Kahwin Dengan Cina Buta Bab 7
BAB
7
“Siapa nama kau?” soal Dato’ Shukri kepada Taufik.
Terkedu
Taufik mendengar soalan itu. “Nama saya Taufik pakcik, eh…Dato’,” jawabnya
ringkas tetapi sedikit gementar.
“Berapa
lama kau kenal Marisa?” soal Dato’ Shukri lagi. Dia duduk sambil menyilang
kakinya.
“Dah 2 tahun,”
“Kau
kerja apa sekarang?”
“Kerani
kat kilang pemprosesan ayam kat Petaling Jaya,” jawab Taufik. Air liur yang
terkumpul ditekaknya ditelan. Nafasnya naik turun dengan pantas. Dia agak
gelabah apabila asyik disoal oleh Dato’ Shukri.
“Berapa
gaji sebulan kau dapat?” Dato’ Shukri terus menyoal. Ditenungnya Taufik sambil
mengerutkan sedikit keningnya.
“RM
800 tu tak campur elaun. Kalau campur dengan elaun semua adalah dalam RM1,000,”
Taufik tersengih. Dia merasakan jumlah gaji yang diterimanya itu agak lumayan
dan mampu untuk menyara Marisa apabila sudah berkahwin kelak.
“RM 1,000 je? Kau nak bagi makan apa
kat Marisa nanti kalau dia jadi kahwin dengan kau?” kali ini soalan daripada
Dato’ Shukri agak pedas sehinggakan air muka Taufik berubah. “Kau tahu kan
Marisa kat sini hidup mewah. Kalau setakat gaji ciput kau tu agaknya tiap-tiap
hari makan maggielah anak aku,” sindir Dato’ Shukri sambil senyuman sinis
dilemparkan pada Taufik.
Taufik
hanya tertunduk diam. Dia rasa dihina oleh orang tua kaya yang berlagak yang
duduk dihadapannya. Kalau diikutkan hati hendak sahaja dia bangun dan menumbuk
orang tua itu tetapi dia perlu bersabar kerana dengan bersabar sahaja, dia
pasti akan hidup senang kelak jika dia dapat mengahwini anak orang tua itu.
“Maafkan
saya Dato’. Saya cintakan Marisa. Begitu juga Marisa. Saya sanggup buat apa
sahaja untuk bahagiakan Marisa. Saya janji yang saya akan kerja lebih keras
untuk menyara Marisa apabila kami sudah berkahwin nanti,” jelas Taufik kepada
Dato’ Shukri. Mukanya sayu menagih simpati tetapi di dalam hatinya terpancar
dendam dan kebencian terhadap Dato’ Shukri.
“Kau
cakap mudah. Kalau ikutkan hati aku kau tak layak langsung jadi menantu aku.
Tapi disebabkan Marisa tergila-gilakan kau aku terpaksa terima. Jangan kau
ingat kau dapat kahwin dengan anak aku kau boleh bolot harta aku. Jangan harap!
Satu lagi lepas kau kahwin dengan Marisa kau jaga dia elok-elok. Kalau kau
kecewakan dia nahas kau!” gertak Dato’ Shukri. Tangan kanannya diaju-ajukan
pada Taufik.
“Saya
faham Dato’,” Taufik tertunduk akur tetapi hatinya panas membara. Tiada apa
yang dapat memadam kepanasan hatinya itu. Walaupun dicurah dengan seluruh air
laut yang berada di dunia ini sekalipun nescaya api kemarahan itu tidak akan
terpadam jua. ‘Tak pe. Hari ni hari kau.
Bila hari aku dah sampai nanti kau jagalah,’ bentak hatinya.
‘Poooooonn!!!’ bunyi hon kenderaan dibelakang
menyebabkan Taufik tersentak dari lamunannya. Apabila dilihat lampu isyarat
kelihatan sudah berubah warna hijau. Batang gear ditarik di posisi D dan
keretanya berlalu pergi. Sambil memegang stereng kereta dia menghubungi
seseorang. Deringan caller ringtone kedengaran hanya tunggu dijawab sahaja oleh
orang yang dihubunginya itu.
“Hai you,
kenapa call I ni?” Suara Fasha
kedengaran di speaker telefon bimbit milik Taufik.
“You
dah uruskan borang perkahwinan cina buta tu ke?” Soal Taufik. Walaupun ia satu
soalan tetapi ia juga jawapan kepada soalan Fasha tadi.
