Kahwin Dengan Cina Buta Bab 25
BAB
25
Marisa ketika ini sedang duduk di ruang tamu. Dia
sedang menonton televisyen sendirian. Ashraf kalau waktu petang-petang begini
akan dihabiskan dengan tidur jika tiada kerja sekolah yang perlu dibuat. Marisa
melihat jam dinding yang tergantung di dinding. Jarum pendek menunjukkan pada
nombor 4. Manakala jarum panjang ke arah nombor 9. Jadi jam sudah menunjukkan
pukul 4.45 petang. Tetapi Hasrol masih belum pulang lagi semenjak dari dia
mengambil Ashraf di sekolah.
Marisa
masih menanti kepulangan Hasrol. Dia masih mencintai lelaki itu. Tidak salah
dia berperasaan begitu kerana Hasrol masih lagi suaminya. Marisa tersentak
apabila dia terdengar seperti pintu rumah hendak dibuka. Terlintas di
fikirannya bahwa Hasrol telah pulang. Mulutnya mengulum senyuman. Tetapi secara
tiba-tiba senyumannya itu mengendur apabila teringatkan peristiwa pagi tadi.
Dia mula terfikir adakah Hasrol akan meneruskan hubunganya sebagai suami
Marisa? Semuanya akan terjawab sebentar lagi.
Degupan
jantung Marisa semakin laju tatkala pintu apartment sedang dibuka. Sebaik
sahaja pintu dibuka, Hasrol sedang terpacak berdiri di depan pintu itu.
Pandangan mata mereka berdua mula bertentangan. Marisa merenung wajah Hasrol.
‘
Tengok muka dah tak ganas macam pagi tadi.
Tapi tak boleh nak jangka juga,’ Marisa berkata di dalam hati. Dia masih
belum berani untuk menegur Hasrol.
Hasrol masuk ke dalam rumah. Dia
tidak bersuara. Terus berjalan melintasi Marisa yang masih berdiri di ruang
tamu. Hasrol tidak mengendahkan langsung kelibat Marisa di situ.
“Assalamualakum,” Marisa sengaja memberi
salam.
“Waalikumsalam,”
jawab Hasrol dengan nada serius.
‘Nampaknya marah dia ni masih belum reda lagi.’ Kecut perut Marisa
apabila Hasrol menjawab salamnya dengan wajah yang agak serius. Hasrol terus
berjalan masuk ke dalam bilik tidur utama dan menutup bilik itu lalu
dikuncinya. Dia bersandar pada pintu bilik sambil tersengih-sengih.
“Hehehehe…
Cuak dia apabila tengok muka aku yang serius ni,” kata Hasrol dengan sendiri.
Pandangnya tiba-tiba teralih kepada beg baju Marisa yang masih elok diletakkan
di tepi katil.
“Kenapa
dia tak kemas-kemas lagi baju dia di dalam beg itu? Mesti dia nak tahu
keputusan aku dulu sama ada nak ceraikan dia atau tak.” Tiba-tiba Hasrol
terfikir sesuatu yang akan dibuatnya terhadap beg pakaian Marisa itu.
+++++
Marisa mengeluh. Dia merasakan Hasrol sudah tidak
mahu untuk meneruskan hubungan mereka sebagai suami isteri lagi. Serta merta
dia menangis mengenangkan nasib malang yang menimpa dirinya. Tetapi dia mesti
juga mendengar keputusan penceraian itu dari mulut Hasrol sendiri. Dengan lemah
longlai dia berjalan ke arah bilik tidur utama untuk berjumpa dengan Hasrol.
Sebaik
sahaja Marisa tiba di hadapan bilik itu, dia cuba membuka pintu bilik itu tapi
ianya telah dikuci dari dalam. Nak tak nak dia terpaksa mengetuk pintu bilik
itu pula.
"Tok! Tok!
Tok!” pintu bilik diketuk oleh Marisa.
"Awak
tolong buka pintu bilik. Saya hendak masuk,” pinta Marisa.
Keadaaan sunyi seketika
selepas itu. Tiada jawapan dariapda Hasrol. “Tak akan sudah tidur?” Marisa
menduga sendiri.
“Tok!
Tok! Tok!” Sekali lagi pintu bilik diketuk. Kali ini kuat sedikit dari ketukkan
sebelumnya tadi.
“Awak
tolong buka pintu,” pinta Marisa sekali lagi.
