Kahwin Dengan Cina Buta Bab 24
BAB
24
Jam sudah menunjukkan pukul 1.00 tengahari.
Sepatutnya waktu itu Ashraf sudah pulang dari sekolah. Tetapi Marisa berasa
gelisah kerana dikhuatiri Hasrol tidak mengambil anak lelakinya itu. Dia masih
tidak dapat melupakan kata-kata Taufik tadi yang betul-betul mencengkam
hatinya. Kata-kata Taufik tadi masih terngiang-ngiang di telinganya. Dia juga
tidak dapat melupakan tindakan Hasrol yang dianggapnya sudah hilang kawalan
diri. Sebab itu dia tidak berani untuk menghubungi Hasrol meminta tolong untuk
mengambil Ashraf di sekolah.
Atas
rasa kebimbangannya terhadap Ashraf, Marisa terpaksa juga menghubungi Hasrol.
Apa nak jadi, jadilah. Janji Ashraf dapat pulang dalam keadaan selamat. Entah
di mana Hasrol menghilangkan diri dia tidak tahu. Telefon bimbitnya didail nombor
Hasrol dan disambut dengan deringan berupa lagu ‘Andai Ku Tahu’ dari Kumpulan
Unggu menujah ke dalam telinganya. Lama juga lagu itu berkumandang dan akhirnya
panggilan itu dijawab.
“Hello mama,” kedengaran
suara Ashraf yang jelas kedengaran dari corong telefon bimbit Marisa.
Marisa menarik nafas lega. Dia
bersyukur kerana Hasrol masih mengingati Ashraf dan mengambil anaknya itu di
sekolah.
“Kenapa
Ashraf yang jawab? Papa mana?” Marisa sengaja menyoal walaupun dia tahu mengapa
Hasrol berbuat demikian.
“Papa
tengah memandulah mama. Mana boleh cakap dengan telefon sambil memandu,” hujah
Ashraf, petah.
Marisa
tersenyum sumbing. “Yelah, mama silap. Ni nak balik rumah kan?” Soal Marisa
lagi.
“Belum papa nak belikan
Ashraf KFC.”
Marisa
mengetap bibirnya. Dia tidak menyangka Hasrol masih lagi mengambil berat pada
anaknya, padahal kontrak mereka sebagai suami isteri sudah berakhir pun.
“Ashraf, tengok
muka papa macam biasa atau sudah berubah?”
“Berubah?
Ashraf tengok sama saja. Makin hensem adalah.”
Marisa tergelak kecil mendengar
telatah anaknya itu. Dia merasa lega kerana merasakan kemarahan Hasrol sudah
mulai reda. “Yelah, mama tunggu kau orang berdua kat rumah tahu.
Assalamulaikum.”
“Waalaikumsalam
mak,” lalu panggilan ditamatkan.
Marisa
melihat beg pakaiannya bersama Ashraf siap disusun di ruang tamu. Dia terfikir
adakah patut dia menyimpan baju itu semula di dalam almari atau dibiarkan
sahaja dahulu sehingga Hasrol memberi kata putus sama ada untuk menceraikannya
atau tidak. Walaupun dia tahu Hasrol masih memerlukannya untuk menjayakan
kenduri kahwin mereka yang telah diuruskan oleh Puan Aminah, tetapi dia tidak
boleh terlalu yakin yang Hasrol tidak akan menceraikannya. Dia masih tidak tahu
akan statusnya sekarang. Adakah masih lagi menjadi isteri Hasrol atau
sebaliknya. Dia tidak ubah seperti bergantung tidak bertali.
+++++
Setengah jam masa berlalu. Ashraf pulang ke rumah.
Dia keseorangan berjalan menuju ke dapur. Marisa baru sahaja selesai memanaskan
lauk, tersenyum melihat Ashraf yang sedang menjinjit beg plastik yang
mengandungi kotak KFC. Kepala Marisa disengetkan sedikit untuk meninjau di
ruang tamu. Dia mencari kelibat Hasrol tetapi tidak kelihatan. Lastas dia
menoleh ke arah Ashraf.
“Papa mana?” Ringkas sahaja soalan Marisa.
“Papa
suruh Ashraf balik dulu. Papa nak jumpa kawan katanya. Satu lagi, papa suruh
kita makan dulu,” jelas Ashraf sambil meletakkan plastik KFC di atas meja.
