Percubaan Dengan FIXI
Assalamualaikum, Untuk pengetahuan pembaca blog ni. Saya tak tahu berapa orang yang baca blog saya ni. Seorang dua kot. Saya pernah menghantar proposal kat FIXI. Kalau sesiapa tak kenal FIXI tu saya anggap beliau bukan pembaca novel yang tegar. Keputusannya proposal saya diluluskan dan hingga sekarang novel tu belum siap-siap lagi. Mungkin bulan puasa yang akan tiba dalam beberapa hari ini membolehkan saya menyiapkan novel itu. Saya letak tajuk novel saya ialah WAHABI. Tetapi ceritanya tak lah berat macam tajuknya. Doa-doakanlah saya berjaya sudahkan novel itu. Satu lagi sempena bulan puasa yang akan tiba diikuti dengan hari raya ni, saya cadang nak menulis mini novel. Cerita saya sudah rangka cuma tinggal untuk didaparkan di dalam blog ini sahaja. jadi Kahwin Dengan Cina Buta terpaksa saya hentikan seketika untuk memberi laluan kepada mini e-novel saya yang bertajuk CALON MENANTU HARI RAYA. Doa-doakan juga mini e-novel saya berjaya ditamatkan dan dibaca oleh pembaca semua. Akhir kat...