“Nak
buat apa?” Hasrol menjawab.
“Nak masuklah,” Marisa membalas.
“Nak
buat apa masuk?” Hasrol sengaja menyoal. Boleh juga dikatakan sengaja menyakat. “Nak ambil beg.”
“Buat
apa nak ambil beg?” Soal Hasrol lagi.
“Nak
keluar dari rumah ini,” Marisa menjawab walaupun suaranya tersekat-sekat kerana
menangis.
“Kenapa
pulak nak keluar dari rumah ni?”
“Buat
tanya pula. Dia dah tak suka kat orang buat apa nak tinggal kat rumah ni lagi,”
Marisa buat-buat suara merajuk.
“Kalau nak
keluar dari rumah ni lepas tu nak pergi mana?” Tanpa jemu Hasrol mengemukakan
soalan.
“Pergilah
kat mana-mana. Kat surau ke. Kat Masjid ke. Tak pun pergi kat Jabatan Kebajikan
Masyarakat,” jawab Marisa. Dia pelik kenapa Hasrol asyik bertanya kepadanya.
Hasrol yang berada di sebalik pintu
menahan gelak apabila mendengar jawapan daripada Marisa. Marisa yang berada di
luar bilik itu menunggu jika ada soalan daripada Hasrol lagi.
“Ketak!” Bunyi seperti kunci pintu
bilik sudah dibuka dari dalam. Hasrol sudah membuka kunci pintu bilik itu.
Marisa segera memulas tombol pintu dan membuka pintu bilik itu. Sejurus selepas
pintu bilik dibuka, Marisa masuk ke dalamnya. Dia melihat Hasrol sedang berdiri
di penjuru bilik tidur sambil berpeluk tubuh. Wajah Hasrol masih lagi kelihatan
serius seperti sebelumnya.
Marisa
mengetap bibirnya. Dia berjalan ke arah beg pakaianya yang diletakkan di tepi
katil. Sampai sahaja Marisa di tepi katil, dirangkul tangkai beg pakaian itu.
Tetapi Marisa berasa amat hairan .
“Eh,
kenapa ringan?” Soal Marisa sendiri. Mungkin juga soalan itu ditujukan pada
Hasrol. Terus Marisa menoleh kepada Hasrol seraya bertanya. “Awak, mana
pakaian-pakaian saya dalam beg ni?”
“Mana
saya tahu. Awak ingat saya nak curi pakaian awak tu. Lagipun buat apa saya nak
curi. Tak akan saya nak pakai pakaian perempuan. Awak ingat saya pondan,” jawab
Hasrol acuh tak acuh.
Marisa
tidak berpusa hati dengan jawapan yang diberikan oleh Hasrol. Dia menoleh ke
kiri dan kanan. Matanya melilau cuba mencari pakaian yang mungkin disorok oleh
Hasrol. Dia tidak tahu apa motif Hasrol berbuat begitu. Mungkin Hasrol hendak
membalas dendam terhadapnya kerana dia telah menolak cinta Hasrol dulu. Fikir
Marisa.
Tidak
semena-mena mata Marisa terpaku pada almari baju yang terletak bersebelahan
dengan meja solek. Dia melihat sehelai baju yang sedikit terkeluar daripada
pintu almari pakaian. Mungkin baju itu tidak diletakkan dengan elok di dalam
almari pakaian sehinggakan ianya terjuntai keluar. Yang lebih penting lagi baju
itu adalah kepunyaannya.
Tanpa
membuang masa Marisa berjalan pula ke arah almari pakaian itu. Diselaknya pintu
almari pakaian itu dan apa yang dilihatnya pakain-pakaiannya semuanya telah
tersusun di dalam almari pakaian itu.
Marisa
menoleh semula kepada Hasrol. “Apa maksud semua ini awak?” Kali ini Marisa pula
yang akan menyoal Hasrol.
Hasrol
memejamkan matanya dan apabila matanya dibuka terus dia menjawab. “Itu
maksudnya saya tidak benarkan awak tinggalkan rumah ini.”
“Kenapa
perlu saya tinggal di sini lagi sedangkan perjanjian kita untuk menjadi suami
isteri sudah berakhir?”