“Ashraf nak salin pakaian lepas tu kita terus makan ye mama. Ashraf lapar,”
kata Ashraf lagi. Lantas dia berlari keluar dari dapur menuju ke biliknya.
Marisa hanya mengangguk.
Dia berasa kecewa sebenarnya kerana Hasrol tidak pulang sekali dengan Ashraf.
Dia ingin mendapatkan katas putus dari Hasrol pada hari ini juga. Tetapi
memandangkan Hasrol tiada terpaksalah dia menunggu sehingga lelaki itu pulang
dahulu. Apa-apa pun dia masih berharap dan berdoa agar Hasrol dapat menerimanya
semula walaupun harapannya itu mungkin tidak mungkin berlaku.
+++++
Hasrol sedang memandu kereta. Dia sebenarnya tidak
tahu ke mana harus dituju. Dia rasa tidak sesuai jika dia balik ke apartmentnya
pada waktu ini memandangkan apa yang berlaku pada siang tadi. Sedang leka
Hasrol memandu, tabnya mendendangkan lagu. Ada orang menghubunginya. Hasrol
melihat skrin tabnya. Dia tersenyum membaca nama yang tertera di skrin tab itu.
Lantas panggilan itu dijawab.
“Hello Zaki. Memang
tepat pada masanya kau hubungi aku sekarang ni.”
“Mestilah. Hari ini kan kau dah jadi orang kaya. Nak
minta kau belanja aku ni,” balas Zaki selepas mendengar kata aluan daripada
Hasrol tadi. Hasrol senyap apabila Zaki menggelarnya orang kaya.
“Oi kenapa
senyap? Kedekutlah tu nak belanja aku,” tambah Zaki lagi.
“Aku sebenarnya tak dapat satu sen
pun dari bekas suami Marisa yang tak guna tu,” Hasrol berterus terang.
“Apa!
Kau kena tipu ke?” Zaki terkejut mendengar penjelasan Hasrol.
“Memang pun. Tapi kalau
kau nak dengar cerita lebih lanjut, jom kita jumpa kat tempat biasa,” pelawa
Hasrol.
“Aku free je. Tapi tak dapatlah kau belanja aku hari ni,” Zaki sempat
bergurau lagi.
“Setakat teh
tarik dengan roti kosong tu aku boleh belanjalah. Sekarang tahu aku tunggu.”
“Roti
kosong pun roti kosonglah. Ok kita jumpa kat tempat biasa,” Zaki ketawa
terkekeh-kekeh.
+++++
Tengahari itu, Marisa menjamu selera bersama dengan
Ashraf sahaja. Selalunya Hasrol akan turut serta untuk makan tengahari bersama.
Tetapi pada hari ini hanya Marisa dan Ashraf berdua sahaja yang duduk di atas
kerusi meja makan.
Tiba-tiba
Ashraf menegur ibunya. “Ma, kenapa baju kat dalam almari Ashraf ada sehelai je?
Tengok-tengok ada kat dalam beg pakaian kat luar tu. Beg mama pun ada. Kita nak
pergi mana?”
Baru
Marisa perasaan yang dia terlupa untuk menyimpan beg pakaian yang diletakkan di
ruang tamu. Sepatutnya sebelum Ashraf balik dia sudah mengemas semula baju-baju
Ashraf di dalam almari. Manakala beg pakaiannya pula di bawa masuk ke dalam
bilik tidur utama sahaja. Oleh kerana terlupa menyebabkan Ashraf perasan akan
beg-beg itu.
“Err… Oh, tadi papa
ingat nak bawa kita balik kampung hari ini. Tetapi tak jadi pula sebab papa ada
keje nak buat. Sebab itulah mama dah siap packing baju kita. Tak apa nanti mama
kemas balik semula,” Marisa memberikan alasan. Nasib baik dia teringat mengenai
cadangan Hasrol untuk membawanya dengan Ashraf balik ke kampung Hasrol Jumaat
ini. “Ala… Bila lagi nak balik kampung
jumpa nenek?”
“Hari jumaat ni. InsyaAllah papa
akan bawa.”
“Janji
ye ma,” Ashraf menagih janji.
“Janji
sayang,” Marisa mengiyakan janjinya walaupun dia tidak pasti lagi sama ada
Hasrol benar-benar ingin membawanya bersama Ashraf pulang ke kampung. Marisa
mengeluh mengenangkan nasibnya yang agak malang itu.
