Kahwin Dengan Cina Buta Bab 25
BAB 25 Marisa ketika ini sedang duduk di ruang tamu. Dia sedang menonton televisyen sendirian. Ashraf kalau waktu petang-petang begini akan dihabiskan dengan tidur jika tiada kerja sekolah yang perlu dibuat. Marisa melihat jam dinding yang tergantung di dinding. Jarum pendek menunjukkan pada nombor 4. Manakala jarum panjang ke arah nombor 9. Jadi jam sudah menunjukkan pukul 4.45 petang. Tetapi Hasrol masih belum pulang lagi semenjak dari dia mengambil Ashraf di sekolah. Marisa masih menanti kepulangan Hasrol. Dia masih mencintai lelaki itu. Tidak salah dia berperasaan begitu kerana Hasrol masih lagi suaminya. Marisa tersentak apabila dia terdengar seperti pintu rumah hendak dibuka. Terlintas di fikirannya bahwa Hasrol telah pulang. Mulutnya mengulum senyuman. Tetapi secara tiba-tiba senyumannya itu mengendur apabila teringatkan peristiwa pagi tadi. Dia mula terfikir adakah Hasrol akan meneruskan hubunganya sebagai suami Marisa? Semuanya akan terjawab se...