“Memang
perjanjian kita telah berakhir hari ini akan tetapi selagi saya tidak ceraikan
awak selagi itu awak masih menjadi isteri saya.” Hasrol terdiam seketika
sebelum berjalan ke arah Marisa dan menyambung semula katanya. “Awak… Sudikah
awak terus menjadi isteri saya sehingga akhir hayat saya?” Lamar Hasrol secara
tiba-tiba.
Air mata Marisa mengalir
tatkala mendengar lamaran dari Hasrol. Segera dia menyeka air matanya sambil
terangguk-angguk tanda menerima lamaran Hasrol. Hasrol terus mendepakan
tangannya isyarat agar Marisa memeluknya. Tanpa berfikir panjang Marisa memeluk
erat lelaki itu.
Ini
kali kedua Hasrol meminta Marisa untuk terus menjadi isterinya. Marisa berasa
amat sebak. Dia bersyukur kerana telah diberi peluang kedua untuk menjadi
isteri kepada Hasrol. Lelaki itu tidaklah begitu kejam. Baginya Hasrol adalah
lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Boleh juga dikategorikan lelaki idaman
Malaya.
Selepas
mereka berpelukkan mereka merenung wajah antara satu sama lain. Hasrol seperti
biasa tidak akan membenarkan air mata Marisa mengalir pada pipi isterinya itu.
Diseka air mata Marisa daripada terus membasahi wajah isterinya.
“Saya cintakan awak
Marisa. Awak janji jangan tinggalkan saya lagi,” ujar Hasrol dengan ikhlas.
“Saya
pun cintakan awak. Saya minta maaf jika sebelum ini saya ada sakitkan hati
awak. Maklumlah, saya pernah tolak cinta awak sebelum ni. Saya janji yang saya
akan berada di sisi awak sehingga akhir hayat saya,” begitu kata Marisa. Dia
mulai mengukir senyuman manis.
“Jadi
kita tak perlu berlakon lagi sebagai suami isteri masa balik kampung saya
nanti. Sebab kita masih lagi suami isteri yang sah,” Hasrol berkata sambil
tangannya masih merangkul tubuh Marisa.
“Jadi
ke kita balik hari jumaat ni. Atau kita balik lebih awal lagi?” Soal Marisa mengingatkan
sambil memberi cadangan.
“Saya ingat
nak balik kampung hari kahmislah. Nanti bolehlah kita tolong apa-apa yang
patut. Nampaknya Ashraf tak datang ke sekolah 2 harilah,” jawab Hasrol.
“Betul juga
apa yang awak cakap tadi. Lebih awal kita balik, lebih lama lagi kita tinggal
kat kampung awak. Tak mengapa kot Ashraf tak hadir ke sekolah 2 hari. Nanti
awak tolong beritahu kat cikgu dia kenapa Ashraf tak datang ke sekolah.”
“Nak cakap apa? Nak cakap yang
kita nak buat kenduri kahwin kat kampung ke?” Hasrol berterus terang.
“Ish…
Ada ke cakap macam tu. Malulah. Apa yang cikgu Ashraf fikir nanti kalau awak
beritahu macam tu. Cakaplah kita kena balik kampung sebab ada urusan keluarga,”
balas Marisa sambil tergelak mendengar jawapan lurus bendul Hasrol.
“Ye
tak ye jugak. Mesti cikgu Ashraf pelik kalau dia dapat tahu kita baru nak buat
kenduri kahwin,” Hasrol setuju. Dia turut gelak bersama. Rangkulan tangan di
antara mereka berdua masih belum terlerai lagi. Nampak kemesraan mereka seperti
pasangan romantik yang baru bercinta. Sehingga mereka tidak perasan ada mata
yang memandang perbuatan mereka itu.
“Ehem…”
Bunyi berdehem kedengaran dari luar bilik tidur utama. Serta merta Hasrol dan
Marisa menoleh keluar. Kelihatan Ashraf sedang berdiri di muka pintu sambil
tersengih-sengih. Hasrol mengerutkan keningnya. Dia tidak sedar kehadiran
Ashraf di situ. Sejak bila budak itu yang tiba-tiba muncul di situ dia tidak
pasti.
“Papa
dengan mama nampak romatiklah,” ujar Ashraf.
Serta
merta Hasrol dan Marisa melepaskan rangkulan tangan mereka masing-masing
selepas mendengar kata Ashraf tadi.
“Ooo… Ashraf
curi-curi menghendap papa dengan mama ye?” Hasrol menyakat dengan mengajukan
soalan.
