Kahwin Dengan Cina Buta Bab 1
BAB
1
Jam
sudah menunjukkan pukul 12.00 tengahari. Hasrol yang ketika itu sedang menonton
televisyen bangun dari duduknya apabila menyedari waktu tersebut. Dia berjalan
meninggalkan ruang tamu dan menuju ke bilik tidur utama. Sampai sahaja dia di
depan pintu, dia membuka pintu itu dengan perlahan. Kelihatan sekujur badan
sedang enak baring di atas katil tanpa menyedari kehadiran Hasrol yang semakin
menghampirinya.
‘Tidur je kerja
perempuan ni. Naik menyampah aku. Patutlah kau kena cerai dengan suami kau
dulu. Tapi yang peliknya kenapalah suami kau nak rujuk kau kembali,’
hati Hasrol berbicara sebelum dia merapatkan dirinya pada perempuan itu.
“Julia
bangun, dah pukul 12.00 tengahari ni. Pukul 1.00 tengahari nanti Dato’ nak
datang,” bisik Hasrol dengan perlahan sambil tangannya menggoyangkan perlahan
badan perempuan yang bernama Julia itu. Dengan penuh manja Julia menggeliat
badannya. Sambil memandang wajah Hasrol, Julia mengenyitkan matanya.
“Dah
pukul 12 ke awak? Mengantuknya…,” ujar Julia sambil menyandarkan badanya pada
kepala katil. Hasrol pula mengambil tempat duduk di sebelah Julia. “Awak,
sekejap je masa berlalu. Sudah seminggu kita kahwin. Hari ini awak kena
ceraikan saya. Saya sebenarnya tak sampai hati nak bercerai dengan awak,” sambung
Julia lagi.
Wajah
Hasrol sedikit berubah selepas mendengar kata-kata Julia tadi. Dari raut wajah
Hasrol jelas kelihatan dia tidak berapa suka akan perkataan yang terpacul dari
mulut Julia. Tetapi cepat-cepat Hasrol melepaskan senyuman tawar untuk mengelak
roman wajahnya itu disedari oleh Julia.
“Tetapi
memandangkan kekayaan yang ada pada Dato’ Manaf membuatkan saya tak ada pilihan
terpaksa pilih lelaki tua tu. Tetapi cinta saya tetap pada awak Hasrol,”
sambung Julia lagi.
Hasrol
berasa lega mendengar penjelasan Julia. Dia ingatkan yang Julia memang tidak mahu
bercerai dengannya. Jika tidak, dia akan kehilangan jumlah wang yang banyak
jika dia tidak menceraikan Julia pada hari ini. Sudahlah kehilangan wang, kena
pula hidup dengan perempuan yang banyak menyusahkannya. Walaupun hanya seminggu
sahaja dia menjadi suami perempuan itu tetapi dia merasakan begitu lama sekali.
Begitulah
rancangan yang telah dijalankan oleh Hasrol bersama dengan Dato’ Manaf bekas
suami Julia. Setelah Dato’ Manaf menceraikan Julia dengan talak tiga, lelaki
tua itu ingin kembali kepada isteri mudanya itu. Akan tetapi hasratnya itu
tidak kesampaiannya apabila hukum dalam Islam menegah untuk Dato’ Manaf berbuat
demikian kecuali… Kecuali Julia berkahwin dengan lelaki lain dahulu dan
diceraikan oleh lelaki tersebut barulah Dato’ manaf dapat berkahwin semula
dengan Julia.
Syarat
itu memang terkandung dalam ajaran Islam yang sebenar jika satu-satu pasangan
yang bercerai dengan talak tiga ingin bersatu semula. Seperti firman Allah di
dalam Surah Al- Baqarah ayat ke 230 yang bermaksud. “Sesudah (diceraikan dua kali) itu, jika diceraikan pula (bagi kali
yang ketiga), maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu sehingga
ia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu, kalau ia diceraikan (oleh
suami baru itu dan habis eddahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas
isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (berkahwin semula), jika mereka kuat
menyangka akan dapat menegakkan
aturan-aturan hukum Allah. Itulah aturan hukum Allah, diterangkan kepada kaum
yang mengetahui dan memahaminya.”