+++++
Zaki tiba dahulu di restoran mamak tempat yang
sinonim dia berjumpa dengan Hasrol. Sudah separuh air teh dihirupnya tetapi
Hasrol masih belum muncul lagi. Nasib baik cerita kat televisyen yang dipasang
di restoran mamak itu menarik. Tidaklah bosan dia menunggu seorang diri di
dalam restoran itu.
Mata
Zaki tidak berkelip menonton filem Kung Fu Hustle lakonan Stephen Chow pelakon
kegemarannya. Kadang-kadang dia tergelak sendiri apabila pelakon kegemarannya
itu membuat lawak. Sehinggakan Hasrol duduk di sebelahnya pun dia tidak perasan
kehadiran kawan baiknya itu.
“Hoi!
Khusyuk nampak tengok filem cina tu?” Tegur Hasrol apabila kedatangannya tidak
diambil perhatian oleh Zaki.
“Eh
Hasrol, bila sampai? Tapi lambat betul kau sampai. Terkejar-kejar aku datang ke
sini sebab fikir kau dah sampai dulu.”
“Sorylah.
Aku singgah solat Zohor jap tadi kat Petronas depan tu. Tulah aku ambil masa
sikit,” ujar Hasrol sambil tangannya diangkat untuk memanggil salah seorang
mamak untuk mengambil pesanan.
“Nampaknya
kawan aku ni dah jadi ustaz,” Zaki pandai menyakat.
“Kau
ingat solat ni untuk ustaz je ke? Solat sebenarnya untuk semua umat manusia
yang beragama Islam termasuk kau tau,” balas Hasrol. Sambil itu dia sempat
memesan milo panas apabila datang seorang lelaki mamak mengambil pesanan.
“Hahahaha….
Cakap pun dah macam ustaz. Kalau macam tu aku panggil kau Ustaz Hasrol lah.”
Zaki terus menyambung ketawanya.
Hasrol tersenyum lebar
sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Bagus juga dia berjumpa dengan Zaki
petang ini. Dapat juga dia menghiburkan hatinya dengan mendengar lawak jenaka
yang dibuat oleh Zaki. Seketika peristiwa yang berlaku pagi tadi dilupakan oleh
Hasrol.
Zaki
berhenti gelak. “Okey-okey. Sekarang ni aku nak kau ceritakan kat aku apa yang
berlaku sebenarnya? Pasal kau tak dapat duit dari bekas suami Marisa tu,” Zaki
memulakan soalan menandakan dia ingin tahu perkara yang sebenar.
Hasrol
tidak lekas menjawab pertanyaan Zaki tadi. Dia merenung kosong teh tarik Zaki
yang tinggal separuh itu sebelum bersuara. “Aku memang ada beritahu kau kat
dalam telefon yang aku tak dapat satu sen pun duit dari bekas suami Marisa
kan?”
Zaki
mengangguk. Hasrol menyambung semula. “Sebab bekas suami Marisa tak nak rujuk
kembali Marisa. Sebab itulah dia tak nak bayar RM4000,000 seperti yang
dijanjikan. Sekarang ni aku dalam dilema. Adakah patut aku teruskan saja
perkahwinan kami atau aku ceraikan saja dia. Aku sebenarnya dah tawar hati kat
dia semenjak dia tolak cinta aku dan memilih bekas suami dia yang gila tu.”
“Sebab apa
pula bekas suami Marisa tak nak rujuk Marisa balik? Agaknya dia tahu kot kau
cinta kat bekas isteri dia itu, sebab itu dia bagi chance kat kau,” Zaki
sengaja membuat andaian.
“Suaminya
itu dah tak betul. Tiba-tiba pula masa yang dijanjikan dia cakap tak nak rujuk
Marisa. Aku marahlah. Aku marah bukan sebab tak dapat duit yang dijanjikan,
tetapi aku marah sebab dia mempermainkan hati Marisa,” ujar Hasrol yang tiba-tiba
dalam keadaan emosi.
“Itu tandanya kau masih cintakan
Marisa lagi kan?” Soal Zaki sekadar menduga. Tetapi dia yakin dengan dugaannya
itu.
Hasrol
tidak menjawab. Tetapi akhirnya dia mengangguk lemah tanda setuju dengan apa
yang Zaki beritahu tadi.
“Aku
nak tanya kau sikit boleh?”
“Boleh. Apa dia?” Jawab Hasrol
sambil membalas soalan juga.
“Kau
pernah tak berdoa kepada Allah minta supaya hubungan kau dengan Marisa
berkekalan?” Zaki meninggalkan persoalan untuk Hasrol menjawabnya.