“Mana
ada Ashraf menghendap. Papa dengan mama yang tak tutup pintu bilik. Ashraf
keluar dari bilik Ashraf tengok tak ada sesiapa kat ruang tamu. Jadi Ashraf pun
datanglah kat bilik mama dan papa. Sampai-sampai ternampak mama dan papa
berpelukkan macam filem Hindustan,” ujar Ashraf menyebabkan Hasrol dan Marisa
tergelak dengan serentak.
“Ashraf
pula kenapa datang cari mama dengan papa?’ Marisa pula menyoal. Gelak ketawa
masih bersisa lagi.
“Apa
lagi nak ajak mama dengan papa keluar jalan-jalan petang ni. Bosanlah duduk kat
rumah. Boleh tak papa?” Jawab Ashraf sambil mengajukan permintaan pada Hasrol.
“Mestilah boleh. Hari ini papa senang
hati. Beritahu kat papa Ashraf nak jalan kat mana petang ni?”
“Ashraf
nak pergi pantai papa.”
“Nak
pergi pantai? Hmmm… Kalau macam tu kita pergi pantai moriblah,” cadang Hasrol.
“Jom siap. Lepas solat Asar je kita pergi,” sambungnya lagi.
+++++
Marisa sedang bersiap untuk keluar bersama dengan
Hasrol dan Ashraf pada petang itu. Marisa memakai seluar jeans dan baju kemeja
labuh hingga ke paras lutut. Ketika itu dia sedang membetulkan tudungnya sambil
tersenyum. Petang ini dia rasa begitu ceria dan gembira. Berbeza dengan
perasaannya pada pagi sebelumnya berselirat dengan bermacam masalah dan dugaan.
Usai selesai
bermekap dengan ala kadar, Marisa bangun dari kerusi untuk beredar meninggalkan
bilik itu. Tidak semena-mena telefon bimbitnya berbunyi. Bingkas dia berjalan
untuk mengambil telefon bimbitnya yang diletakkan di atas katil.
“Zura?”
Marisa berkata sendiri sebelum menjawab panggilan itu.
“Hello… Assalamulaikum Zura,” terus
ucapan salam sejahtera diberikan oleh Marisa.
“Walaikumsalam…
Risa kau kat mana?”
“Aku
ada je kat rumah. Tetapi kejap lagi aku nak keluar dengan Hasrol dan Ashraf,”
Marisa menjawab.
“Kau tak jadi bercrai dengan Hasrol
ke?” Zura buat-buat terkejut. Padahal dia sudah mengetahui perkara itu daripada
Taufik. Persoalan itu hanya lakonan semata-mata.
“Aku tahu pasti
kau akan tanya mengenai perceraian aku dengan Hasrol jadi ke tak. Panjang
ceritanya. Tetapi secara kesimpulannya abang Taufik yang tidak mahu untuk rujuk
aku semula. Sebabnya aku tak tahu. Tetapi aku bersyukur kerana Hasrol masih
boleh menerima aku dengan Ashraf semula,” terang Marisa. Matanya melilau
mencari beg tangannya.
“Ye
ke? Kesiannya kau. Tetapi aku call
kau ni pun bukan sebab nak tanya pasal tu saja. Ada sesuatu yang aku nak
beritahu kau ni.”
“Marisa
mengerutkan keningnya. “Cerita apa yang kau nak beritahu kat aku ni?” Lantas
dia bertanya.
“Kau
tak baca surat khabar hari ini ke?” Sebelum Zura bercerita dia menyoal dahulu.
“Tak. Hasrol jarang beli surat
khabar. Jadi aku pun tak bacalah dan tak tahu berita-berita terkini di negara
kita. Dah macam katak bawah tempurung aku ni. Tak dapat informasi terkini. Apa
cerita yang kau nak beritahu kat aku sebenarnya?”
“Aku
cerita ni kau jangan terkejut pula.” Kata-kata Zura tadi membuatkan Marisa
sedikit tersentak. Hatinya berkobar-kobar ingin tahu cerita apa yang ingin
disampaikan oleh Zura. “Cepatlah…
Apa yang kau nak cerita ni?” Pinta Marisa tidak sabar.
“Ini berkenaan dengan abang kau
Zainal.” Mata Marisa terbeliak. Jantungnya berdegup kencang. Dia mendiamkan
diri menunggu kata-kata seterusnya dari Zura.