“Sudah…
You jangan bimbang. Ada kat I ni. Lepas you bagi borang janda you, I dah boleh
daftar dah perkahwinan mereka. Tarikh nikah mereka 21 April kan?”
“Hmm…borang dia pun dah siap ada kat I ni.
Petang ni you ambil kat office. Pagi ni I nak jumpa Dato’ Zakaria,” pesan
Taufik kepada Fasha. Tangan kirinya tidak lepas dari memegang stereng.
“Nak
jumpa Dato’ Zakaria? Mesti you nak bicang pasal siapa yang nak jadi CEO kat
bekas syarikat bapak mertua you tu.”
Fasha menduga.
“Mestilah...
Dato’ Zakaria dah janji nak serahkan syarikat tu jika I berjaya jatuhkan bapak
mertua I yang tak guna tu,” kata Taufik. Senyuman sinis kelihatan diwajahnya
tanda berpuas hati.
“Gembiranya
I, orang yang I sayang akan jadi CEO Syarikat Sentra Sdn Bhd nanti. Oklah, kita
jumpa petang nanti ye sayang. Bye..”
“Bye.”
Taufik mematikan panggilan telefonnya. Dia tersenyum sambil berkata sendiri.
“Kau dah mati tapi anak kau yang jadi mangsa. Biar anak kau menderita. Marisa,
Marisa. Kenapa kau tak ikut cakap bapak kau supaya jangan kahwin dengan aku
dulu. Sekarang apa dah jadi. Hehehe..”
+++++
Pagi ni Hasrol keluar untuk bersarapan. Dia yang
memakai seluar jeans dan baju t-shirt tanpa kolar menampakkan kesasaan tubuh
badannya. Dia memilih untuk bersarapan di restoran mamak di Bandar Klang yang
menjadi port lepak bersama
rakan-rakanya terutama Zaki. Dia duduk di bahagian luar restoran itu sambil
ditemani oleh segelas teh tarik gelas kecil.
Baru
semalam dia menyerahkan borang nikahnya kepada Fasha. Minggu depan dia akan
berkahwin lagi untuk kali yang keberapa dia tidak pasti. Sudah bermacam jenis
perempuan yang pernah dinikahinya, tetapi semua kaki gedik. Memang dia akan
menjangkakan bahawa perempuan yang akan berkahwin dengannya semuanya sama.
Selain memikirkan tentang perkahwinannya minggu hadapan dia juga ada memikirkan
berkenaan surat daripada Bahagian Penguatkuasaan JAIS yang diterimanya
baru-baru ini, yang menjadikan dia tidak senang duduk. “Termenung sorang nampak?” Zaki menyapa lalu terus duduk berhadapan
dengan Hasrol walaupun tidak dipelawa.
“Oii Ki, bila sampai? Jom temankan
aku minum,” pelawa Hasrol lalu dilambaikan tangannya kepada seorang lelaki yang
bergelar mamak untuk mengambil pesanan. Zaki hanya memesan milo panas sahaja.
Apabila Hasrol mempelawa makan dia tidak mahu, alasannya dia baru lepas
bersarapan bersama aweknya.
“Aku tengok
muka kau ni toye semacam je. Ada
masalah ke?” soal Zaki kepada Hasrol. Keningya dikerutkan tanda serius.
“Memang
aku ada masalah pun. Kau nak tahu baru-baru ni aku dapat surat dari JAIS.
Mereka nak aku datang beri keterangan sebab mereka dapat aduan mengenai aku.
Aduan apa aku tak pastilah sebab tak tertulis kat dalam surat tu. Itulah yang
memeningkan aku ni,” jelas Hasrol. Jelas wajahnya kelihatan runsing. “Siapalah
yang dengki buat aduan pasal aku ni?” katanya lagi.
“Kau ada musuh tak?” soal Zaki.
“Tak adalah. Kau pun tahu kan aku
mana ada musuh.”
“Cuba
kau ingat betul-betul. Bukan kau je yang jalankan perkhidmatan cina buta ni,
ramai orang lagi yang jadi cina buta. Mungkin ada cina buta lain yang tidak
puas hati dengan kau,” cetus Zaki.
