Kahwin Dengan Cina Buta Bab 4

BAB 4

Hasrol memandu kereta mini coopernya. Hari ini pada pukul 10.00 pagi, dia ada appoiment dengan pelanggannya di Restoran Pelita Seksyen 7, Shah Alam. Perjumpaan dengan pelanggannya pada pagi ini amat penting memandangkan duit poketnya yang semakin kurang akibat sikapnya yang pemboros. Dengan memberi perkhidmatan cina buta kepada pelanggannya, dia jamin akan mendapat pulangan yang lumayan.  
                                                                     
Mini Cooper Hasrol dipakir di petak pakir yang disediakan. Dia keluar dari kereta lalu mengalihkan kepalanya untuk melihat waktu pada jam tangan yang dililt kemas dilengannya.    
   
“Tepat pada masanya,” bicaranya sendiri. Lalu dia melangkah kakinya menuju ke restoran yang berada tidak jauh dari tempat dia memakir kereta. Tiba dihadapan pintu masuk restoran itu, seorang lelaki mamak berkulit hitam dan berjambang ala-ala osama menyambut kedatangannya.   
     
“Bos mari masuk. Beriani, kambing, ayam, kari, semua ada bos,” pelawa mamak itu. Sesekali dia menggaru-garu janggutnya yang panjang itu. 
                                                            
“Ok, tak apa. Saya mencari seseorang,” Hasrol mengangkat sedikit tangannya tanda tidak berminat. Dia lebih berminat berjumpa dengan pelanggan yang ingin bertemu dengannya. Tetapi dimana?. Dia tercari cari. Mungkin pelanggan itu akan melambai-lambai tangan padanya. Tetapi adakah pelanggannya itu mengenali wajahnya?.     
                                                             
‘Tak pe. Aku call’. Hasrol mengambil tabnya. Dicarinya senarai panggilan masuk malam semalam. Nombor telefon milik wanita yang bernama Fasha. Tetapi dia lupa untuk menyimpan nombor wanita itu di dalam memori tabnya. Akhirnya dia menjumpai nombor telefon Fasha di dalam rekod panggilan masuk dan terus mendail nombor tersebut. Earphone dikeluarkan dan dilekatkan di dalam telinganya.     
                                                         
“Hello…selamat pagi Fasha, saya sekarang sudah berada di tempat yang dijanjikan,” Hasrol terus bertanya apabila panggilannya dijawab.   
                                                                    
“Dah sampai ke? Saya baru sampai. Sekarang kat parking kereta. En. Hasrol boleh duduk dulu nanti saya akan terus ke meja encik,” jawab Fasha.   
                                                          
“Tak perlu berencik dengan saya. Panggil saja Hasrol. Lebih baik saya tunggu kat kaunter. Fasha cam ke muka saya ni?”   
                                                                                      
“Cam. Saya kenal awak. Awak jangan bimbang.”     
                                               
“Oraits!” Hasrol terus mencari tempat duduk yang dirasakan selesa untuk melakukan perbincangan. Sebantang rokok dikeluarkan lalu disedut dengan penuh kenikmatan sambil matanya memerhatikan orang yang akan masuk di dalam restoran itu.  
                          
Matanya terpaku apabila melihat seorang wanita yang berpakain seksi. Skrit pendek paras peha menampakkan kegebuan pehanya. Wanita itu tidak keseorangan tetapi ditemani oleh seorang lelaki yang bergaya.          
                                                                                                
‘Agaknya dialah Fasha’ Hasrol mula meneka. ‘Kalau dia yang aku kahwin, tak perlu cerai pun tak pa’ gumamnya sendiri.   
                                                                                            
Memang tepat jangkaan Hasrol. Wanita itu berjalan menuju ke arahnya sambil diekori oleh lelaki yang bergaya tadi. Hasrol terus bangun tatkala wanita itu berdiri di hadapannya.     
                