Jadi untuk merealisasikan hasratnya itu, Dato’ Manaf telah mengupah Hasrol untuk menjadi muhallil atau suami sementara Julia. Selepas seminggu mereka mendirikan rumah tangga Hasrol akan menceraikan Julia supaya hasrat Dato’ Manaf untuk Julia kembali kepadanya tercapai. Kalau hendak diikutkan apa yang telah dilakukan oleh mereka membolehkan Dato’ Manaf berkahwin semula dengan Julia selepas Hasrol menceraikan bekas isterinya itu. Akan tetapi perbuatan mereka yang merancang perkahwinan itu ditegah dalam ajaran Islam dan hukumnya berdosa besar. Bagi Dato’ Manaf dia tidak hirau berkenaan dengan hukum janji dia dapat berkahwin semula dengan Julia.
Bagi Hasrol pula, dia tidak keberatan menjadi suami upahan atau bahasa perumpamaannya cina buta asalkan dia dibayar dengan bayaran yang lumayan. Julia merupakan perempuan kedua yang pernah dinikahinya sebagai cina buta.
Jadi untuk merealisasikan hasratnya itu, Dato’ Manaf telah mengupah Hasrol untuk menjadi muhallil atau suami sementara Julia. Selepas seminggu mereka mendirikan rumah tangga Hasrol akan menceraikan Julia supaya hasrat Dato’ Manaf untuk Julia kembali kepadanya tercapai. Kalau hendak diikutkan apa yang telah dilakukan oleh mereka membolehkan Dato’ Manaf berkahwin semula dengan Julia selepas Hasrol menceraikan bekas isterinya itu. Akan tetapi perbuatan mereka yang merancang perkahwinan itu ditegah dalam ajaran Islam dan hukumnya berdosa besar. Bagi Dato’ Manaf dia tidak hirau berkenaan dengan hukum janji dia dapat berkahwin semula dengan Julia.
Bagi Hasrol pula, dia tidak keberatan menjadi suami upahan atau bahasa perumpamaannya cina buta asalkan dia dibayar dengan bayaran yang lumayan. Julia merupakan perempuan kedua yang pernah dinikahinya sebagai cina buta.
“Awak
sanggup ke nak ceraikan saya?” Soal Julia yang membuatkan Hasrol tak senang
duduk.
‘Sanggup je. Sekarang
pun aku sanggup ceraikan kau!’ Hasrol berani
bersuara di dalam hati.
“Awak
tak rindu kat saya ke selepas awak ceraikan saya nanti?” Belum sempat Hasrol
menjawab Julia bertanya lagi.
‘Baik aku rindu cicak
kat rumah ni daripada rindu kat kau!’
Sekali lagi hati Hasrol berbicara. Marah betul Hasrol dengan Julia. Apalah yang
pernah Julia buat sampaikan Hasrol tidak suka dengan perempuan itu!
+++++
Hospital
Kuala Lumpur dan di bilik rawatan kecemasan. Marisa sedang duduk di ruang
menunggu di luar bilik rawatan kecemasan. Mungkin orang yang dirawat di dalam
bilik itu adalah orang yang paling disayangi memandangkan Marisa kelihatan
sedang menagis teresak-esak. Bersama Marisa ditemani oleh anaknya Ashraf.
“Mama,
kenapa atuk lama sangat kat dalam bilik tu?” Ashraf bangun dan bertanya kepada
ibunya. Baju sekolah masih tersemat di tubuhnya.
“Atuk
tak sihat sayang. Doktor tengah rawat atuk. Kita doakan atuk sihat ye Ashraf,”
jawab Marisa. Suaranya seperti ditahan-tahan.
Ashraf
terangguk-angguk mendengar jawapan ibunya itu. Tiba-tiba matanya membulat
memandang sesuatu. Dengan segera dia duduk semula di atas kerusi seperti
takutkan sesuatu. Marisa menyedari tingkah laku Ashraf menoleh melihat apa yang
menyebabkan Ashraf tiba-tiba kelihatan resah.
Seorang
lelaki segak sedang berdiri di hadapan Marisa. Cermin mata hitamnya ditanggal
dan merenung wajah Marisa dengan wajah yang serius. Selepas dia merenung wajah
Marisa matanya beralih pula pada Ashraf. Ashraf terkedu dan menundukkan
mukanya. Takut benar dia dengan lelaki itu.