“Dalam
berita di surat khabar hari ini ada tertulis abang kau Zainal telah meninggal
dunia di Sydney Asutralia kerana menghidap kanser barah otak,” Akhirnya Zura
menceritakan juga perkara yang sebenar.
“Ya
Allah! Abang Jenal! Innalillahiwainnailaihirojiun… Betul ke apa yang kau
beritahu ni Zura? Bagaimana pula Abang Jenal boleh ada kat sana?” Marisa
terkejut. Dia tidak menyangka abangnya yang telah menghilangkan diri boleh
berada di luar negara. Dan membuatkan dia bertambah sedih apabila mendengar
berita abangnya itu telah meninggal dunia.
“Bersabarlah
Marisa. Aku tahu kau mesti terkejut dan sedih. Yang aku tahu melalui surat
khabar, abang kau berada di sana untuk mendapatkan rawatan. Tetapi abang kau
tak dapat diselamatkan sebab dia menghidap kanser barah otak tahap terakhir.
Kau kena redha dan terima segala dugaan ini Risa. Sesungguhnya setiap yang
hidup pasti akan merasai mati,” ujar Zura. Dia mendengar dengan jelas suara
tangisan Marisa di corong telefon bimbitnya.
“Terima kasih Zura sebab maklumkan
kat aku perkara ini. Kalau kau tak beritahu, entah-entah sampai sudah aku tak
tahu yang abang aku dah meninggal dunia. Aku dapat rasakan, abang Jenal pergi
ke sana mesti dirancang oleh ayahku sendiri. Tetapi apa yang menghairankan
kenapa ayah aku merahsiakan daripada aku sendiri,” ujar Marisa.
“Itu aku tak tahulah Risa. Eh, Risa.
Kau cakap tadi nak keluar dengan Hasrol dan Ashraf. Dia orang tengah tunggu kau
kot. Aku cuma nak beritahu kau pasal abang kau saja. Tapi Risa, aku nak tanya
kau satu soalan boleh?” Zura menyoal. Tetapi dengan nada serba salah.
“Lepas kau beritahu aku
tentang kematian abang Jenal, aku dah tak ada mood nak keluar. Tadi kau kata
kau nak tanya aku soalan. Apa soalanya?’ Balas Marisa. Suaranya masih
teresak-esak lagi.
“Hmm…
Taufik kan dah… Sudah tidak mahu rujuk kau semula. Kalau… Kalau tiba-tiba dia
kahwin dengan perempuan lain kau marah tak?” Zura berani bertanya.
“Kalau
dia nak kahwin pun kahwinlah. Aku pun bukan isteri dia lagi. Itu hak dia kalau
dia nak kahwin dengan perempuan lain. Aku pun tak ada hak nak marah dia.
Sekarang ni aku sudah ada Hasrol dan aku rasa bahagia hidup dengannya,” Marisa
menjawab dengan lancar. Dia berjaya mengawal suaranya walaupun dia sebak untuk
menjawab soalan itu. Tetapi hakikatnyan masih ada lagi perasaan cintanya
terhadap lelaki itu walaupun ianya sebesar kuman sekalipun. Zura tersenyum mendengar jawapan daripada
Marisa. Dia berasa lega kini kerana dia merasakan Taufik akan melamarnya
selepas kekasihnya itu berjaya menguasai Syarikat Sentra Sdn Bhd. Fikiran Zura
mula melayang terbayangkan keindahan perkahwinannya dengan Taufik nanti.
“Kenapa
kau tanya Zura? Kau ada dengar cerita ke yang abang Taufik nak kahwin?” Soal
Marisa tanpa ada rasa syak bahawa perempuan yang dimaksudkan oleh Marisa tadi
adalah Zura sendiri.
Zura tersentak dari
lamunannya apabila mendengar pertanyaan Marisa tadi. “Eh… Errr… Tak-tak ada
apa-apa. Saja je aku tanya. Risa kau kan dah berjanji dengan mereka nak keluar.
Kalau tak nak keluar pun pergilah beritahu mereka. Okeylah Marisa. Aku pun nak
keluar juga ni. Ada masa nanti kita jumpa lagi.”
“Terima
kasih sekali lagi aku ucapkan kat kau Zura. Yelah, kalau ada masa nanti kita
jumpalah. Aku pun rindu nak jumpa dengan kau ni,” balas Marisa.