“Fasha?” soal Hasrol lalu tangan dihulur untuk bersalaman.    
                                             
“Ya, saya Fasha. Kenalkan ini En. Taufik yang ingin mendapatkan khidmat cina buta dari awak,”

Tangan Hasrol beralih pula kepada Taufik yang masih berdiri dihadapannya. Mereka bertiga duduk di atas kerusi masing-masing. Sejurus mereka merebahkan punggung, seorang lelaki mirip wajah Shah Rukh Khan datang mengambil pesanan. Mereka bertiga sekadar menempah minuman sahaja kerana tujuan mereka datang ke situ hanya untuk berbincang. Selepas mengambil pesanan lelaki berwajah Shah Rukh Khan tersenyum lalu menampakkan lesung pipitnya dan terus beredar dari meja itu.                
                                                   
“Baiklah. Mari kita mulakan perbincangan kita. En. Taufik tidak boleh lama-lama kerana dia ada mesyuarat yang perlu dihadiri” Fasha memulakan kata. “Sekarang ini En. Taufik hendak awak mengahwini bekas isteri dia yang telah diceraikan dengan talak 3. Seperti biasa selepas seminggu berkahwin awak kena ceraikan bekas isterinya semula,” katanya lagi.    
                                   
“Ya, saya tahu prosedur itu. Sudah banyak kali saya buat perkara itu. Sekarang yang menjadi persoalannya adalah bayaran. Kalau memuaskan saya terima saja,” kata Hasrol. Matanya yang dari tadi memandang Fasha mula mengalihkan pada Taufik untuk mendapatkan reaksi.        
                                                                                                                                       
“RM400,000 adakah memadai untuk kerja yang kau lakukan atau masih belum cukup lagi?” tiba-tiba Taufik bersuara. Pada masa itu juga air yang mereka pesan telah sampai.     Tersenyum lebar Hasrol mendengar kata Taufik tadi. Kalu diikutkan hati hendak sahaja dia berkahwin dengan bekas isteri Taufik hari ini juga. Lebih cepat dia berkahwin lebih cepat dia mendapat imbuhan itu. Tetapi dia harus ingat bahawa waktu idah perlu dihabiskan dahulu sebelum dia dapat mengakad nikah dengan bekas isteri Taufik. 
                                                                  
“Saya setuju sangat dengan tawaran En. Taufik. Saya bersedia untuk menjadi cina buta kepada bekas isteri En. Taufik.”  
                                                                                            
“Baiklah, selepas segalanya selesai kau boleh kahwin dengan bekas isteri aku,” Taufik `memegang cawan lalu dihirup sedikit airnya. “Pastikan kau tidak jadi cina buta pada orang lain pula,” Taufik mengingatkan. Matanya tajam melihat Hasrol lalu dia bangun dari kerusinya. Perbuatan itu diikuti pula oleh Fasha.      
                                                                                                    
“En. Taufik jangan bimbang. Buat masa ini En. Taufiklah yang meletakkan harga yang paling tinggi,” kata Hasrol seraya bangun dari tempat duduknya juga.       
                                
“Setakat ini perbincangan kita dan awak dah setuju dengan harga yang ditawarkan. Selepas habis waktu idah bekas isteri En. Taufik, kamu sudah boleh berkahwin dengannya. Semua urusan perkahwinan kami juga akan uruskan,” Fasha pula yang berbicara. Beg tangannya diambil dan disangkut pada bahunya. “Kami terpaksa beredar dulu. Apa-apa hal nanti saya atau En. Taufik akan hubungi awak,” kata Fasha lagi.   
                                                              
“Baiklah, saya tunggu panggilan kamu berdua dengan penuh kesabaran. Eh…tak perlu. Saya bayar air ni,” tangan Hasrol diangkat sedikit apabila melihat Fasha sedang keluarkan wang dari beg duitnya.                      
                                                                                          
Apabila mendengar kata-kata Hasrol, Fasha memasukkan semula wangnya. “Terima kasih,” ucapnya lalu bersama dengan Taufik berpaling meninggalkan Hasrol yang masih berdiri teguh disitu.       
                                                                                                                                   
Apabila Fasha dan Taufik hilang dari pandangan, Hasrol duduk semula. Dikeluarkan sebatang rokok lagi. Sambil menghisap dia tersenyum riang. Fikirannya melayang. Sedang berangan memikirkan wang yang akan diterima kelak. RM400,000 bukan jumlah yang sedikit. Hampir setengah juta nilainya. Dia mengangkat cawannya lalu dihirup teh tarik itu seraya tersenyum sekali lagi.

