Kahwin Dengan Cina Buta Bab 26
BAB 26 Seperti yang dirancang. Hasrol membawa Marisa dan Ashraf pulang ke kampungnya di Johor. Sekarang mereka dalam perjalanan ke sana. Hasrol sedang memandu sambil ditemani Marisa yang duduk di sebelahnya. Manakala Ashraf duduk di kerusi belakang ditemani patung-patung Ben-10nya. Hasrol kini berasa bahagia apabila kehidupannya kini masih lagi ditemani oleh Marisa dan Ashraf. Dalam kebahagian itu, Hasrol merasakan sedikit tertekan apabila terkenangkan wang perbelanjaannya semakin hari semakin berkurangan. Memang patut pun duit simpanannya itu semakin kurang sebab Hasrol pun bukannya bekerja. Dia mengharap hidup dengan wang simpanan hasil memberikan perkhdimatan sebagai cina buta bagi mana-mana pasangan yang sudah bercerai dengan talak tiga. Kalau diikutkan hatinya hendak sahaja dia meneruskan menjadi cina buta. Tetapi a...