“Yelah…,”
Hasrol mula mengimbas kembali pada masa
dua bulan yang lalu ketika dia sedang duduk makan malam berseorangan di sebuah
restoran Tom Yam. Ketika sedang asyik menjamu selera dia didatangi oleh seorang
lelaki yang tidak dikenalinya. Wajah lelaki itu bulat sedikit. Mukanya
ditumbuhi dengan jerawat batu yang masih mentah. Cuma ada dua tiga biji yang
sudah masak tunggu masa untuk dipicit. Sekali imbas mukanya tak ubah macam
seekor memerang. Ia diakui oleh Hasrol.
“Kau
ni Hasrol kan?” soal lelaki itu.
“Ya, aku Hasrol. Kau siapa?”
“Aku
Razak. Aku dapat tau Dato’ Manaf ada minta kau jadi cina buta untuk bekas bini
dia,” kata lelaki yang dikenali Razak.
“Betul.
Macam mana kau boleh tahu?” soal Hasrol kepada Razak.
“Aku yang dapat tawaran tu dulu.
Entah macam mana dia reject aku pastu
pilih kau pulak.”
“Nasiblah dah rezeki aku. Jadi kau
nak aku buat apa?”
“Aku nak kau tolak
tawaran dato’ tu. Biar dato’ tu cari aku semula,” beritahu Razak.
Hasrol memandang tepat muka
Razak yang masih berdiri dihadapannya. Razak pula membalas pandangan itu
seperti tidak puas hati. “Apsal pulak aku nak ikut cakap kau. Suka hati akulah
nak terima ke tidak tawaran dato’ tu. Nasib kaulah dia tak pilih kau. Dia tak
pilih kau pun mesti ada sebabnya. Kau pun tahu kan sebabnya. Kalau kau
buat-buat tak tau kau pergi tengok wajah kau kat cermin,” senyuman sinis
terpancul dari mulut Hasrol selepas dia membidas kata-kata Razak tadi.
Muka
razak jadi merah padam mendengar kata-kata Hasrol. “Kau!, kau!” jari
telunjuknya diajukan kepada Hasrol.
Hasrol
bingkas bangun dari tempat duduknya. “Apsal kau tak puas hati? Meh sini tumbuk
aku!” cabar Hasrol. Kalau dilihat dengan lebih teliti, tubuh Hasrol lebih besar
daripada Razak. Pelanggan-pelanggan lain yang turut berada di restoran itu
semuanya memandang Hasrol dan Razak. Cuak juga Razak apabila melihat tubuh
badan Hasrol ketika dia berdiri. Tak ubah macam The Rock juara Wrestling yang
selalu ditayang di TV3.
“Ok
tak apa, aku memang tak puas hati dengan kau. Jangan kau ingat badan kau besar
aku takut. Aku akan pastikan kau akan jatuh juga suatu hari nanti,” Razak
memberi amaran sebelum beredar dari restoran itu.
Tamat
imbas kembali.
“Aku
dah tahu siapa yang buat aduan kat JAIS pasal aku,” tiba-tiba Hasrol bersuara
selepas agak lama dia diam memikirkan sesuatu.
“Siapa?” soal Zaki ingin tahu.
“Razak
memerang.”
“Razak
memerang? Apsal nama dia macam tu?”
“Sebab
muka dia macam memerang. Dia tak puas hati sebab aku rembat client dia. Nasib dialah, agaknya bekas
isteri client dia tengok muka dia
macam memerang terus tak jadi nak ambil dia. Ngeri beb!” jelas Hasrol sambil
kedua-dua tapak tanganya diletakkan di atas dadanya.
Terkekeh-kekeh Zaki ketawa. Dia tidak dapat bayangkan
bagaimana rupanya manusia berwajah memerang. “Agaknya si Razak tu memerang
jadian kot,” Zaki menambah. Hasrol pula yang terkekeh-kekeh mendengar telatah
Zaki. Sampai mamak yang datang membawa air milo panas Zaki pun tersengih-sengih
macam tahu sahaja apa yang mereka gelakkan.
“Bos,
milo panas?” Mamak itu menghulurkan secawan air milo panas di atas meja.
“Ok,” jawab Zaki ringkas lalu dia mengambil
gelas yang berisi air milo itu dan mencecap sedikit. “Bagaimana pula dengan job
yang kau dapat masa malam yang kita lepak malam hari tu?” soal Zaki kepada
Hasrol.
“Jadi,
dengan bayaran RM400,000. Banyak tak?” Kata Hasrol dengan bangga. “Wow! Banyak tu.
Untunglah kau Hasrol. Bila tarikh nikahnya?”