“Abang…,”
Marisa bersuara lemah. Matanya masih berair memandang suaminya Taufik.
“Keadaan
ayah macam mana?” Taufik bertanya. Memang itu soalan yang akan keluar dulu dari
mulutnya.
“Ayah
masih kat dalam lagi. Saya risau keadaan ayah abang. Apa yang dah berlaku kat office sampai ayah boleh diserang
penyakit jantung?” Jawab Marisa. Sempat juga bertanya kepada Taufik.
“Dah
penyakit ayah nak datang nak buat macam mana. Yang Risa tanya kat abang ni
kenapa? Risa tuduh abang yang menyebabkan ayah jadi macam ni?” Kali ini suara
Taufik tinggi sedikit.
“Risa
tak tuduh abang. Risa cuma tanya saja. Ada staf kat office ayah yang beritahu Risa yang ayah diserang sakit jantung kat
dalam bilik abang. Mesti abang tahu apa puncanya,” Marisa memberi penjelasan.
Dia tahu Taufik sudah mulai marah.
“Kata-kata
Risa tadi seperti menuduh abang. Risa dengan ayah sama saja suka menuduh orang
sesuka hati. Kalau nak diikutkan hati abang, tak ingin abang nak datang
hospital ni nak tanya khabar orang tua tu,” balas Taufik. Suaranya masih
kedengaran keras.
“Kan
Risa dah cakap Risa cuma tanya saja. Sampai hati abang cakap kami begitu. Apa
yang ayah tuduh abang sampai abang marah benar dengan ayah?”
“Ayah
tuduh abang mensabotaj syarikat sedangkan abang tak buat pun perkara itu. Buat
apa abang nak sabotaj syarikat ayah sedangkan abang juga mempunyai saham syarikat
sebanyak 10%. Itu pun hasil pemberian Risa sendiri. Tetapi papa tetap
menganggap abang yang memaksa Risa menyerahkan saham Risa kepada abang.
Sekarang ni ayah tuduh abang cuba untuk mensabotaj syarikat pula untuk
menguasai syarikat ayah. Abang kecewa dengan ayah. Abang tahu memang dari sebelum
kita kahwin lagi ayah memang tak suka kat abang ni,” luah Taufik. Keningnya
dikerutkan tanda tidak puas hati terhadap bapa Marisa iaitu Dato’ Shukri.
“Sudah-sudahlah
tu abang. Risa tak rasa pun ayah berniat macam tu kat abang. Perasaan abang je.
Sekarang ni kita lupakan dahulu pasal tuduhan tu. Lebih baik kita sama-sama
berdoa agar tidak berlaku perkara yang buruk pada ayah,” Marisa sekadar memujuk.
Dia tidak mahu bertikam lidah dengan Taufik sedangkan bapanya masih di dalam
bilik rawatan kecemasan.
“Tak
ingin abang doakan orang tua tu. Biar dia mati lagi senang hidup abang,” dengan
selamba Taufik berkata demikian. Terkejut Marisa mendengar perkataan yang
keluar dari mulut suaminya itu. Dia tidak sangka Taufik tergamak berkata
demikian. Taufik memang benar-benar berubah!
“Asstagfirullahalazim…
Apa yang abang cakap ni? Tergamak abang cakap ayah macam tu. Abang memang tak
kenang budi. Ayah yang banyak membantu abang tetapi ini balasan abang kat ayah.
Risa kecewa betul dengan sikap abang!” Ujar Marisa. Suaranya kedengaran agak
tinggi. Mungkin marah apabila Taufik mendoakan keburukan pada bapanya.
Taufik
hanya tersenyum sinis sebelum berkata. “Abang memang terhutang budi kat ayah.
Jadi tujuan abang datang ni pun nak balas budi baik ayah. Ayah kan dari awal
tak suka kat abang kan? Jadi abang dah buat keputusan untuk ceraikan Risa
dengan talak 3! Mungkin ayah gembira bila dapat tahu yang abang sudah cerikan
anaknya.”
Terperanjat
Marisa apabila Taufik menceraikannya dengan talak 3 sekaligus. Sudahlah bapanya
sedang dirawat di dalam bilik rawatan kecemasan ditambah pula dengan ucapan
cerai yang ditujukan oleh Taufik kepadanya membuatkan dirinya bertambah derita.
Rasa seperti dunia ini sudah berhenti berputar.
