Suami Olok-Olok Bab 2
BAB 2 “Aduh perempuan mana pulak ni tiba-tiba masuk dalam kereta aku,” Farhan merungut. Dia dapat rasakan kehadiran Amira akan mendatangkan masalah kepadanya. “Tolonglah. Saya bukan main-main. Awak tak ada perasaan simpati kat saya ke?” Pinta Amira sekali lagi apabila mendengar rungutan dari Farhan. “Okey-okey. Aku akan tolong. Tetapi aku cuma boleh tolong untuk telefon ambulans ja. Lebih-lebih aku tak boleh,” beritahu Farhan dan selepas itu dia mengambil semula telefon bimbitnya yang diletakkan di dalam dash board tadi. ...