“21 April
ni. Jemput datang kat Surau Seksyen 9, Shah Alam.”
“Minggu depanlah kau nikah ni. Masuk ni dah kali ke 3 aku
datang majlis pernikahan kau. Boleh pecah rekod tahu tak. Lelaki yang paling
kerap bernikah dan pantas bercerai di Malaysia. Tak pun di dunia,” seloroh
Zaki.Hasrol
tergelak kecil mendengarnya.
Pada pagi itu Hasrol menghabiskan masanya melepak
dengan Zaki. Itulah rutin hariannya jika tidak ada apa yang dilakukan pada hari
itu.
+++++
“Dato’ Zakaria, Encik Taufik datang hendak berjumpa
dengan Dato’,” maklum pembantu peribadi Dato’ Zakaria. Dato’ Zakaria yang
sedang melihat iPadnya hanya mengangguk tanda memberi kebenaran. Tidak
lama selepas itu Taufik masuk kedalam bilik Dato’ Zakaria lalu duduk di atas
kerusi yang disediakan khas untuk tetamu.
“Apa
khabar Dato’?” Hasrol bertanya khabar.
“Baik. Kau datang sini
jumpa aku mesti nak ambil hak kau ke atas Syarikat Sentra Sdn Bhd, bekas
syarikat bapak mertua kau yang dah mati tu,” kata Dato’ Zakaria yang menduga
tentang kedatangan Taufik.
“Dato’
ni buat-buat tanya pula. Kan Dato’ dah janji nak bagi saya syarikat tu kalau
saya berjaya jatuhkan syarikat tu untuk Dato’,”
“Secara
teknikalnya memang kau dah buat apa yang aku suruh akan tetapi kau kena tahu
bahawa orang tua tu bukannya bodoh,” kata Dato’ Zakaria sambil tangannya
mengalihkan Ipadnya ke tepi.
“Apa
maksud Dato’?” Soal Taufik kehairanan.
“Sebelum
kita berjaya ambil alih syarikat orang tua tu, awal-awal lagi dia telah
serahkan 80% sahamnya pada seseorang yang tidak diketahui. Jadi kita hanya
memegang 20% sahaja saham syarikat termasuk saham kau tu. Oleh itu impian kau
untuk menjadi CEO syarikat tidak
kesampaian memandangkan ada orang lain yang memegang saham yang lebih banyak
lagi,” jelas Dato’ Zakaria.
“Masalahnya
siapa Dato’?”
“Itulah
yang aku tak tahu. Orang aku sedang siasat perkara ni. Aku akan serahkan saham
sebanyak 20% tu kepada kau dahulu. Buat masa ni kau dilantik sebagai CEO kerana
pemegang saham yang terbesar tu tidak muncul lagi. Tetapi walaupun kau dilantik
sebagai CEO, kuasa kau terhad. Kau tak sepenuhnya dapat menguasai pengurusan
syarikat itu.”
“Jadi
siapa yang berkuasa selain saya Dato’?” Soal Taufik lagi. Dia seperti tidak
berpuas hati dengan penerangan Dato’ Zakaria tadi.
“Peguam
bekas bapak mertua kau tulah. Kau tak boleh nak putuskan sesuatu perkara mengenai
syarikat tanpa persetujuan peguam itu. Dia akan menguruskan syarikat tu
sehingga pemegang saham terbesar itu muncul.”
“Peguam tu tahu siapa pemegang saham
yang terbesar tu?” soalan demi soalan ditujukan oleh Taufik kepada Dato’
Zakaria.
“Dia pun
tak tahu. Dia tu susah nak beri maklumat. Tapi tak pelah kau tunggulah sehingga
orang-orang aku dapat tahu siapa pemegang saham terbesar tu pastu baru kita
fikirkan tindakan seterusnya,” cadang Dato’ Zakaria.
Taufik
diam seketika tangannya digenggam-genggam tanda marah. “Dah mampus pun nak
susahkan orang,” dengusnya. Dia berasa amat kecewa kerana impiannya untuk
mendapatkan jawatan CEO di syarikat bapak mertuanya itu tidak kesampian.
Tiba-tiba dia teringatkan Marisa. ‘Tak
kan Marisa kot pemegang saham terbesar tu. Kalau betul dia pun mesti dia dah
beritahu kat aku. Tak pe aku akan tanya dia nanti’ gumamnya sendiri.
Ulasan
Catat Ulasan