“Apa…
apa yang abang cakap tadi. Beritahu kat Risa abang bergurau je kan? Abang
jangan buat Risa macam ni. Sekarang ni cuma abang saja kekuatan Risa. Kalau
abang tinggalkan kami kat mana lagi tempat kami bergantung hidup,” rayu Marisa.
Dia yang bangun dari duduk menggenggam tangan Taufik. Air matanya masih
mengalir.
“Abang
tak bergurau. Ini keputusan abang. Lepas ni jangan cuba cari abang lagi!”
Taufik menarik tangannya. Maka terlerai genggaman tangan Marisa. Sambil
berpaling sempat dia berkata kepada Marisa lagi. “Terima kasih sebab mencintai
abang. Tetapi abang minta maaf sebab tak dapat nak teruskan perhubungan kita
ni.”
“Abang
tolong jangan tinggalkan Risa… Risa perlukan abang… Abang…,” Marisa merayu
lagi. Suaranya tersekat-sekat kerana bercampur dengan tangisan. Tetapi Taufik
tidak mengendahkan rayuannya. Selajur melangkah pergi meninggalkan isteri dan
anaknyanya disitu.
Marisa
jatuh melutut. Kalimah cerai yang diucapkan oleh Taufik menyebabkan dia berasa
tertekan kerana dia masih sayang dan cintakan suaminya itu. Sayang dan cintanya
masih belum berubah walaupun apa yang telah berlaku tadi. Mungkin ini adalah
penangan cinta pertama Marisa. Hanya Marisa yang tahu betapa perit hatinya di
kala itu.
+++++
Taufik
masuk ke dalam kereta. Dia tidak keseorangan di dalam kereta itu. Kelihatanya seorang perempuan yang berpakaian
seksi menemaninya di dalam kereta itu. Fasha sedang memakai lipstick. Bibirnya
dikemam-kemam menampakkan kemerahan bibirnya itu. Selepas menyimpan semula
barang make-upnya di dalam beg tangan
dia memuncungkan bibirnya ke arah Taufik.
“Kenapa
termuncung-muncung ni. Dah macam tikus mondok I tengok,” ujar Taufik sambil
memakai tali pinggan keledar.
“Sampai
hati you cakap I macam tikus mondok. I buat semua ini untuk you tau,” suara Fasha
seakan merajuk.
“Yelah,
I minta maaf. Muka you cute sangat hari ini. Sampai I tergoda melihatnya,”
pujuk Taufik.
Tersenyum
lebar Fasha apabila Taufik memujinya. “Nasib baik you puji I cepat-cepat. Kalau
tak I merajuk setahun. Oh ya, macam mana keadaan bapa mertua kesayangan you
tu?”
Taufik
mencebik apabila mendengar soalan daripada Fasha. Mungkin dia tidak berapa suka
perkataan bapa mertua kesayangan itu.
“Tak
ada maknya I nak sayangkan bapa mertua I tu. I Cuma sayangkan hartanya saja.
Masa I datang tadi, orang tua tu masih kat dalam bilik rawatan kecemasan lagi.
Tetapi I yakin nyawa orang tua tu tak panjang. Sebab I lihat sendiri macam mana
orang tua tu menggelupur bila diserang penyakit jantung. Sengaja I biarkan dia
menderita sebelum I berlakon minta bantuan. Puas betul hati I,” ujar Taufik.
“Dan
satu lagi perkara yang telah I buat. I
rasa you pun teruja lepas mendengarnya,” ujar Taufik lagi. Kali ini senyumannya
semakin galak.
“Apa
dia you? Cepatlah beritahu.” Fasha kelihatan tidak sabar.
“I
dah ceraikan Marisa tadi. Menangis dia merayu supaya I kembali kepadanya.
Jangan harap I nak kembali pada perempuan yang dah tak bernilai tu. Lebih baik
I pilih you yang pandai mengambil hati I,” jelas Taufik. Fasha gembira
mendengar penjelasan Taufik tadi. Yang
lebih menggembirakan lagi apabila Taufik memujinya.
“I
love you sayang. Tapi I masih rasa tak berpuas hati dengan perempuan tu,” luah
Fasha. Wajahnya kelihatan penuh dengan dendam.
“Maksud
you? You nak kenakan dia lagi?” Soal Taufik.