“Selepas aku sudah
mula jatuh cinta pada Marisa, hari-hari aku berdoa pada Allah minta supaya
panjangkan jodoh kami. Selepas setiap solat 5 waktu aku berdoa,” jawab Hasrol.
Selepas itu dia mengecap sedikit air milo panas yang baru sampai tadi.
“Allah
tu maha Pengasih dan maha Penyayang. Kau tak perasan ke doa kau telah
dimakbulkan oleh Allah,” Zaki mengajak Hasrol berfikir.
Hasrol
termenung seketika. Apa yang dikatakan oleh Zaki tadi ada benarnya. Zaki terus
menambah lagi pandanganya.
“Jadi kau kena bersyukur dengan apa
yang Allah anugerahkan kepada kau. Sekarang ni terpulang pada kau untuk
meneruskan hubungan kau dengan Marisa atau kau berpisah secara baik saja dengan
dia. Tetapi kau kena ingat, jika kau pilih untuk berpisah dengan Marisa kau
memang bukan dari golongan orang-orang yang bersyukur. Kau adalah dari golongan
orang-orang yang rugi.”
Hasrol menelan air
liurnya sepertimana dia menelan bulat-bulat apa yang dikatakan oleh Zaki tadi.
Kini dia sedar bahawa dia tidak seharusnya menceraikan Marisa. Betul apa yang
dikatakan oleh Zaki tadi. Allah telah memakbulkan doanya dan menetapkan
jodohnya dengan Marisa. Apa yang perlu dia buat ialah bersyukur dan redha
dengan ketentuan Ilahi.
Hasrol
memandang Zaki dengan mengulum satu senyuman. “Terima kasih ustaz di atas
nasihat yang ustaz berikan. Saya akan ambil iktibar dari apa yang ustaz
sampaikan tadi,” ujar Hasrol dengan wajah yang tersengih.
“Kau
kenakan aku balik ye?” Balas Zaki.
“Aku
tak tipulah. Kau memang ada tokoh jadi ustaz. Apa-apa pun terima kasih aku
ucapkan. Aku rasa tenang selepas mendengar ceramah kau tu tadi. Jadi aku dah
buat keputusan untuk meneruskan perkahwinan kami,” ujar Hasrol.
“Hehehehe… Terbaik.” Zaki mengangkat
tangannya menunjukkan tanda bagus.
Tiba-tiba
Hasrol teringatkan sesuatu. “Zaki, hari Ahad ni kau free tak? Soal Hasrol serta merta.
“Rasanya
tak ada apa-apa kot. Kenapa?” Soal Zaki pula.
“Datang
rumah mak aku kat Johor. Mak aku nak buat kenduri kahwin kami,” Hasrol
menjemput secara lisan.
“Lepas
tak jadi nak ceraikan Marisa, dan-dan nak buat kenduri kahwin pula. Tetapi,
InsyaAllah aku akan datang.”
“Bukan
aku yang nak buat. Mak aku yang beria-ria nak buat. Sebut pasal mak aku ni aku
nak cerita sesuatu kat kau. Hari tu mak
aku datang rumah aku secara mengejut. Jadi kantoilah aku kahwin dengan Marisa.”
“Ye
ke? Patutlah mak kau nak buat kenduri kahwin. Lepas tu apa yang jadi?’ Zaki
bertanya tanda berminat.
Hasrol
menceritakan semula peristiwa di mana ibunya datang ke rumahnya secara mengejut
kepada Zaki. Zaki mendengar dengan penuh khusyuk. Hasrol yang sebelum ini agak
tertekan memikirkan peristiwa pagi tadi kembali ceria. Sedikit demi sedikit
perasaan rindu terhadap Marisa mulai menjalar pada dirinya. Dia tidak sabar
hendak pulang ke apartmentnya untuk berjumpa dengan Marisa, perempuan yang dia
cintai seikhlas hatinya.
Hasrul ni ada kerja lain ke, selain jadi cina buta?
BalasPadamLagi? Lagi mana? 25 26 27
BalasPadammana 25 dan seterusnyaaaaa pelisss update
BalasPadamCerita ni best..! Please sambung sampai habis~ Siapa pemegang saham terbesar akhirnya?
BalasPadamSambunglah sampai habis
BalasPadamMmg layan criter ni..terjebak baca spai 2.30 pagi.. kalau boleh sambungler
BalasPadam