“Okey Marisa. Bye…” Lalu panggilan
dimatikan oleh Zura. Marisa kelihatan sayu. Tangannya masih memegang telefon
bimbit. Dia duduk lemah di atas katil. Ketika itu air matanya meleleh lagi.
Bedak yang dipakainya tadi mula cair akibat dari hakisan air matanya. Dia
tertunduk menekup mukanya dengan tangan seraya meneruskan tangisannya yang
terbantut tadi.
+++++
Hasrol dan Ashraf sedang duduk diruang tamu menonton
televisyen cerita kegemaran Ashraf iaitu Ben-10. Hasrol sedar ada yang tak kena
pada Marisa apabila mendapati Marisa masih belum keluar dari bilik tidur utama.
Hasrol menoleh kepada Ashraf yang sedang leka menonton.
“Papa
nak tengok mama jap. Lambat benar mama ni. Make up ke apa ntah yang dibuatnya
dalam bilik tu.” Hasrol bingkas bangun dan berjalan menuju ke bilik tidur
utama. Sampai sahaja di hadapan pintu bilik itu, Hasrol menguak pintu tersebut.
Hasrol mendapati Marisa dalam keadaan menangis sambil menutup mukanya dengan
kedua-dua belah tangannya. Hasrol cuak melihat keadaan Marisa dan dengan serta
merta dia pergi mendapatkannya.
“Kenapa
awak? Kenapa awak? Apa yang berlaku? Awak sakit ke?” Bertalu-talu soalan yang
dikemukakan oleh Hasrol tanda dia terlalu prihatin terhadap Marisa. Tiba-tiba
terdetik fikiran Hasrol yang mungkin tangisan Marisa ada kaitan dengan Taufik.
Dia mula risau.
Marisa
hanya menggelengkan kepalanya dan selepas itu dia menurunkan tanganya dari
terus menekup mukanya. Kemudian dia terus memeluk Hasrol yang telah duduk di
sebelahnya. Hasrol hanya mendiamkan diri menunggu respond daripada Marisa.
Tangannya merangkul bahu Marisa tanda memberi sokongan.
“Awak… Abang kandung
saya… Abang kandung saya dah meninggal dunia,” dengan mulut yang terketar-ketar
Marisa membuka cerita.
“Abang
Jenal?” Hasrol mengenali Zainal kerana Marisa pernah bercerita mengenai lelaki
itu sebelum ini. Marisa hanya mengangguk sahaja. “Mana awak tahu abang Jenal
meninggal dunia? Siapa yang beritahu?” Hasrol menyoal lagi.
“Tadi Zura call. Dia yang beritahu kat saya yang
abang Jenal dah meninggal dunia. Dia tahu pun melalui surat khabar hari ini
yang dibacanya. Abang Jenal meninggal dunia disebabkan dia menghidap kanser
barah otak peringkat terakhir. Lagipun dia meninggal dunia di Sydney Australia.
Dia pergi ke sana pun untuk mendapatkan rawatan. Tetapi saya yakin arwah ayah saya
yang menghantar abang Jenal ke sana. Tetapi kenapa arwah ayah merahsiakannya
daripada saya?” Terang Marisa panjang lebar. Sempat dia menyelitkan persoalan
di dalam penerangan itu. Hasrol berasa
simpati pada Marisa. Sudahlah Taufik tidak mahu merujuknya semula. Sekarang
abang kandungnya pula meninggal dunia. Bak kata pepatah, sudah jatuh ditimpa
tangga. Hasrol menggenggam erat bahu Marisa lagi tanda memintanya bersabar.
“Mungkin arwah ayah awak
yang tahu jawapannya, kenapa dia merahsiakan perkara ini daripada awak.
Sekarang ni pun di sudah meninggal dunia. Jadi tiada guna untuk kita mencari
jawapannya. Awak kena tabahkan dan kuatkan hati untuk mengharungi semua ini.
Yang sudah pergi tu sudahlah kerana setiap yang bernyawa pasti akan merasai
mati. Kita yang masih hidup ni patut bersyukur kerana masih lagi diberi peluang
untuk hidup supaya kita dapat mengabdikan diri kepada Allah,” Hasrol memberi
nasihat dan dia mengharapkan agar nasihatnya itu dapat memulihkan Marisa dari
terus dirundung pilu.