+++++

Taufik memberhentikan kenderaanya kerana lampu trafik berubah berwarna merah. “Cina buta tu kalau pasal duit laju je” tiba-tiba dia bersuara.     
                                           
“Biasalah dah kerja dia macam tu. Janji urusan kita sudah selesai. Tak sabar rasanya nak kenakan janda you tu. Nasib janda youlah kalau cina buta tu tak nak ceraikan dia hiduplah dia dengan cina buta tu. Kalau diceraikan jadilah janda kali kedua.”    
                                                
Taufik tersenyum mendengar kata Fasha tadi. “Yang cina buta tu ingat I nak bayar duit sebanyak itu? Satu sen pun dia tak merasa. Dia tak boleh buat apa-apa pun. Nak saman? Jangan harap nak menang. Tiada hitam putih yang menyatakan kita membuat urusan dengan dia,” kata Taufik sambil gear dimasukkan apabila lampu sudah bertukar warna hijau.  
                                      
“You ni jahatlah. Sudahlah dia tak dapat duit yang dijanjikan, kena pula tanggung janda dengan anak you tu. Mesti dia menyesal habis.”                    
                                                      
“I sorang je ke yang jahat? You pun jahat juga,” sambil memalingkan muka kepada Fasha, Taufik mengenyitkan matanya.  Fasha tertawa kecil. Mereka berdua rasa amat berpuas hati apabila rancangan mereka hampir berjaya. Kereta Taufik meluncur laju melalui lebuhraya.

+++++

 Marisa pada petang itu keluar bersama anaknya untuk berjumpa seseorang. Dia ingin berjumpa dengan rakan karibnya yang pernah bekerja di syarikat arwah bapanya. Mereka bercadang ingin berjumpa di KFC, PKNS Shah Alam. Itu pun atas permintaan daripada Ashraf kerana dia teringin untuk makan ayam goreng. Marisa dan anaknya terpaksa menaiki teksi untuk pergi ke tempat yang dituju.         
                                                                                                       
Tiba di PKNS, Marisa dan anaknya terus berjalan menuju ke restoran KFC. Mereka sudah lewat 20 minit. Mungkin kerana menunggu teksi yang lewat tiba untuk membawa mereka ke sana. Restoran KFC pada petang itu tidaklah begitu ramai. Sebaik sahaja Marisa masuk ke dalam restoran makanan segera itu matanya melilau mencari orang yang dia ingin dia jumpa. Terlihat seorang perempuan sedang melambai-lambai ke arahnya. Marisa tersenyum lalu membalas lambaian tersebut.  
                                                                                                                       
“Minta maaf Zura, teksi lewat ambil kami,” Marisa memohon maaf di atas kelewatannya kepada Zura.        
                                                                                                                                
“Tak mengapa Marisa. Aku pun baru lima minit sampai ni. Jom kita pergi depan untuk pesan makanan. Hai Ashraf, dah lama tak jumpa. Rindu kat auntie tak?” kata rakan Marisa yang bernama Zura. Ketika itu sedang mencubit hidung Ashraf.       
                                                    
“Rindu,” jawab Ashraf ringkas. Jomlah mama, Ashraf dah lapar nak makan ayam goreng ni,” katanya lagi.                         
                                                                                            
“Ashraf kalu bab makan ayam goreang ni nombor satu.”   
                                       
“Bisalah Marisa budak-budak. Jom Ashraf hari ini auntie belanja.”  
                                   
“Ye.. Terima kasih auntie,” ucap Ashraf dengan gembira.       
                                                         
Selepas pesanan dibuat mereka duduk semula tempat di mana Zura duduk sebelum itu. Sebaik sahaja mereka duduk Ashraf terus mencapai ayam goreng drumstick lalu menggigitnya dengan rakus.                                                                                                                             
“Ashraf, dah baca doa makan ke belum ni?”   
                                                                      
“Doh mo, aam ati. Mo tak ngar,” suara Ashraf tidak berapa jelas kerana bercakap sambil menguyah makanan.   
                                                                                                                          
Marisa dan Zura tersenyum melihat telatah Ashraf. Tiba-tiba sahaja Marisa teringatkan Taufik ayah Ashraf. Teringat masa mereka bersama dahulu pada ketika itu mereka sedang menikmati makan malam di KFC juga. Ashraf dan ayahnya makan dengan gelojohnya bersama-sama. Bak kata pepatah bapak borek anak rintik.     
                                                                          
“Risa, kau macam mana sekarang?” Marisa tersentak dari lamunan tatkala soalan daripada Zura menusuk ke dalam telinganya.     
                                                                                     
“Ah, macam inilah. Aku dengan Ashraf hidup berdua saja. Tapi abang Taufik ada call aku semalam,”                       
                                                                                                       
“Kenapa? Apa lagi dia hendak dari kau?” soal Zura ingin mengetahui isi perbualan diantara Marisa dengan Taufik semalam.               
                                                                             
