula bergerak meninggalkan
stesen bas serta meninggalkan Hasrol dan Marisa yang masih berdiri memerhatikan
bas itu berlalu pergi. Lambaian demi lambaian yang tidak jemu dilakukan oleh
Marisa terhadap Puan Aminah yang berada di dalam bas itu walaupun ia sudah jauh
meninggalkannya.
“Jom
kita balik,” Hasrol mengajak Marisa pulang selepas bas yang dinaiki oleh Puan
Aminah hilang dari pandangan mereka sambil tangan dihulurkan.
Marisa tersenyum lalu menyambut
tangan Hasrol dan mereka berlalu pergi meninggalkan stesen bas itu.
Ulasan
Catat Ulasan