Fasha
mengangguk.
“Apa
you nak buat?” Soal Taufik lagi.
“I
tengah fikir ni hadiah apa yang I nak beri kat perempuan yang dah jadi janda
tu. I masih tak puas hati jika tak lihat janda you tu menderita,” jawab Fasha
diselangi dengan gelak jahatnya.
“I
pun sama. Nak lihat perempuan tu menderita,” balas Taufik. Kereta yang dipandu
Taufik telah keluar dari kawasan hospital menuju ke lebuhraya. Nampaknya
penderitaan Marisa tidak akan berakhir disitu.
+++++
Hasrol
duduk termenung di ruang tamu menunggu kedatangan Dato’ Manaf untuk mengambil
kembali bekas isterinya. Dalam dirinya termenung itu dia mengimbas kembali
peristiwa semasa perkahwinannya dengan Julia baru mencecah 2 hari.
Pada
masa peristiwa itu Hasrol sedang membasuh pinggang mangkuk selepas makan
tengahari bersama dengan Julia. Tiba-tiba loceng pintu apartmen berbunyi.
Hasrol yang mendengar bunyi loceng itu hanya membiarkan sahaja kerana dia pasti
Julia pasti akan membuka pintu untuknya.
Julia
tatkala mendengar bunyi lonceng itu terus melepaskan keluhan. Baginya selepas
makan adalah waktu untuk dia berehat. Dengan keadaan yang malas dia bangun dari
kerusi sofa. Mulutnya kelihatan mengomel. Mungkin mencaci tetamu yang datang
menekan lonceng apartment mewah milik Hasrol. Ketika Julia berjalan menuju ke
pintu masuk, lonceng berbunyi lagi menjadikan Julia bertambah berang.
“Sabarlah!
Nak datang ni!” Teriak Julia. Hasrol yang mendengar teriakan Julia hanya
menggeleng kepalanya. Baru buka pintu sudah mula merungut belum disuruh masak
atau mengemas rumah. Mahu menjerit perempuan itu satu rumah. Jadi Hasrolah yang
terpaksa membuat kerja rumah atau jadi kuli batak Julia.
Julai
membuka pintu apartmen. Dia melihat seorang perempuan tua sedang berdiri dan di
sebelah perempuan tua itu ada sebuah beg pakaian.
“Ni
mesti nak jual keropok ni,” kata Julia dengan perlahan. Walaupun perlahan
tetapi dapat didengar oleh perempuan tua itu.
“Assalamualikum,”
perempuan tua itu memberi salam.
Julia
tidak membalas salam perempuan tua itu dan bersedia untuk mengherdiknya.
“Makcik saya ni tak suka makan keropok. Makcik pergilah jual kat tempat lain.
Mengganggu betul la makcik ni!”
Terkedu
perempuan tua itu apabila diherdik oleh Julia. “Makcik tak jual keropok. Makcik
datang nak jumpa Hasrol,” kata perempuan tua itu.
“Kalau
tak jual keropok nak minta sedekahlah ni? Mesti selalu datang sini sebab kenal
tuan rumah ni!” Julia masih meninggikan suaranya. Pada ketika itu juga Hasrol
baru selesai membasuh pinggang mangkuk berada di belakang Julia.
“Siapa
tu Julia?” Hasrol bertanya sambil berjalan lagi kehadapan untuk melihat tetamu
yang tak diundang itu. Alangkah terperanjatnya Hasrol apabila melihat wajah
perempuan tua yang berada di luar pagar apartmentnya itu memandang wajahnya
dengan pandangan kecewa.
“Mak!”
Perkataan itu yang terpacul dari mulut Hasrol dan menyebabkan Julia terkejut
dan malu. Tetapi wajahnya dibuat seperti orang yang tak bersalah. Dengan pantas
Hasrol mendapatkan kunci pagar dan membukanya bagi memberi laluan kepada ibunya
untuk masuk.
Puan
Aminah melangkah masuk dan segera Hasrol menghulur tangan untuk bersalaman
dengan ibunya itu. “Mak kenapa balik tak beritahu. Boleh Hasrol ambil mak kat
stesen bas tadi.”
“Macam
Hasrol tak kenal mak. Mak tak suka nak susahkan anak mak. Sejak bila Hasrol ada
pembantu rumah ni?”