“Dia… Dia nak rujuk… Aku semula,”    
                                                                                          
“Jadi kau setujulah!” Zura meninggikan sedikit suara.   
                                                       
Marisa hanya menganggukkan sedikit kepalanya sebayak dua kali. Tanda mengeyakan.     Mata Zura terbelalak apabila mendapat tahu yang Marisa setuju untuk kembali semula dengan Taufik. “Marisa kau sudah lupa ke yang kau dah diceraikan dengan talak tiga? Taufik tu ingat senang ke nak kau kembali kepadanya. Kau kena bernikah dengan lelaki lain dahulu. Lepas diceraikan baru Taufik dapat berkahwin dengan kau semula.”       
                                              
“Dulu masa dia nak ceraikan kau tak fikir panjang. Sekarang macam mana? Tak kan kamu berdua nak merancang pernikahan ini sehingga kamu berdua dapat berkahwin semula?” nada Zura yang agak tinggi itu menyebabkan Ashraf berhenti dari menguyah. Marisa hanya diam merenung nuget ayam yang sudah terhidang. Keadaan yang sunyi seketika itu diambil peluang oleh Ashraf untuk menyambung semula santapannya.      
                                                         
“Kau diam je, jadi betullah kau nak merancang pernikahan kau dengan cina buta?” Zura terus menyoal apabila jawapan yang dipinta tidak diperolehi.  
                                                                    
“Ya, aku terpaksa berkahwin dengan cina buta supaya Taufik dapat berkahwin dengan aku semula. Aku setuju pun disebabkan Ashraf yang masih memerlukan kasih sayang dari seorang ayah. Aku tak mampu nak jaga Ashraf sendirian,” kata Marisa dengan nada yang sayu.    
               
“Apa pun alasan yang kau berikan ia tetap berdosa. Perancangan yang kau dengan Taufik buat ni dilarang di dalam Islam. Kau mesti tahu kan? Sebab kau dulu sekolah agama. Lainlah aku, asas agama pun tak kukuh. Aku tahu pasal cina buta ni pun melalui akhbar.”    
                           
“Sudahlah Zura. Kau jangalah merungsingkan aku lagi. Aku datang jumpa kau ni pun nak cari teman berbual. Nak hilangkan kerungsian yang aku alami. Kau tak dapat rasa apa yang aku rasa. Kalau kau berada di tempat aku mesti kau akan lakukan perkara yang sama. Aku sayangkan anak aku Ashraf. Aku juga sayangkan abang Taufik,” Marisa meluahkan perasaannya. Dia tidak tahan lagi mendengar leteran dariapda Zura. Apa yang diharapkan untuk mendapat sokongan daripada rakannya terbantut.           
                                                     
“Maafkan aku Risa. Aku cuma cakap apa yang betul. Aku tahu kau dah banyak menderita. Cuma aku harap kau fikirkan masak-masak sebelum kau setuju untuk berkahwin dengan lelaki cina buta. Kerana bagi aku Taufik tu orang yang tidak boleh dipercayai. Itu dari segi pandangan aku. Kalau bagi kau Taufik tu tak seperti yang aku fikirkan terpulanglah,” Zura mula bertutur dengan nada yang lembut apabila melihat wajah sunggul Marisa. Marisa pula hanya mempamerkan senyuman tawar sahaja.            
                                                                       
“Sudalah, kita lupakan cerita tadi. Kita tukar topik lain. Ya, pasal Ashraf kau kata nak pindahkan dia sekolah lain jadi tak?” Zura mula mengubah topik perbualan memandangkan cerita mengenai Taufik menyebabkan Marisa terkesima.        
                                               

Keadaan mula tenang. Marisa dan Zura mula bercerita seperti biasa. Seperti masa mereka berjumpa sebelum Marisa bercerai dengan Taufik. Kedengaran gelak ketawa daripada mereka berdua. Ashraf pun tidak berkecuali membuat jenaka. Hati Marisa mulai tenang.

Ulasan

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. saya sedia membantu masalah anda.amat memahami dan boleh berbincang. berumur 25 tahun tinggi 173cm dan sporting. whatsapp +601119735626-radzi

    BalasPadam
  3. Sy nasa kpd yg ingin khidmst dgn jaminan n boleh bincg pls call 01155086447

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kahwin Dengan Cina Buta Bab 1

Kahwin Dengan Cina Buta Bab 27