“Entahlah
awak. Saya rasa, saya ni sentiasa bernasib malang. Dah bermacam-macam derita
dan dugaan yang saya hadapi. Ada ketikanya saya tidak mampu untuk
mengharunginya,” ujar Marisa yang dari tadi hanya merenung ke lantai, lalu
mengalihkan pandangannya pada Hasrol.
“Ish…
Tak baik cakap macam tu. Semua itu dugaan. Allah sengaja datangkan kita
bermacam-macam dugaan semata-mata untuk menguji keimanan kita terhadapnya.
Insya-Allah awak, jika kita redha dengan ketentuanNya, kita pasti akan dibalas
dengan kebaikkan atau ganjaran. Jika tak dapat ganjaran tersebut di dunia ini
mungkin kita akan dapat di akhirat kelak,” Hasrol cuba menasihati Marisa.
Marisa
tersenyum tawar sebelum dia membalas. “Saya dah dapat pun ganjarannya awak,”
senyum tawar Marisa masih bersisa lagi.
“Syukurlah kalau Allah
dah beri ganjaran kepada awak di dunia ini? Apa ganjarannya? Awak mengandung
ke?” Dengan spontan Hasrol menyoal.
“Ke
situ pula awak. Awak dah tak sabar nak ada anak sendiri ye?” Marisa mencebik. “Gurau jelah. Okey-okey apa ganjaran yang
awak dapat?” Kali ini Hasrol serius.
“Awaklah
ganjaran yang saya maksudkan. Awaklah anugerah yang tak terhingga yang
diberikan oleh Allah kepada saya. Saya bersyukur kerana dapat dipertemukan
dengan awak. Kalau awak tak ada tentu saya tak sekuat ini untuk terus menempuh
kehidupan saya,” selepas Marisa menghabiskan kata-katanya, dia melentokkan
kepalanya pada bahu Hasrol. Hasrol mengangkat tangan kirinya dan membelai
kepala Marisa sambil tangan kanannya merangkul pinggang isterinya itu.Terharu
Hasrol mendengar pengakuan daripada Marisa tadi. Terasa dia betul-betul
dihargai.
“Ehem…
Papa dengan mama ni tak habis-habis nak buat adegan filem Hindustan,” teguran
daripada Ashraf tadi menyebabkan Hasrol dan Marisa tersedar dari dibuai
perasaan masing-masing. Seraya mereka menjarakkan diri mereka masing-masing.
Hasrol bingkas bangun dari katil dan memandang wajah Ashraf sambil tersengih
seperti kerang busuk.
“Lupa lagi nak tutup
pintu. Hehehehe…. Jom kita pergi sekarang. Awak jom,” Hasrol menghulurkan
tangannya pada Marisa sambil mengenyitkan matanya.
Marisa hanya mengulum
senyuman. Senyuman yang dibuat-buat kerana hatinya masih lagi dirundum hiba di
atas kematian abangnya. Petang itu mereka keluar bersama-sama. Dengan membawa
Marisa melihat keindahan dan ketenangan pantai, Hasrol mengharapkan ianya
sedikit sebanyak dapat memberikan ketenangan pada Marisa.
Bersambung.... Insya Allah dapat 10 komen je saya bersemangat untuk post bab yang seterusnya. Terima kasih kerana sanggup menunggu selama setahun.
Good luck...enjoy reading
BalasPadamPlz sambung lg
Sila komen. Saya akan update sentiasa.
PadamPlez sambung....
BalasPadamSila komen. Saya akan update sentiasa.
PadamAda 2 komen je. 2 komen pon 2 komen la. Esok saya update bab baharu.
BalasPadamPlez sambung dh lama saya cari blog cerita nie...
BalasPadamPlez sambung dh lama saya cari blog cerita nie...
BalasPadammenarik..teruskan berkarya
BalasPadamTeruskan karya terbaikk
BalasPadamSila komen. Saya akan update sentiasa.
PadamSmbung plssssss...;)
BalasPadamLama tunggu.Sambungan...
BalasPadamMalam ni saya akan update 2 bab sekaligus. Sory lambat update sebab busy.
BalasPadamBila sambungan nya yer?
BalasPadamSila komen. Saya akan update sentiasa.
PadamTbaik..
BalasPadamSila komen. Saya akan update sentiasa.
PadamSalam penulis...
BalasPadamLama tak update...rinduni...
Berapa lama ikut cita ni...
Sambunglah
Sila komen. Saya akan update sentiasa.
Padam