Pertanyaan
Puan Aminah tadi menyebabkan muka Julia berubah merah kerana marah dengan
penghinaan perempuan tua itu. “Sory, I ni isteri Hasrol. Bukan pemabntu rumah
okey,” dengan selamba Julia menjawab. Hasrol pula tidak selesa dengan jawapan
yang Julia berikan. Nampak kurang ajar kepada orang tua.
“Julia,
ni mak saya tahu. Kenapa cakap macam tu. Awak kena minta maaf dengan mak saya
sekarang,” arah Hasrol. Marah juga dia pada Julia kerana bersikap kurang ajar
pada ibunya. Tetapi memandangkan Julia adalah bekas isteri kliennya, terpaksa
dia bersabar.
Julia
hanya mencebik sambil berpaling dan melangkah dia bersuara. “Tak kuasa saya nak
minta maaf. Saya tak bersalah pun okey!” Hasrol mengeluh. Dia sebenarnya malu
dengan Puan Aminah. Sampai nak pandang wajah ibunya itu pun dia tak sanggup.
“Hasrol
tolong angkat beg pakaian mak. Mak nak berehat kat dalam bilik,” pinta Puan
Aminah. Dengan perlahan perempuan tua itu berjalan masuk ke dalam rumah menuju
ke sebuah bilik. Hasrol segera menganggkat beg pakaian ibunya dan menuruti
langkah ibunya itu.
“Kenapa
Hasrol kahwin tak beritahu mak dan yang lain kat kampung? Dah menggatal
sangat?” Kali ini agak tegas soalan yang diberikan oleh Puan Aminah. Hasrol
tertelan liur. “Kenapa? Hasrol dah terlanjur dengan perempuan tu ke? Atau
Hasrol kena tangkap basah?”
Hasrol
masih membisu. Sukar untuknya bersuara. Yang pasti dia tidak akan berterus
terang yang dia berkahwin dengan Julia sebagai cina buta.
“Hasrol
mak tanya ni?” Sekali lagi Puan Aminah bertanya apabila soalannya tidak
bersahut.
“Hasrol
minta maaf sebab kahwin tak beritahu kat mak dan yang lain-lain. Tetapi demi
Allah mak, Hasrol kahwin bukan sebab Hasrol dah terlanjur dengan Julia atau kami
pernah kena tangkap basah. Hasrol kahwin dengan Julia tanpa pengetahuan mak
sebab Hasrol yakin mak pasti tak bersetuju untuk bermenantukan Julia,” jawab
Hasrol. Memang itu adalah jawapan tepat untuk soalan ibunya tadi.
“Memang
betul mak tak akan bersetuju kalau Hasrol nak kahwin dengan perempuan macam tu.
Lebih baik mak tak ada menantu daripada bermenantukan perempuan macam tu. Esok
mak nak balik kampung semula. Mak tak sanggup nak duduk sebumbung dengan
perempuan macam tu. Kalau Hasrol balik kampung pun jangan sekali-kali bawa
dia,” Puan Aminah memberi amaran. Tetapi Hasrol tidak kisah pun amaran itu
kerana tak lama lagi dia akan menceraikan Julia.
Selepas
menceraikan Julia nanti dia akan segera pulang ke kampung untuk memujuk ibunya
itu. Mungkin sekarang ni sukar untuk dia memujuk orang tuanya itu. Mungkin
selepas dia menceraikan Julia lebih mudah untuk dia memujuk. Dan hari ini
adalah hari di mana dia akan menceraikan Julia. Memang dia tidak sabar nak
menceraikan perempuan itu. Dia juga tidak sabar untuk pulang ke kampung untuk
memujuk ibunya.
Pintu
lonceng apartmen mewah milik Hasrol berbunyi. Hasrol tersentak dari lamunannya.
Dia segera bangun kerana tahu siapa yang datang ke aparmentnya. Memang tepat
sekali jangkaannya apabila pintu dibuka. Dato’ Manaf tesenyum memandangnya.
Hasrol membalas dengan senyuman tawar dan apabila terpandangkan beg briefcase yang dijinjing oleh Dato’
Manaf senyuman Hasrol bertambah lebar.
Siapa memerlukan perkhidmatan cina buta boleh WhatsApp saya ke 0 1 1 2 8 4 6 2798
BalasPadam