Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2015

Kahwin Dengan Cina Buta Bab 23

BAB 23 Hasrol tiba di apartmenya. Dia menguak pintu utama dan masuk ke dalam. Langkahnya terhenti apabila melihat beberapa beg baju siap tersusun di ruang tamu. Hasrol memerhatikan jam dinding menunjukkan pukul 8.15 pagi.                                                                              ‘Nampak macam dia tak sabar nak tinggalkan rumah ni,’ fikir Hasrol. Selepas itu dia memandang ke arah dapur. Mungkin Marisa ada di dapur memandangkan terdengar bunyi seperti orang sedang memasak. Hasrol berjalan menuju ke dapur. Apabila sampai sahaja di ruang masuk dapur, Hasrol melihat Marisa sedang sibuk memasak. ...

Suami Olok-Olok Bab 2

BAB 2 “Aduh perempuan mana pulak ni tiba-tiba masuk dalam kereta aku,” Farhan merungut. Dia dapat rasakan kehadiran Amira akan mendatangkan masalah kepadanya.                 “Tolonglah. Saya bukan main-main. Awak tak ada perasaan simpati kat saya ke?” Pinta Amira sekali lagi apabila mendengar rungutan dari Farhan.                                                           “Okey-okey. Aku akan tolong. Tetapi aku cuma boleh tolong untuk telefon ambulans ja. Lebih-lebih aku tak boleh,” beritahu Farhan dan selepas itu dia mengambil semula telefon bimbitnya yang diletakkan di dalam dash board tadi.      ...